Skip to main content

~Antara Impian & Cita-cita (2)~


 Sambungan..

“Kiri sikit..ish, kanan sikit. Yang kat depan ni tunduk sikit.” Ayu memberi arahan. “Hah, ok, ok, dah cantik!..senyuumm. satu..dua..ti..”

“La..nape berhenti?”

“Nana mana?”

Mereka semua mula menyedari bahawa kawan mereka yang seorang lagi tak ada di situ. Aii, ke mana pula dia menghilang? Baru je sekejap tadi ada.

“Nana..Oo Nana!” Ayu menggunakan kelebihan ‘suara’ yang dimiliki untuk memanggil temannya yang menghilang.

“Panggil kuat lagi,” Rehan mencelah.

Hanis yang hanya memerhati daripada tadi menggeleng kepala. “Apa guna ada teknologi kalau tak digunakan?” Dia menunjuk telefon bimbit yang dipegang oleh Rehan sejak tadi. “Telefonlah, tanya dia kat mana.”

Rehan menepuk dahi. Aiseh..macam mana boleh terlupa? Penat je beli telefon mahal-mahal. Punat telefon bimbit berwarna merah hati yang baru dibeli tidak sampai dua bulan itu ditekan laju. Tutt..tutt..talian telah disambungkan, hanya menanti disambut oleh si penerima panggilan.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam. Hah, na, ko kat mana?” Pantas soalan itu diluahkan. Eh? Rehan mengangkat keningnya, hairan. Tadi dah dengar suara memberi salam, tapi, kenapa masih ada bunyi tutt tutt? Mimpi atau…

“Aku kat belakang ko,” balas Nana sambil menahan gelak.

Rehan segera memusingkan badannya. “Ceh, patutlah tak angkat telefon. Mana ko pergi, hah?” soalan itu segera ditanya. Nak cover malu sebenarnya. Macam manalah dia boleh tak perasan suara real dengan suara dalam telefon? Ish..tapi pelik juga, kenapa kawan-kawan yang lain tak gelakkan dia? Kalau tak, pantang ada peluang, mesti tergelak besor punya.

“Aku jumpa orang jap tadi.”

“Siapa?”

“Pegawai JAKIM dengan HDC, nak dapatkan Halal Certification daripada diorang untuk restoren ni.”

“So, macam mana?”

“As usual, ikut procedure lah. Esok diorang akan pergi check tempat supplier bahan mentah kita.”

“Kan dah check sebelum ni? Dah dapat pengesahan halal pun,” potong Pkah.

“Itu yang lama, ini supplier baru. Khas untuk restoren ni dan bakal restoren yang akan dibuka,” jawab Nana tenang.

“Supplier baru yang ko dengan Eja jumpa minggu lepas?” giliran Nani pula memintas.

“Yup. Sekejap lagi dia datang. Katanya nak sangat jumpa korang.”

“Eh? Macam mana kenal kitorang?” Hanis pula naik hairan.

Eja sengih. “Kawan lama, sis!”

Hanis yang masih bingung segera memandang Rehan. Rehan angkat bahu. Pandangannya  beralih pula pada Ayu dan Pkah. Mereka hanya menjuihkan bibir, tanda tidak tahu. Sebelum sempat matanya mengajukan soalan kepada Nani, satu suara menegur mereka.

“Assalamualaikum, hallu my friends. Lama tak jumpa. Sorry lambat sikit, aku pergi ambil budak dua orang ni.”

“Arep??”

Nana dan Eja senyum. “Inilah supplier baru kita ya. Yang dua orang tu rakan kongsi dia,” jelas Eja.

Arep tersenyum bangga. Dua temannya yang masih tercegat di pintu tersenyum sama. Biarpun kedudukan mereka sedikit jauh, namun, perbualan itu sangat jelas di pendengaran mereka.

“Wah..dah jadi tauke korang sekarang ek. Tak sangka aku,” kata Ayu yang masih bersisa rasa terkejutnya.

“Well..kalau korang boleh jadi businesswomen yang berjaya, kenapa tak kitorang ni? Kita kan satu kelas dulu, korang jadi businesswomen, kitorang kenalah jadi businessman. Sama-sama belajar, so, kena sama-samalah berjaya, tak gitu,” kata Arep sambil mengenyitkan mata kepada Ewan dan Aqi yang sudah mengambil tempat di sisinya.

“Betol, betol, betol,” sokong Rehan dengan gaya kartun Upin&Ipin, rancangan kartun kegemarannya suatu 
masa dahulu.

“Hah, bila nak sain agreement?” tanya Ewan penuh semangat.

“InsyaAllah, after korang dapat Halal Certification daripada JAKIM and HDC.”

“JAKIM tu biasa dengar, emm, HDC tu pula?” Aqi memintas.

“HDC tu Halal Industry Development Corporation, badan yang bertanggungjawab menguruskan Pensijilan Halal JAKIM.”



 


Semua yang ada di situ angguk faham.

“Get ready ya, esok mereka akan ke tempat korang,” pesan Nana. Walaupun dia pernah berkerja di bawah HDC dulu, dan amat arif dengan segara procedure yang perlu dilakukan untuk mendapatkan pensijilan Halal, tetapi dia perlu sentiasa berhati-hati supaya segalanya berjalan lancar.

