Skip to main content

Antara Impian dan Cita-cita (4)


“Syifa sihat hari ni?” tanya Hanis mesra. Tangannya memegang lembut tangan Syifa yang sedang berbaring. 

Biarpun wajahnya masih kelihatan pucat, namun, bibirnya mekar dengan senyuman. Soalan Hanis dibalas dengan anggukkan.

“Kena banyak berehat ya, jangan banyak bergerak….” Belum sempat ayat dihabiskan, Syifa lantas memotong.

“Cara Kak Nani sama je dengan Kak Ayu,” Syifa buat muka bosan. Mungkin sudah jemu mendengar nasihat begitu.

Kening Nani terangkat. Hanis mula ketawa kecil.

“La..inikan untuk kebaikan Syifa juga.”

Syifa muncung.

“Ok..ok..kalau macam tu, Syifa nak kak Nani cakap fasal apa?”

Segaris senyuman terukir di bibir anak kecil itu.

“Rayyan dan Qistina!! Syifa dah lama tak jumpa diorang,” balas Syifa ceria. Semenjak dia dimasukkan ke hospital, hanya sekali dia bertemu kawan sepermainannya itu. Dia amat rindu untuk bemain bersama mereka.

Nani senyum. Rindukan mereka rupanya.
**********

Suasana di Restoren Imtiyaz sunyi sepi. Jam baru menunjukkan pukul 8.40 pagi. Kebiasaannya restoren ini akan beroperasi bermula jam 8.30pagi hingga 10.00malam, tetapi untuk hari minggu seperti hari ini, operasinya akan bermula sekitar 10.00pagi hingga 11.00malam.

Beberapa orang pekerja kelihatan sudah mula bersiap-siap untuk memulakan tugas. Mereka terdiri daripada tukang masak@chef yang hebat-hebat belaka. Biarpun usia mereka masih muda belia, namun, kecekapan mereka di dapur mengalahkan chef yang berpengalaman belasan tahun.

Di satu sudut, Eja dan Rehan sedang tekun membincangkan sesuatu. Beberapa fail kelihatan terbuka. Satu-persatu isi fail itu dibelek, dalam masa yang sama, mulut mereka seakan tidak berhenti berbicara. Hmm, ada masalah ke kak?

“Aku rasa kita kena adakan meeting tergempar!” Eja bernada serius. Matanya memandang tepat wajah Rehan yang berkerut 1000.

Satu keluhan berat dilepaskan. “Aku pun rasa macam tu. Hal macam ni, memang kena bagitau diorang.” Pensel yang dipegang sejak tadi diletak ke atas meja.

Eja menyandarkan badannya ke kerusi. Penat.

Sebetulnya mereka sudah berada di sini sejak malam tadi. Masih belum sempat pulang. Solat pun di restoren ini juga.

“Ko rasa mereka akan terkejut? Yalah, sebelum ni semua nampak ok je.”

Rehan geleng. “Aku tak berani agak. Kita tengok je nanti.” Kepalanya diletak di atas meja. Best kalau dapat tidur.

Eja juga melakukan perkara yang sama. Otaknya sudah malas berfikir. Hakikat di depan mata, biarpun pahit, tapi tetap harus ditelan!

Hakikat?

Ya, hakikat.

Kewangan syarikat mula merudum. Entah di mana silapnya. Entah di mana salahnya. Mereka berdua sendiri pening kepala. Semua fail habis teliti, dibelek, dilihat dan dikaji, namun masih tidak ada solusi.

Bukan itu sahaja, perjalanan setiap cabang perniagaan juga telah lelah diselidiki. Daripada Restoren Imtiyaz, Butik Pakaian Imtiyaz, Imtiyaz Frozen Food, Imtiyaz Care, hinggalah ke Rumah Limpahan Kasih Imtiyaz, semuanya dikaji dengan teliti. Diulang hingga 3-4 kali. Namun hanya menemui jalan buntu. Di mana silapnya?!

“Assalamualaikum.”

Salam itu mengejutkan Eja dan Rehan. Masing-masing mendongakkan kepala ke arah pemilik suara tersebut.

“Korang ni kenapa? Penat je aku tengok.”

Eja tersenyum kelat. Rehan juga sama.

“Orang tanya dia boleh senyum je?”.. “Diorang cakap, korang tidur kat sini ya malam tadi? Kenapa?”

