Skip to main content

::Samar Yang Kian Jernih::

Alhamdulillah.. Baru saja habis membaca dua buah buku yang dinukilkan oleh penulis yang sangat dihormati ; Sebarkan Cinta-Mu oleh Ustazah Fatimah Syarha , dan Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu hasil gabungan mantopp Ustazah Fatimah Syarha dan Dr.Farhan Hadi. Alhamdulillah, syukur kerana Allah mengizinkan Cik Cahaya mengutip cebisan-cebisan ilmu dari kedua-dua buku ini.




Bila bercakap soal poligami, kebanyakan kaum lelaki pasti tersenyum lebar. Tidak kurang yang mendabik dada. Ada juga yang menjadikannya senda gurau tanpa memikirkan perasaan si isteri. Bila berbincang mengenai poligami, ramailah kaum wanita yang akan berkerut dahi. Ada pula yang lantang menentang penuh berani. Dan, tidak sikit yang mengeji tanpa usul periksa mengapa tindakan tersebut diambil oleh sang suami.

Hukum berpoligami adalah HARUS. Bukannya sunnah. Jadi, wahai encik suami, fikirlah sebaik-baiknya sebelum anda mengambil keputusan berpoligami. Timbanglah seadil-adilnya keadaan diri sebelum gah bersuara ingin meramaikan isteri. Jika memang encik suami mampu berlaku adil dari segenap sudut, maka, keputusannya, terletak di tangan kamu.

Kepada puan isteri pula, jangan cepat melabel  agama menganiaya kamu kerana membenarkan lelaki beristeri 4. Hukum Allah itu sangat adil. Allah tidak pernah kejam kepada hamba-hamba-NYA. Tetapi, manusia sendiri yang selalu menzalimi diri mereka sendiri.  Penuhi dada dengan ilmu agama. Mantapkan pengetahuan tentang hak-hak kita. Berusaha untuk memperbaiki diri. Moga yang buruk itu sentiasa dapat kita jauhi.

Jadi, jangan terlalu extreme menuduh wanita yang tidak mahu dimadukan itu sebagai menolak sunnah, dan, jangan terlalu extreme meminta poligami itu diharamkan..  Belajarlah menjadi sederhana. Berfikirlah secara rasional. Bertindaklah secara adil dan saksama. Jadilah yang di tengah antara keduanya. Menyokong apabila perlu dan membantah apabila kena pada masanya.

So, sebagai seorang wanita, Cik Cahaya suka untuk berkongsi info di bawah  ^_^

Wanita Tidak Boleh Dipaksa Menerima Poligami Kerana Tidak Ada Paksaan Dalam Urusan Perkahwinan.

Imam Al-Ghazali dan ulama-ulama lain menegaskan, dalam perkahwinan tidak boleh ada paksaan. Dengan demikian wanita bebas menerima ataupun menolak dimadu. Sekiranya belum berkahwin, seseorang isteri khuatir akan dimadukan oleh suaminya, dia boleh mengajukan syarat itu dalam syarat perkahwinannya (Syarat ta’liq). Si suami perlu berpegang teguh pada perjanjian itu, sekiranya tidak, hendaklah dia menceraikan isterinya. Ini perlu kerana hubungan keluarga perlu dibina atas dasar taqwa, keadilan dan kedamaian.

Banyak lagi info-info lain yang ingin benar dicoretkan dalam entry kali ini. Tapi, Cik Cahaya bukanlah orang yang arif, jadi, bagi sesiapa yang ingin maklumat-maklumat lain, boleh dapatkan buku2 di atas, atau buku-buku lain yang berkaitan. Jika ada guru yang dapat menjelaskan dengan lebih baik, lagilah digalakkan.

Moga apa yang selama ini samar di hati kita akan menjadi semakin jernih.

Sekadar secebis perkongsian dari insan yang penuh kekurangan.

Semoga Allah redha.

Wallahu’alam.

p/s : kepada awak (my future imam, insyaAllah) w/p sy  tak tahu siapa awak, tapi tak salah kan nak beritahu, saya tak tolak poligami, tapi saya taknak terlibat. Peace J

Comments

Popular posts from this blog

[Lirik : Warkah Cinta Berbau Syurga]

Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa Setiap untai kata yang termaktub Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga Simpanan batinku hampir terbelah Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa Antara iman dan nafsu aku berjuang Meraih mahkota cinta dari syurga Chorus: Biar beribu parut luka menghiris kalbu Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar Sekalipun diriku terbuang di mata insan Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ [Selama-lamanya kelembutan   takkan pernah tewas dengan kekerasan] [Ulang Chorus] Cintaku ini... Lagu: Bazli Unic Lirik: Ustaz A.Ubaidillah Alias Studio Rakaman : Unic Terbitan: Al-Kahfi Pictures Sdn.Bhd. Entah kenapa Cik Cahaya suka sangat dengan lirik lagu ini..First time dengar terus jatuh cinta gituu..Lagu ni, pada Cik Cahaya mempunyai makna yang sanga

Bahagiakan Diri Dengan Kebahagiaan Orang Lain

Pernah terjadi tak, Ada satu masa, kita nak ceritakan masalah kita pada seseorang. Nak luahkan perasaan sedih kita. Nak menangis dan meminta nasihat dia. Tapi, belum sempat kita buka mulut, orang tersebut terlebih dahulu menceritakan masalah dia. Terlebih dahulu meluahkan perasaan sedih dan meminta kita menasihati dia. Pernah terjadi tak? Apa tindakan kita ketika itu? Terus meminjamkan telinga untuk mendengar masalah dia,walaupun ketika itu hati kita sendiri sedang terluka,  atau terus berkata "aku pun ada masalah!" dan membiarkan orang itu terus bersendirian menanggung kesedihan? #MUHASABAH# Ketika kita rasa kita lah yang paling sedih, paling terluka, paling lemah, paling sakit..saat itu ALLAH hadirkan orang lain kepada kita, agar kita sedar bahawa ada orang lain yang lebih sakit, lebih terluka, lebih lemah dan lebih sakit daripada kita. Ketika kita rasa kita lah yang paling susah, ALLAH temukan kita dengan orang lain yang lebih susah daripada kita. Mengapa? Kera

Duhai diri..

Bila engkau letih dan hilang semangat, ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka,ALLAH telah mengira titis air matamu. Bila engkaurasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,ALLAH tetap bersamamu. Bila engkau kebuntuan akal,maka ALLAH adalah penunjuk jalan… Apabila engkau telah berazam, maka  bertawakallah kepada ALLAH…..