Skip to main content

Bukan Dia Yang Beruntung [2]


"Beruntunglah dia.." Azeera tersenyum manis.

"Untung? Apa yang untung?" Naura mengerutkan dahi.

"Untung sebab dapat hadir dalam hati awak."

Naura tersenyum kelat. "Bukan dia yang beruntung, tapi saya yang bertuah."

Giliran Azeera mengerutkan dahi. 1001 persoalan bermain di fikiran. Ini kali kedua isu ini dibincangkan. Dan, seperti dulu, Naura tetap memberikan jawapan yang sama.

Aku ini hanya insan biasa duhai sahabat. Masih penuh dengan kekurangan dan kejahilan. Luarannya kau melihat aku seakan sempurna. Namun hakikatnya, hanya Yang Esa yang lebih mengetahuinya. Luarannya kau lihat aku kuat. Namun, Tuhan juga yang benar-benar tahu segala gundah-gulana. Luarannya kau lihat aku ceria. Namun Allah jua yang lebih tahu luka dan dukanya.

"Kenapa senyap?" Azeera memancing jawapan.

Naura menggeleng kepala. "Tak ada apa-apa. Sudahlah, lupakan saja apa yang pernah saya cakap tadi ya." Segaris senyuman dihadiahkan buat teman baiknya itu. 

Azeera mengeluh perlahan. Masih belum dapat mengorek isi hati Naura. Tapi dia tetap tidak mahu mengalah. "Kenapa awak cakap awak yang bertuah?"

"Bukankah saya pernah memberi jawapannya dulu? Lupa ya?" tangannya pantas mencubit hidung Azeera. Bibirnya dihiasi dengan senyuman. Tetapi dia sendiri tidak pasti senyuman itu bergula atau tidak.

"Awak mesti ada alasan lain kan?"

Naura menggeleng lagi. "Tak adalah, memang itu alasan saya. Hmm, saya dah lambat ni, ada janji dengan Qaseh, minta diri dulu ya. Assalamualaikum."

Belum sempat Azeera menghalang, Naura telah terlebih dahulu mengatur langkah. Laju kayuhan langkahnya. Tetapi, tiba-tiba dia menoleh. "Kadang-kadang, tak semua perkara kita boleh luah dengan perkataan. Ada masa, hanya diri kita sahaja yang akan faham. Ada ketika, kita tidak akan mampu membuatkan orang lain tahu apa yang kita rasa. Sayang awak kerana Allah." tangannya dilambai ceria. Langkah kaki diatur semula.

Azeera senyum. Sahabatnya yang seorang ini memang banyak berahsia. Semoga Allah memberi kepadamu yang terbaik! 

Naura merenung cincin di jari manisnya. Sudah hampir 2 minggu cincin itu berada di situ. Terima kasih awak, sebab sudi terima saya.




Comments

Popular posts from this blog

~Kerana Kita SAHABAT~

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua student 3 rd year foodtech, dan juga buat mereka yang bergelar sahabat.. Sahabat kepada insan bernama Nurul Farhana. Hari ini, Selasa, tanggal 27/12/11, jam 6.51pm, cebisan ini dinukilkan khas buat kamu, sahabat saya. Nukilan ini bukannya apa-apa..sekadar suka-suka. Yelah, tadi masa tengah study (konon2nya rajin study), tiba-tiba teringat pada korang semua. Mesti tengah study juga kan? Bagus2..teruskan kerajinan nak study tu ^_^ Emm..pejam celik pejam celik, dah dekat dua tahun setengah kita bersama-sama kan? Susah senang, suka duka, pahit manis, tawa mahupun tangis, telah berjaya kita redahi. Alhamdulillah.. sekarang, tinggal final exam untuk sem ni yang bakal menjelma kurang seminggu dari sekarang. Semoga Allah memberi kemudahan dan ketenangan kepada kita semua untuk menghadapi imtihan dunia ni. Dan, semoga Allah mengurniakan kejayaan yang cemerlang kepada kita semua..Amiinn.. Sedar tak sedar juga, banyak pengalaman yang cik cahaya (g...
Assalamualaikum :-) Fuhh~~ Dah bersawang blog ni. Pejam celik pejam celik dah dekat 9 bulan tak update any enty. Kalau preggy ni, mesti tengah tunggu due nak bersalin je..Ahakz..Gurau sikit. Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita hingga ke hari ini. Untuk apa? Mesti ada sebab kan? Umur ni diberi bukan untuk sia-sia. Bukan juga untuk terus bersuka-suka. DIA beri kita lebih masa untuk terus perbaiki diri, menambah amalan, memperteguhkan iman dan memantapkan taqwa sebelum kita kembali ke pangkuan-NYA. Ingin "pergi" dalam keadaan indah dan diredhai? Maka hidup juga perlulah dalam keadaan indah dan diredhai. Bagaimana? Kerjakan suruhan-NYA dan jauhi larangan-NYA. Inshaa Allah :-) Ok, selama 9 bulan ni bermacam-macam kejadian berlaku. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Begitulah perjalanan hidup kita sebagai hamba, ye dak? Terimalah takdir hidup kita dengan hati yang terbuka dan penuh positif. Amboih..dah macam pakar motivasi pulak..kikikiki. Alhamduli...

::Persiapkan Diri::

“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-NYA adalah DIA menciptakan isteri-isteri daripada kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-NYA cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran.” (Surah Ar-Rum, ayat 21) Assalamualaikum.. Alhamdulillah, cuti semester sudah pun bermula. Tapi sayang, Cik Cahaya dan sahabat-sahabat yang tengah berLatihan Industri sekarang ini tidak berpeluang bercuti seperti teman-teman yang lain. Selepas tamatnya semester 2011/2012 ni,  ramai jugalah sahabat Cik Cahaya yang memulakan fasa baru dalam kehidupan mereka.. Ada yang sudah mula melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar, ada yang sedang berkira-kira menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, dan tak kurang, ada juga yang dalam perancangan untuk bertunang dan mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan urusan kita semua..Amiinn. Apabila sebut tentang baitul muslim ni, Cik C...