“Nantilah kitorang bagitau. Sekarang ni kami nak tido sekejap, ngantuklah..”

Nana menggeleng. “Iyalah, aku pergi dulu.”

“Tata,” Rehan sengih.

“Eh, lupa pula. Aku rasa aku tak datang sini dalam 2-3 hari. Kalau ada apa-apa, korang tau kan nak cari aku kat mana?”

Mereka berdua angguk.

Nana senyum. Dia bergerak meninggalkan Eja dan Rehan.

Dahi Rehan berkerut. “Nana nak gi mana?”

Eja menepuk dahi. “Lah..tadi bukan ko angguk ke?”

Sengih. “Aku tengah mamai tadi.”

Giliran Eja pula geleng kepala. “Ko nampak dia bawa apa tadi?”

“Lab coat dengan beg biru…”

“So? Tak dapat agak?”

“Ok! Dapat.”

“Dah, sambung tidur!”

“ZZzzz…..”
*********

“What?”

“Itulah realitinya.”

“Korang dah check betul-betul?”

Angguk. “Dah dekat seminggu lebih kami kaji hal ni. Tapi, masih tak tahu mana silapnya.”

Senyap.
.
.
.

“Mana Nana?”

Semua berpandangan sesama sendiri.

“Kenapa dia boleh tak ada saat-saat macam ni?!”

“Ada projek baru..agaknya.”

“Bila last jumpa dia?”

“Seminggu lepas.”

Senyap.

“Ada telefon dia?”

“Tak angkat.”

“Emel? Fb? Twitter? Mesej?”

Semua geleng. Maknanya gagal dikesan!

Nani mengeluh kecil. Eja merenung meja. Rehan bermain pensel. Hanis menongkat dagu. Pkah 
membelek-belek isi laporan. Ayu pula sudah berkerut dahi, memikirkan sesuatu.

“Korang rasa tak apa yang aku rasa?” suara salah seorang memecahkan tembok kesunyian.“Agaknya dia ada kaitan tak dengan semua ni??”

Yang lain saling berpandangan.

“Mustahil!”

“Tak mungkin!”

“Aku tak percaya!”

Nani meraup muka. Biar pahit, dia harus suarakan. “Kita perlu siasat dia.”

Masing-masing diam membisu.

Ahh..sungguh payah!

Sungguh susah!
******

Nana terduduk. Dadanya sakit. Terasa sempit. Terasa dihimpit. Alun nafas turun naik dengan laju. Mukanya mula memerah. Peluh mula merenik di dahi. Ya Allah!

 “Jadi..korang semua menuduh aku?” tersekat-sekat pertanyaan itu dilontarkan.

 Semua mengunci mulut.

“Kami tak tuduh, tapi kami hanya…” Ayu berhenti apabila mendapat isyarat daripada Pkah.

Nana memandang Ayu. “Teruskan apa yang ko nak cakap.”

Ayu serba salah.

“Kami hanya mahu tahu apa sebenarnya yang terjadi,”Pkah memintas.

“Dengan menyoal siasat aku?”

Hanis menapak mendekati Nana. “Bukan itu maksud kami, kami…”

“Sudahlah.” Nana bingkas bangun.

Satu-persatu wajah di hadapannya ditatap.

“Aku yang mahu membina, kenapa sekarang aku pula yang mahu membinasakannya?” tegas pertanyaan itu ditutur.

Dia terus berlalu pergi. Ahh tidak sanggup lagi berada di situ.

Pilu!

Eja dan Rehan berpandangan.

Salah merekakah?
*************

Rehan menatap skrin Dell miliknya. Lama.

Berulang kali membaca emel yang sama.

Telefon bimbitnya segera dicapai. Punat hijau ditekan apabila nombor yang dicari telah ditemui.

“Eja. Dia mahu jumpa kita. Berdua!”

Rehan menghela nafas lega.

Akhirnya,

Selepas dua minggu,

Dia kembali menghubungi mereka.

Biarpun hanya untuk bertemu secara rahsia,

Tetapi itu sudah mencukupi, menghilangkan resah di hati mereka.

******

Eja membetulkan duduknya. Matanya melilau memandang sekeliling. Mencari kelibat orang yang ingin 
berjumpa mereka.

 “Mana dia?” Eja bersuara.

