Skip to main content

Antara Impian dan Cita-cita (3)


~Semurni Limpahan Kasih Imtiyaz~

Sambungan..

Hanis dan Eja berpandangan.  Sebetulnya, penyakit anak kecil itu lebih serius daripada semput. Mereka memandang Ayu yang berada tidak jauh dari situ. Mungkin ada sebab dia tidak memberitahu Syifa hal yang sebenarnya. Syifa terlalu kecil untuk menanggung keperitan sebuah hakikat.

“Tapi kan, kak Ayu kata, kak Nana dengan kak Nani dah janji nak bawa Syifa pergi berubat. Nanti, bolehlah Syifa main macam kawan-kawan yang lain, InsyaAllah.”

Hampir menitis air mata Hanis dan Eja.

“Kenapa kakak diam?” soal anak kecil berusia 7 tahun itu. Matanya bergilir-gilir memandang wajah Hanis dan Eja yang membisu. “Syifa boleh sembuh, kan?”

Hanis tersenyum kelat. Senyuman Eja juga tidak bergula. Kedua-duanya menjadi serba-salah.

“InsyaAllah dik. Yang penting Syifa kena benyak berdoa pada Allah,dan kakak-kakak semua pun akan sama-sama berdoa supaya Syifa cepat sembuh,” jawab Hanis berbau harapan.

“Terima kasih, kak. Emm, Syifa nak masuk dululah, nak main dengan Balqis.”

Mereka berdua menganggukan kepala.

Syifa berlari-lari anak menuju ke dalam rumah. Dari jauh kelihatan beberapa penghuni perempuan Rumah Limpahan Kasih Imtiyaz yang sudah menjangkau usia remaja sedang membantu Rehan dan Ayu membersihkan halaman rumah. Tidak ketinggalan beberapa orang penghuni lelaki yang tidak duduk diam dan turut sama membantu. Hmm, sememangnya mereka sangat ringan tulang.

“Rajinnya adik-adik akak,” puji Ayu. Dia memandang satu-persatu wajah di hadapannya.

“Mana ada kak, tolong sikit-sikit je. Lagipun, majlis ni akak semua buat untuk kami juga, kan?” balas Luqmanul Hakim, antara penghuni yang paling lama tinggal di rumah ini.

“Betul tu kak. Kami rasa tak sedap hati pula kalau tak tolong langsung,” sokong Syamil al-Fateh, adik kepada Luqmanul Hakim.

Rehan senyum. “Kalau macam tu, nanti tolong akak bersihkan rumah sebelah pula, boleh?” duga Rehan.

 “Itu tempat asrama perempuan kak, kami tak boleh masuk.”

“Ish kamu ni, akak nak suruh bersihkan halaman rumah aje, bahagian dalam rumah tu, nanti akak minta adik-adik perempuanlah yang buat.”

Luqmanul Hakim sengih. Semua yang ada di situ ketawa.

“Hai, gembira nampak. Apa yang lawak sangat ni?” tegur Nani. Sejalur senyuman dihadiahkan buat mereka semua.

“Tak ada apa-apa kak,” Luqmanul Hakim segera menjawab. Jika tidak, pasti dia akan terus diketawakan.

Nani senyum. Dia segera merapati Ayu untuk berbisik sesuatu.“Ayu, meh jap. Ada perkara nak bincang.”

“Pasal apa?”

“Syifa.”

Ayu angguk faham. “An, aku ke sana jap. Nanti aku datang balik.”

“Ok!”

Ayu segera membuntuti langkah Nani yang terlebih dahulu mendahuluinya. Langkahnya diatur laju ke arah rumah sebelah (asrama perempuan). Setibanya di rumah tersebut, dia terus menuju ke arah taman mini yang dibina di sudut hadapan rumah itu.

“Sorry, terpaksa menunggu,” Ayu berbahasa-basi. Dia mengambil tempat di sebelah Nana.

“Tidak mengapa, kami pun baru saja sampai,” jawab salah seorang daripada mereka. Kedua-dua insan dihadapannya itu langsung tidak dikenali.

Ayu sengih.‘Adoii..formalnya. Mati kutu aku macam ni.’

Nani yang faham maksud ‘sengihan’ Ayu segera bersuara. “Rasanya kita dah boleh start sekarang.”

“Emm, sebelum tu, aku nak kenalkan, ini Dr.Lina dan yang ini Dr.Suhaila. Diorang ni kawan aku kat matrik dulu. Hah, ini Nani, pengurus rumah ni. Ni pula Ayu, our private nurse,”kata Nana sambil tersenyum.

“Wow, ada private nurse?” Dr.Lina seperti kagum.

Of course sis! Sekarang tengah cari private doctor, berminat?”

Kedua-dua doktor itu senyum. “Kalau diberi peluang, apa salahnya.”

Ketawa mereka bergabung.

“Ok, back to our main point,” Nana mengubah cerita. “Seperti yang aku pernah cerita sebelum ni, tentang salah seorang penghuni kat sini..”

“Syifa?” Dr.Suhaila memintas.

“Yup.. Hmm, kami perlukan bantuan korang berdua. Mengenai laporan kesihatan terbaru Syifa, semuanya aku serahkan kepada Ayu untuk terangkan nanti.”

Ayu mengangguk kepala. Sebetulnya, dia memang sudah bersedia untuk berganding bahu dengan dua orang 
doktor itu dalam usaha menyembuhkan Syifa.

