Skip to main content

Mengenali Si Soleh dan Solehah


Siapakah orang yang soleh?

“Soleh” berasal daripada perkataan solah iaitu kebaikan. Lawan kalimah ini ialah fasad iaitu kejahatan. Dimaksudkan dengan soleh ialah lelaki dan wanita yang baik kepada dirinya, pada orang lain, serta baik pula amalannya sehingga dikatakan dia telah diperbaik oleh Allah. Demikianlah menurut Ibn Manzur. –Lisan al-Arab, jil. 5, ms 374-


Ciri-ciri Lelaki Soleh dan Wanita Solehah

1.       Mengawal hawa nafsu
“Adapun golongan yang takut kepada kebesaran TUHAN mereka, maka mereka menahan hawa nafsunya (tidak menurut hawa nafsu mereka) ; sesungguhnya syurgalah tempat tinggal mereka.” (Surah al-Nazi’at ayat 40-41)

2.       Di bawah naungan al-Quran dan al-Sunnah
“Wahai orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul(-NYA) dan ulul amri di antara kamu ; kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian ; yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (Surah an-Nisa’ ayat 59)

3.       Beribadat kepada Allah

4.       Terikat hati dengan masjid dan dakwah
“Sesungguhnya orang yang memakmurkan masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta mendirikan solat dan mengeluarkan zakat ; maka mereka itu tidak takut melainkan kepada Allah ; semoga mereka itu termasuk di kalangan orang yang mendapat petunjuk.” (Surah at-Taubah ayat 18)

5.       Berakhlak mulia dan berbudi bahasa

6.       Ikhlas dan jujur hatinya

7.       Tawaduk

8.       Pemurah dan rajin bersedekah

9.       Mendirikan solat malam (Qiamullail)

10.   Khusyuk dalam solat
“Sesungguhnya telah berjayalah orang yang beriman ; iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun ayat 1-2)

11.   Berbaik sangka

12.   Berjihad di jalan Allah
“…..Mereka yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, maka mereka itulah yang mengharap rahmat Allah…” (Surah al-Baqarah ayat 218)

Moga Allah Redha

Wallahua'lam.

Comments

Popular posts from this blog

~Kerana Kita SAHABAT~

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua student 3 rd year foodtech, dan juga buat mereka yang bergelar sahabat.. Sahabat kepada insan bernama Nurul Farhana. Hari ini, Selasa, tanggal 27/12/11, jam 6.51pm, cebisan ini dinukilkan khas buat kamu, sahabat saya. Nukilan ini bukannya apa-apa..sekadar suka-suka. Yelah, tadi masa tengah study (konon2nya rajin study), tiba-tiba teringat pada korang semua. Mesti tengah study juga kan? Bagus2..teruskan kerajinan nak study tu ^_^ Emm..pejam celik pejam celik, dah dekat dua tahun setengah kita bersama-sama kan? Susah senang, suka duka, pahit manis, tawa mahupun tangis, telah berjaya kita redahi. Alhamdulillah.. sekarang, tinggal final exam untuk sem ni yang bakal menjelma kurang seminggu dari sekarang. Semoga Allah memberi kemudahan dan ketenangan kepada kita semua untuk menghadapi imtihan dunia ni. Dan, semoga Allah mengurniakan kejayaan yang cemerlang kepada kita semua..Amiinn.. Sedar tak sedar juga, banyak pengalaman yang cik cahaya (g...
Assalamualaikum :-) Fuhh~~ Dah bersawang blog ni. Pejam celik pejam celik dah dekat 9 bulan tak update any enty. Kalau preggy ni, mesti tengah tunggu due nak bersalin je..Ahakz..Gurau sikit. Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita hingga ke hari ini. Untuk apa? Mesti ada sebab kan? Umur ni diberi bukan untuk sia-sia. Bukan juga untuk terus bersuka-suka. DIA beri kita lebih masa untuk terus perbaiki diri, menambah amalan, memperteguhkan iman dan memantapkan taqwa sebelum kita kembali ke pangkuan-NYA. Ingin "pergi" dalam keadaan indah dan diredhai? Maka hidup juga perlulah dalam keadaan indah dan diredhai. Bagaimana? Kerjakan suruhan-NYA dan jauhi larangan-NYA. Inshaa Allah :-) Ok, selama 9 bulan ni bermacam-macam kejadian berlaku. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Begitulah perjalanan hidup kita sebagai hamba, ye dak? Terimalah takdir hidup kita dengan hati yang terbuka dan penuh positif. Amboih..dah macam pakar motivasi pulak..kikikiki. Alhamduli...

::Persiapkan Diri::

“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-NYA adalah DIA menciptakan isteri-isteri daripada kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-NYA cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran.” (Surah Ar-Rum, ayat 21) Assalamualaikum.. Alhamdulillah, cuti semester sudah pun bermula. Tapi sayang, Cik Cahaya dan sahabat-sahabat yang tengah berLatihan Industri sekarang ini tidak berpeluang bercuti seperti teman-teman yang lain. Selepas tamatnya semester 2011/2012 ni,  ramai jugalah sahabat Cik Cahaya yang memulakan fasa baru dalam kehidupan mereka.. Ada yang sudah mula melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar, ada yang sedang berkira-kira menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, dan tak kurang, ada juga yang dalam perancangan untuk bertunang dan mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan urusan kita semua..Amiinn. Apabila sebut tentang baitul muslim ni, Cik C...