Rehan yang masih tidak berenggang dengan telefon bimbit menjawab, “Sekejap lagi sampailah tu.”

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Suasana di restoren ini memang tenang. Damai.

“Assalamualaikum, maaf lama menunggu.”

Eja dan Rehan hanya senyum.

“Makan?Minum?”

Nana angguk.

Segera pelayan restoren dipanggil.

“Kenapa nak jumpa kami?” tanya Rehan sebaik sahaja pelayan restoren berlalu dari situ.

“Nak serahkan ni.” Sebuah fail dihulur. Di dalamnya terdapat beberapa draft lakaran bangunan, penyata kewangan, bajet..siap dengan..

“Geran tanah?” mata Eja membulat. Tidak percaya.

“Ini..” Rehan memegang sekeping cek yang bernilai jutaan ringgit atas nama Imtiyaz Holdings.

Apakah?

Dia mula pening kepala.

“Ini je yang aku mampu lakukan untuk tolong syarikat kita.”

“Tapi nilainya besar, Na. Mana ko dapat?”

“Allah yang bagi.”

“Iyalah, tapi macam mana?”

“Ni.”

Sebuah lagi fail dihulur.

‘Teknologi Terbaru : Mesin merasa makanan’

Rehan angkat kening.

“Ini yang buat aku tak dapat dikesan.”

“Ko berkampung dalam makmal ke apa?”

Nana gelak. “Lebih kuranglah.”

“Macam mana ko boleh terlibat ni?”

“Ko juga yang suruh aku cipta mesin yang boleh seimbangkan rasa masin manis tawar dalam makanan tu, jadi aku trylah.”

“Dan berjaya?!”.. “Only in 2 weeks?”

“Dah dekat dua tahun, ok? Tapi aku rahsiakan. Takut tak jadi, malu beb!”

“Duit ni?”

“Ada orang beli teknologi tu..but, aku kena handle lah buat masa ni.”

“Imtiyaz?”

“Kan masih ada korang berenam.”

“Ko marahkan kitorang ke sampai nak tarik diri ni?”

Nana membulatkan mata. “Aku bukan nak tarik diri, rehat jap je.”

Rehan sengih. “Sorry fasal hari tu. Kitorang sepatutnya pertahankan ko.”

“Tak apalah, dah lepas pun.”

“Tapi, kitorang dah bagitau hal sebenar. Memang ada dalang di sebalik semua ni.”

Nana terkejut. “Antara kita ke?”

Eja geleng. “Orang lain. Aku tak berani nak sebut, tapi polis tengah siasat sekarang.”

Nana angguk.

Syukur.

Dia sudah tidak dipersalahkan.

“Diorang yang lain nak jumpa ko.”

Nana diam.

 “Nantilah.”

“Kenapa?”

Bibirnya mengukir senyum.

Mereka berdua angguk faham.
*             *             *             *             *             *             *             *             *           *             *

~Reunion~

Mentari senja baru saja berlalu pergi. Keindahan fajar juga telah diganti dengan kepekatan malam. Hitam pekat.

Bayu laut yang berhembus mendinginkan suasana. Deru ombak yang memukul pantai mengalunkan irama muzik semula jadi. Nyanyian sang cengkerik dan mergastua yang beriringan, biarpun melodinya tidak difahami manusia, tetap menambah kedamaian malam.

Tenang. Damai. Tenteram.

Di suatu sudut berhampiran pantai, kelihatan sekumpulan manusia sedang riang ketawa dan bergurau senda. Tempat mereka diterangi oleh cahaya lampu kalimantang berwarna warni. Tidak lupa, beberapa unggun api turut dinyalakan. Baru nampak macam kat tepi pantai kan? kan?

“Anak-anak, jangan main dekat dengan api tu, bahaya!” Suara Ayu kedengaran tegas. Mungkin anaknya salah seorang daripada mereka yang sedang bermain kejar-kejar berdekatan unggun api.

 “Weh, cepatlah bawa ayam tu. Bara tengah ‘cantik’ ni.” Arep mula memberi arahan.

Ppek dan Pais mencebik. “Cepat-cepat, fikir ringan ke nak angkat benda ni.”

Arep sengih. “Yela-yela.” Dia terus menggerakkan tangan mengipas bara api untuk membakar ayam yang telah diperap petang atdi.

