Skip to main content

Apakah Kunci Syurga?

Assalamualaikum..

Seperti beberapa entry  perkongsian sebelum ini, entry kali ini saya nak berkongsi sedikit kisah yang diambil daripada buku yang pernah dibaca. Walaupun sebelum ini pernah terbaca tentang kisah di bawah, tetapi, kali ini barulah saya tahu tentang kisah keseluruhannya. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana menggerakkan hati ini untuk membeli buku tersebut..Serta, syabas saya ucapkan kepada penulis yang tidak jemu mencurahkan ilmu kepada kami, para pembaca.

Semoga memberi manfaat ^_^

Ringkasan daripada buku SYURGA MERINDUIMU, tulisan Ustaz Amaluddin Mohd Napiah, bab 20 : Kunci Jenis Apakah Kita.


Seorang pemuda telah pergi ke gereja Samaan setelah tiga kali bermimpi supaya pergi ke sana. Lalu, dia pun membuat segala persiapan dan terus menuju ke gereja tersebut. Setelah tiba di tempat yang dituju, pemuda itu pun masuk ke dalam gereja itu tanpa disedari oleh paderi-paderi yang hadir. Tetapi, ketua paderi di gereja tersebut mengetahui bahawa ada orang Islam di dalam gereja tersebut lantas berkata “Ada orang yang percaya kepada syariat Muhammad di dalam gereja ini.”

Semua paderi menjadi gempar dan mahu orang itu dibunuh. Tetapi, ketua paderi menghalang dan meminta orang itu bangun.

Lalu, tanpa rasa takut, si pemuda tadi pun bangun.

Paderi berkata, “Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat.”

Si pemuda tadi tersenyum dan berkata, “Silakan.”

Si paderi tadi sangat hairan dengan keyakinan dan keberanian pemuda itu. Lalu, sesi soal-jawab pun bermula.

Paderi : Sebutkan satu yang tiada duanya.

Pemuda : Satu yang tiada duanya ialah Allah swt.

Paderi : Dua yang tiada tiganya.

Pemuda : Dua yang tiada tiganya ialah malam dan siang. Firman Allah, “Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran) Kami.” (Al-Isra’ ayat 12)

Paderi : Tiga yang tiada empatnya.

Pemuda : Tiga yang tiada empatnya ialah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Nabi Khidir menenggelamkan sampan, membunuh anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

Paderi : Empat yang tiada limanya.

Pemuda : Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

Paderi : Lima yang tiada enamnya.

Pemuda : Solat lima waktu.

Paderi : Enam yang tiada tujuhnya.

Pemuda : Jumlah hari ketika Allah menciptakan makhluk.

Paderi : Tujuh yang tiada lapannya.

Pemuda : Langit yang tujuh lapis.

Paderi : Lapan yang tiada sembilannya.

Pemuda : Malaikat pemikul arasy Allah. Allah berfirman, “Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan melaikat menjunjung  Arasy Rabbmu di atas kepala mereka.” (Al-Haqqah ayat 17)

Paderi : Sembilan yang tiada sepuluhnya.

Pemuda : Mukjizat yang diberikan kepada Nabi Musa iaitu tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, musim kemarau, katak, darah, kutu, belalang dan berbicara secara langsung dengan Allah di Jabal Tursina.

Paderi : Sesuatu yang tidak lebih daripada sepuluh.

Pemuda : Kebaikan. Firman Allah dalam surah Al-An’am ayat 160 yang bermaksud “Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.”

Paderi : Sebelas yang tiada dua belasnya.

Pemuda : Jumlah saudara Nabi Yusuf.

Paderi : Dua belas yang tiada tiga belasnya.

Pemuda : Mukjizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.” (Al-Baqarah ayat 60)

Paderi : Tiga belas yang tiada empat belasnya.

Pemuda : Jumlah saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

Paderi : Sebutkan sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai roh.

Pemuda : Waktu subuh.

Paderi : Apakah yang dimaksudkan dengan kuburan berjalan membawa isinya?

Pemuda : Ikan yang menelan Nabi Yunus.

Paderi : Siapakah yang berdusta tetapi masuk ke dalam syurga.

Pemuda : Saudara-saudara Nabi Yusuf, iaitu ketika mereka berkata kepada ayahnya, “ Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.” Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, “Tak ada cercaan kepada kamu semua.”

Paderi : Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah tetapi DIA tidak sukakannya.

Pemuda : Suara keldai. Firman Allah dalam surah Luqman ayat 19 yang bermaksud, “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.”

Paderi : Sebutkan makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu.

Pemuda : Nabi Adam, malaikat, unta Nabi Salih dan kambing Nabi Ibrahim.