“Langkah yang patut dilakukan seterusnya, kami serahkan kepada korang bertiga,” Nana menundukkan kepalanya. Nafasnya ditarik panjang untuk mengurangkan sebak dan hiba. Wajah tiga temannya itu dipandang dalam. “Lina, Sue, Ayu..aku harap korang dapat cuba sedaya-upaya untuk menyembuhkan Syifa.”

“InsyaAllah Na.Kami akan cuba sedayanya. Natijahnya, kita kembalikan kepada DIA yang Maha Berkuasa. Yang penting, doa dan usaha itu perlu bergerak seiring,kan?”

Nana senyum. “Yup. Thanks Lina.”

U r welcome my dear.” .. “By the way, can we meet Syifa? Boleh kenal dengan lebih rapat. Nanti dia tak adalah kekok sangat dengan kami.”

“Eh, tentulah boleh. Jap ya, KAKAK Nana pergi panggil,”jawab Nana. Dia sengaja menekankan perkataan ‘kakak’, nampak muda sikit beb!

Nani menggeleng. “Hah, tu nak perasan mudalah tu.”

“Mudalah, baru. ..eh, tak boleh sebut. Tapi kan, kalau tengok muka, mungkin orang akan kata umur aku baru 20 tahun. Hahaha..”

“Oh, please Nana. Terimalah hakikat umur ko dah..”

“Baiklah..baiklah..aku surrender. Udah, jangan ko sebut-sebut lagi,” potong Nana.

“Hah, cepatlah pergi panggil Syifa. Boleh pula dia tercegat kat situ,” Ayu mula membebel.

Nana sengih. “Iyelah, aku nak pergilah ni.”

Dia terus menapak meninggalkan 4 temannya itu.

****

Di sudut yang lain.

“Ramai juga yang datang, kan?”Anim memandang Teha dan Lina yang baru sahaja melabuhkan punggung di atas kerusi. Mereka baru sahaja selesai mengemas ruang tamu yang menjadi tempat berlangsungnya majlis khatam al-Quran dan kesyukuran tadi.

“Tau tak apa, naik lenguh sendi-sendi aku,” balas Lina. “Itu nasib baik diorang pakai catering, kalau tidak, lagilah, kan? kan?”

Teha mencebik. “Baru buat kerja sikit, dah merungut.”

Lina sengih. “Bukan merungut, aku nak bagitau korang je.”.. “Tapi, aku rasa seronok juga..”

Anim angkat kening. “Kenapa?”

“Aku rasa seronok bila tengok budak-budak tu ketawa. Tenang aje. Korang tak rasa macam tu ke?”

“Rasa juga.” Teha senyum. “Tengok tu, anak aku bukan main happy main dengan diorang, sampai lupa mummy dia ada kat sini.”

Lina gelak. Anim turut ketawa.

Bersambung..

Comments

Popular posts from this blog

[Lirik : Warkah Cinta Berbau Syurga]

Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa Setiap untai kata yang termaktub Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga Simpanan batinku hampir terbelah Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa Antara iman dan nafsu aku berjuang Meraih mahkota cinta dari syurga Chorus: Biar beribu parut luka menghiris kalbu Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar Sekalipun diriku terbuang di mata insan Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ [Selama-lamanya kelembutan   takkan pernah tewas dengan kekerasan] [Ulang Chorus] Cintaku ini... Lagu: Bazli Unic Lirik: Ustaz A.Ubaidillah Alias Studio Rakaman : Unic Terbitan: Al-Kahfi Pictures Sdn.Bhd. Entah kenapa Cik Cahaya suka sangat dengan lirik lagu ini..First time dengar terus jatuh cinta gituu..Lagu ni, pada Cik Cahaya mempunyai makna yang sanga

Bahagiakan Diri Dengan Kebahagiaan Orang Lain

Pernah terjadi tak, Ada satu masa, kita nak ceritakan masalah kita pada seseorang. Nak luahkan perasaan sedih kita. Nak menangis dan meminta nasihat dia. Tapi, belum sempat kita buka mulut, orang tersebut terlebih dahulu menceritakan masalah dia. Terlebih dahulu meluahkan perasaan sedih dan meminta kita menasihati dia. Pernah terjadi tak? Apa tindakan kita ketika itu? Terus meminjamkan telinga untuk mendengar masalah dia,walaupun ketika itu hati kita sendiri sedang terluka,  atau terus berkata "aku pun ada masalah!" dan membiarkan orang itu terus bersendirian menanggung kesedihan? #MUHASABAH# Ketika kita rasa kita lah yang paling sedih, paling terluka, paling lemah, paling sakit..saat itu ALLAH hadirkan orang lain kepada kita, agar kita sedar bahawa ada orang lain yang lebih sakit, lebih terluka, lebih lemah dan lebih sakit daripada kita. Ketika kita rasa kita lah yang paling susah, ALLAH temukan kita dengan orang lain yang lebih susah daripada kita. Mengapa? Kera

Duhai diri..

Bila engkau letih dan hilang semangat, ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka,ALLAH telah mengira titis air matamu. Bila engkaurasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,ALLAH tetap bersamamu. Bila engkau kebuntuan akal,maka ALLAH adalah penunjuk jalan… Apabila engkau telah berazam, maka  bertawakallah kepada ALLAH…..