“Jangan lupa, satu bekas hantar kat sini!” Jerit Munak. Dia sedang bertungkus lumus menghidupkan api bersama Joe.

Joe yang sudah bermandi peluh kerana kehangatan haba di depannya berpaling kepada Ewan dan Aqi. 
“Weh, gi ambik arang lagi. Macam tak cukup je ni. Cepat sikit, ya.” Arahan dikeluarkan, lagak ketua.

“Siapa nak aiskrim?” pelawa Eja sambil menunjukkan bungkusan aiskrim yang banyak di tangan. Dia berjalan mendekati kumpulan kanak-kanak yang riang bermain. Hanis dan Rehan juga sama.

“Saya nak!”

“Saya pun.”

“Nak! Nak!”

Sekejap sahaja, mereka sudah dikerumuni oleh kanak-kanak tersebut.

“Tapi..ibu dengan ayah bagi makan aiskrim ke?” Eja sekadar menyakat. Wajah kanak-kanak itu ditatap.

“Mestilah bagi! Kan? kan?” Rayyan mewakili mereka semua. Mereka bersorak setuju.

Rehan memandang Illiyin. “Illiyin macam mana? Ibu benarkan makan aiskrim tak?”

Illiyin diam. Dia memandang adik kembarnya, Insyirah. Kemudian mata mereka beralih kepada ibu mereka yang sedang memandang dari jauh. Ada senyuman. Maknanya..

“Ibu bagi!” Segera tangan dihulur meminta aiskrim. Rehan senyum. Mereka berdua segera berlalu selepas mendapat bahagian masing-masing.

“Sukanya budak-budak ni,” Teha yang tiba-tiba muncul bersama Lina dan Pkah bersuara. Mereka baru saja tiba kerana masing-masing punya urusan penting yang perlu dibereskan.

Rehan, Eja dan Hanis senyum.

“Bertiga je?”

Teha geleng. “Anim dengan Fasiha ada kat sana.”

Angguk.

“Bawa family tak?”

Lina senyum. “Mestilah bawa, kan dah tertulis dalam kad jemputan!”

Ketawa mereka bersatu.

“Eh, setahu aku, bukan budak kelas kita je kan yang dijemput?” giliran Teha melontar soalan.

Pkah yang hanya diam sejak tadi angguk. “Ada juga dari kelas lain, yang rapat-rapat camtu.”

“Contohnya?”

“Tu..” Pkah memuncungkan mulut ke suatu arah.

Kelihatan Baya dan Jamaliah sedang membantu Nana dan Nani menyiapkan juadah lain. Di sudut kanan, Mamat dan Yen sedang mengangkat meja untuk diletakkan di tempat yang lebih sesuai. Meja itu untuk meletak makanan yang sudah siap dibakar nanti.

“Alhamdulillah, impian nak buat reunion kat sini tercapai juga,” kata Nani. Tangannya sedang mengatur cawan kertas di atas meja.

Nana angguk. “Paling seronok bila tengok semua dah berjaya, kan?”

“Betul, betul. Memang gembira sangat hari ni. Cuba tengok tu,” jari telunjuk dihalakan ke depan. “Bukan setakat kita je yang masih rapat, tapi anak-anak pun sama. Harap-harap, bila besar nanti, mereka akan jadi orang yang lebih berjaya daripada kita semua.”

“Berjaya dunia..berjaya akhirat!”

“InsyaAllah..”

“Weh! Jom makan, ayam dah siap ni!” kedengaran suara Arep dan Munak memanggil kawan-kawan yang lain.

“Jangan lupa anak masing-masing!” Joe pula menambah.

Sekali lagi tawa mereka bersatu. Ada-ada saje.

Masing-masing mula bergerak merapati tempat bbq.

Nani pula segera mendapatkan Rayyan dan Qistina. “Jom, makan.”

“Jom!”
*********

Nana..masih berdiri di tempat yang sama. Hatinya senang melihat teman-teman ketawa. Jiwanya riang melihat teman-teman gembira. Fikirannya lapang melihat keakraban mereka.

Dia seakan bermimpi berdiri di sini. Dia sekan berfantasi berjaya seperti hari ini. Dia seakan sedang berimiginasi melihat suasana di sini. Dia..

“Ibu, Insyirah lapar. Jom makan!” suara kanak-kanak perempuan berumur 5 tahun mengejutkannya daripada lamunan.