Paderi : Siapakah yang tercipta daripada api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara daripada api?

Pemuda : Yang tercipta daripada api ialah iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara daripada api ialah Nabi Ibrahim.

Paderi : Siapakah yang tercipta daripada batu, siapa yang diazab dengan batu dan siapa yang terpelihara daripada batu?

Pemuda : Makhluk yang terbuat daripada batu ialah unta Nabi Salih, yang diazab dengan batu ialah tentera bergajah dan yang terpelihara daripada batu ialah Ashabul Kahfi (penghuni gua)

Paderi : Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar.

Pemuda : Tipu daya wanita. “Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.” (Surah Yusuf ayat 28)

Paderi ; Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 helai daun, setiap daun mempunyai lima buah, tiga di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?

Pemuda : Pohon adalah tahun, ranting adalah bulan, daun adalah hari dan buahnya adalah solat lima waktu : tiga dikerjakan pada malam hari dan dua pada siang hari.

Subhanallah!

Selesai 22 pertanyaan. Semua paderi dan hadirin berasa takjub.

Kemudian, si Pemuda Islam itu mengajukan satu soalan kepada paderi.  “Tuan, apakah yang dikatakan kunci syurga itu?

Lidah paderi menjadi kelu mendengar soalan itu. Orang ramai yang hadir menggesa dia supaya menjawab soalan itu.

“Tuan telah melontarkan 22 soalan kepadanya dan semuanya telah dapat dijawab, sementara dia hanya memberikan satu pertanyaan sahaja namun tuan tidak mampu menjawabnya?”

Paderi tersebut berkata, “Aku sudah tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.”

Orang ramai menjawab, “Kami akan menjamin keselamatan tuan.”

Paderi pun berkata, “Jawapannya ialah Asyhadu alla ilaha illallah wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.”

Selepas kejadian itu, paderi dan seluruh hadirin yang hadir di gereja itu menyatakan keimanan mereka dan memeluk Islam.

Subhanallah.

Sungguh, Allah akan sentiasa memelihara agamaNya di mana-mana sahaja.

Wallahua’lam..

Comments

Popular posts from this blog

Bahagiakan Diri Dengan Kebahagiaan Orang Lain

Pernah terjadi tak, Ada satu masa, kita nak ceritakan masalah kita pada seseorang. Nak luahkan perasaan sedih kita. Nak menangis dan meminta nasihat dia. Tapi, belum sempat kita buka mulut, orang tersebut terlebih dahulu menceritakan masalah dia. Terlebih dahulu meluahkan perasaan sedih dan meminta kita menasihati dia. Pernah terjadi tak? Apa tindakan kita ketika itu? Terus meminjamkan telinga untuk mendengar masalah dia,walaupun ketika itu hati kita sendiri sedang terluka,  atau terus berkata "aku pun ada masalah!" dan membiarkan orang itu terus bersendirian menanggung kesedihan? #MUHASABAH# Ketika kita rasa kita lah yang paling sedih, paling terluka, paling lemah, paling sakit..saat itu ALLAH hadirkan orang lain kepada kita, agar kita sedar bahawa ada orang lain yang lebih sakit, lebih terluka, lebih lemah dan lebih sakit daripada kita. Ketika kita rasa kita lah yang paling susah, ALLAH temukan kita dengan orang lain yang lebih susah daripada kita. Mengapa? Kera

[Lirik : Warkah Cinta Berbau Syurga]

Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa Setiap untai kata yang termaktub Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga Simpanan batinku hampir terbelah Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa Antara iman dan nafsu aku berjuang Meraih mahkota cinta dari syurga Chorus: Biar beribu parut luka menghiris kalbu Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar Sekalipun diriku terbuang di mata insan Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ [Selama-lamanya kelembutan   takkan pernah tewas dengan kekerasan] [Ulang Chorus] Cintaku ini... Lagu: Bazli Unic Lirik: Ustaz A.Ubaidillah Alias Studio Rakaman : Unic Terbitan: Al-Kahfi Pictures Sdn.Bhd. Entah kenapa Cik Cahaya suka sangat dengan lirik lagu ini..First time dengar terus jatuh cinta gituu..Lagu ni, pada Cik Cahaya mempunyai makna yang sanga

Duhai diri..

Bila engkau letih dan hilang semangat, ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka,ALLAH telah mengira titis air matamu. Bila engkaurasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,ALLAH tetap bersamamu. Bila engkau kebuntuan akal,maka ALLAH adalah penunjuk jalan… Apabila engkau telah berazam, maka  bertawakallah kepada ALLAH…..