“InsyaAllah. Oklah, kitorang balik dulu. Apa-apa hal, helo-helo lah,” giliran Arep menitip pesan. 
Ketujuh-tujuh orang businesswomen itu hanya menganggukkan kepala.

~Semurni Limpahan Kasih Imtiyaz~
Keadaan di perkarangan rumah teres dua tingkat milik Imtiyaz Holdings gamat dengan suara kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 7-12 tahun. Mereka semua girang bermain sesama sendiri. Biarpun pada hakikatnya nasib mereka tidaklah seindah nasib kanak-kanak lain yang sebaya dengan mereka, namun, itu sama sekali tidak memudarkan semangat mereka untuk terus melangkah meneruskan kehidupan.

“Semua tetamu dah balik?” soal Hanis.

Eja yang sedang membetulkan tudung salah seorang penghuni perempuan di rumah itu mengangguk kepala. 

“Dah, sekarang tinggal kita saja. Emm, dengan diorang sekali.” Eja memuncungkan bibirnya ke arah beberapa orang pekerja catering  yang sibuk mengemas khemah.

Hanis senyum. “Mana kawan-kawan yang lain?” soalan itu ditujukan kepada Syifa yang sedang duduk di pangkuan Eja.

“Main kat luar,” jawabnya ringkas.

“Syifa tak nak main sama?”

Geleng.

“Kenapa?”

“Kak Ayu tak bagi, dia kata nanti Syifa semput. Kan Syifa baru keluar hospital.”

Hanis dan Eja berpandangan.  Sebetulnya, penyakit anak kecil itu lebih serius daripada semput. Mereka memandang Ayu yang berada tidak jauh dari situ. Mungkin ada sebab dia tidak memberitahu Syifa hal yang sebenarnya. Syifa terlalu kecil untuk menanggung keperitan sebuah hakikat.

“Tapi kan, kak Ayu kata, kak Nana dengan kak Nani dah janji nak bawa Syifa pergi berubat. Nanti, bolehlah Syifa main macam kawan-kawan yang lain, InsyaAllah.”

Hampir menitis air mata Hanis dan Eja.

Semoga Allah menyembuhkanmu dik..

Bersambung..

Comments

Popular posts from this blog

[Lirik : Warkah Cinta Berbau Syurga]

Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa Setiap untai kata yang termaktub Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga Simpanan batinku hampir terbelah Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa Antara iman dan nafsu aku berjuang Meraih mahkota cinta dari syurga Chorus: Biar beribu parut luka menghiris kalbu Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar Sekalipun diriku terbuang di mata insan Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ [Selama-lamanya kelembutan   takkan pernah tewas dengan kekerasan] [Ulang Chorus] Cintaku ini... Lagu: Bazli Unic Lirik: Ustaz A.Ubaidillah Alias Studio Rakaman : Unic Terbitan: Al-Kahfi Pictures Sdn.Bhd. Entah kenapa Cik Cahaya suka sangat dengan lirik lagu ini..First time dengar terus jatuh cinta gituu..Lagu ni, pada Cik Cahaya mempunyai makna yang sanga

Bahagiakan Diri Dengan Kebahagiaan Orang Lain

Pernah terjadi tak, Ada satu masa, kita nak ceritakan masalah kita pada seseorang. Nak luahkan perasaan sedih kita. Nak menangis dan meminta nasihat dia. Tapi, belum sempat kita buka mulut, orang tersebut terlebih dahulu menceritakan masalah dia. Terlebih dahulu meluahkan perasaan sedih dan meminta kita menasihati dia. Pernah terjadi tak? Apa tindakan kita ketika itu? Terus meminjamkan telinga untuk mendengar masalah dia,walaupun ketika itu hati kita sendiri sedang terluka,  atau terus berkata "aku pun ada masalah!" dan membiarkan orang itu terus bersendirian menanggung kesedihan? #MUHASABAH# Ketika kita rasa kita lah yang paling sedih, paling terluka, paling lemah, paling sakit..saat itu ALLAH hadirkan orang lain kepada kita, agar kita sedar bahawa ada orang lain yang lebih sakit, lebih terluka, lebih lemah dan lebih sakit daripada kita. Ketika kita rasa kita lah yang paling susah, ALLAH temukan kita dengan orang lain yang lebih susah daripada kita. Mengapa? Kera

~Berakhirnya Semester 5~

Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. Final exam dah habis..yahuu!! Bila final exam dah habis, maka dengan ini dengan rasminya telah berakhirlah semester 5 saya.. suke2!!  Dan..semester akan datang, saya dan sahabat-sahabat seperjuangan akan mula melangkah ke alam pekerjaan..Cewahh..Bukan dah start kerja, tapi latihan industri je..Kira berkerja lah juga kan? kan? Disebabkan tempoh latihan industri kami ni terlampau lama, dalam 6 bulan gitu, jadi saya rasa...saya pasti akan merindui kalian-kalian semua..Terutamanya rumate saya yang comel, Cik Shafin, yang baru belajar berblog tuh.. ^_^... Cik Shafin @ Intan..Nana seronok dapat jadi rumate Intan.. and, next sem kita bakal jadi housemate pula..InsyaAllah..Maaf, kalau sepanjang kita duduk sebilik ni, Nana ada sakitkan hati Intan..Minta maaf "grandmother" (kihkihkih). Sepanjang sem 5 ni memang macam-macam kejadian yang berlaku..Daripada yang paling gembira sampailah yang paling menyedihkan..Daripada yang paling mudah