Nana senyum. “Ok..Emm, Illiyin mana?”

“Tu..” bibir comel anak kecil itu muncung ke arah 2 jasad yang sedang bergerak ke arah mereka. Salah seorangnya Illiyin, dan seorang lagi..

“Berangan? Budak berdua ni dah lapar, tahu?” tenang suara itu menegur.

Sengih. “Baiklah, jom kita pergi makan.”

Mereka berempat bergerak menuju ke tempat teman-teman yang lain.

~TAMAT~
*************

1ST of all, thnx sebab sudi bace kisah ni. Seperti yg pernah ak tulis sebelum ni, kisah ni memang rekaan semata-mata. Cuma kadang-kadang aku selitkan juga reality sikit2. Maaf atas segala kekurangan. Sungguh, aku hanya insan biasa yang penuh dengan kekhilafan. (aku ni tak pandai pun nak menulis cerita, tapi nak try gak)

Actually, ini memang impian aku. Impian untuk melihat kita semua berjaya dalam bidang masing-masing. tak kisahlah ko budak u ke, budak poli ke, budak kolej ke, even korang stop belajar after SPM sekalipun, kejayaan itu tetap masih boleh menjadi milik korang. Kejayaan bukan sekadar diukur dengan memakai baju berjenama, pakai pakaian seragam, jawat jawatan tinggi, kerja dalam bidang professional, tetapi lebih daripada itu.

Kita boleh dikatakan berjaya jika kita mampu membantu diri sendiri. Kejayaan lebih besar lagi jika kita mampu membantu orang lain. Dengan pertolongan ALLAH semestinya.

Apapun, berkerjalah seperti kita akan hidup lagi 1000 tahun dan beribadatlah seperti hari ini adalah hari terakhir buat kita. Sesungguhnya, kejayaan yang sebenar adalah kejayaan di negeri abadi. Wallahua’lam.

Comments

Popular posts from this blog

[Lirik : Warkah Cinta Berbau Syurga]

Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa Setiap untai kata yang termaktub Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga Simpanan batinku hampir terbelah Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa Antara iman dan nafsu aku berjuang Meraih mahkota cinta dari syurga Chorus: Biar beribu parut luka menghiris kalbu Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar Sekalipun diriku terbuang di mata insan Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ [Selama-lamanya kelembutan   takkan pernah tewas dengan kekerasan] [Ulang Chorus] Cintaku ini... Lagu: Bazli Unic Lirik: Ustaz A.Ubaidillah Alias Studio Rakaman : Unic Terbitan: Al-Kahfi Pictures Sdn.Bhd. Entah kenapa Cik Cahaya suka sangat dengan lirik lagu ini..First time dengar terus jatuh cinta gituu..Lagu ni, pada Cik Cahaya mempunyai makna yang sanga

Bahagiakan Diri Dengan Kebahagiaan Orang Lain

Pernah terjadi tak, Ada satu masa, kita nak ceritakan masalah kita pada seseorang. Nak luahkan perasaan sedih kita. Nak menangis dan meminta nasihat dia. Tapi, belum sempat kita buka mulut, orang tersebut terlebih dahulu menceritakan masalah dia. Terlebih dahulu meluahkan perasaan sedih dan meminta kita menasihati dia. Pernah terjadi tak? Apa tindakan kita ketika itu? Terus meminjamkan telinga untuk mendengar masalah dia,walaupun ketika itu hati kita sendiri sedang terluka,  atau terus berkata "aku pun ada masalah!" dan membiarkan orang itu terus bersendirian menanggung kesedihan? #MUHASABAH# Ketika kita rasa kita lah yang paling sedih, paling terluka, paling lemah, paling sakit..saat itu ALLAH hadirkan orang lain kepada kita, agar kita sedar bahawa ada orang lain yang lebih sakit, lebih terluka, lebih lemah dan lebih sakit daripada kita. Ketika kita rasa kita lah yang paling susah, ALLAH temukan kita dengan orang lain yang lebih susah daripada kita. Mengapa? Kera

Duhai diri..

Bila engkau letih dan hilang semangat, ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka,ALLAH telah mengira titis air matamu. Bila engkaurasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,ALLAH tetap bersamamu. Bila engkau kebuntuan akal,maka ALLAH adalah penunjuk jalan… Apabila engkau telah berazam, maka  bertawakallah kepada ALLAH…..