Skip to main content

::Persiapkan Diri::

“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-NYA adalah DIA menciptakan isteri-isteri daripada kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-NYA cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran.” (Surah Ar-Rum, ayat 21)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, cuti semester sudah pun bermula. Tapi sayang, Cik Cahaya dan sahabat-sahabat yang tengah berLatihan Industri sekarang ini tidak berpeluang bercuti seperti teman-teman yang lain.

Selepas tamatnya semester 2011/2012 ni,  ramai jugalah sahabat Cik Cahaya yang memulakan fasa baru dalam kehidupan mereka.. Ada yang sudah mula melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar, ada yang sedang berkira-kira menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, dan tak kurang, ada juga yang dalam perancangan untuk bertunang dan mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan urusan kita semua..Amiinn.

Apabila sebut tentang baitul muslim ni, Cik Cahaya teringat kepada salah seorang sahabat yang baru sahaja selamat diijabkabulkan dengan pasangannya pada 24 Jun yang lepas..Tahniah sahabatku, Noor Azizah Abu Samah dan saudara Hazim Mohd Noh. Moga mahligai yang baru dibina akan kekal hingga ke syurga.. ^_^

Baraka allahu lakuma Wa Baraka alaikuma Wa jama’a bainakuma fi khair

So, di sini, Cik Cahaya nak share sedikit tips dalam pemilihan calon suami dan isteri. Tips ni Cik Cahaya ambil daripada buku kat bawah ni…



Selamat membaca..

Pemilihan calon suami dan isteri

Ciri-ciri bakal suami

1.       Orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah
2.       Mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi kepada semua perkara.
3.       Berakhlak terpuji.
4.       Memiliki ilmu agama yang membimbing ke arah kebaikan.
5.       Tidak mempunyai penyakit seperti gila dan sebagainya.
6.       Orang yang rajin berusaha demi kebaikan rumah tangga.

Ciri-ciri bakal isteri

1.       Orang yang beriman kepada Allah
2.       Mengamalkan perwatakan wanita solehah.
3.       Rupa paras yang bersih dan elok.
4.       Berakhlak dengan akhlak-akhlak terpuji sebagai muslimah sejati
5.       Tidak menetapkan mas kahwin yang tinggi.
6.       Wanita yang boleh melahirkan zuriat iaitu tidak disahkan mandul.
7.       Masih dara sekiranya belum pernah berkahwin.
8.       Bukan kaum kerabat terdekat.


So, kepada sahabat-sahabat muslimat sekalian, jadikanlah diri kita sebagai calon isteri pilihan kepada lelaki yang beriman. Persiapkan diri ya!

Ciri-ciri wanita solehah.

1.       Mencintai Allah dan Rasulullah melebihi segala-galanya.
2.       Menutup aurat mengikut tuntutan syarak ketika bersama bukan mahramnya.
3.       Menghiaskan diri hanya sekadar perlu ataupun untuk suami sahaja.
4.       Berkelakuan dengan akhlak baik atau mulia.
5.       Bermusafir hanya sesama wanita ataupun bersama lelaki dewasa lain yang ditemani oleh mahramnya.
6.       Sering membantu suami dalam perkara kebenaran, kebajikan dan bertaqwa kepada Allah.
7.       Berbuat baik kepada ibubapa.
8.       Sentiasa bersedekah.
9.       Tidak berkhalwat (berdua-duaan) dengan lelaki bukan mahram.
10.   Berbuat baik kepada jiran tetangga.
11.   Taat kepada suami.

Moga Allah bimbing hati kita untuk terus berusaha menjadi wanita solehah yang amat-amat DIA kasihi..

Wallahu’alam..

Comments

  1. Aip...akak dah terbau nasi minyak lar...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bau nasi minyak jijah tu kak..
      jap, kak aurora islam ni siapa ya..
      maaf..jangan marah ^_^

      Delete
  2. always take a good care dear ukhti.. miss you because of Allah.. :-)

    ReplyDelete
  3. bila lagi giliran anda? hihi.

    ReplyDelete
  4. Bila tiba masanya..insyaAllah :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bahagiakan Diri Dengan Kebahagiaan Orang Lain

Pernah terjadi tak, Ada satu masa, kita nak ceritakan masalah kita pada seseorang. Nak luahkan perasaan sedih kita. Nak menangis dan meminta nasihat dia. Tapi, belum sempat kita buka mulut, orang tersebut terlebih dahulu menceritakan masalah dia. Terlebih dahulu meluahkan perasaan sedih dan meminta kita menasihati dia. Pernah terjadi tak? Apa tindakan kita ketika itu? Terus meminjamkan telinga untuk mendengar masalah dia,walaupun ketika itu hati kita sendiri sedang terluka,  atau terus berkata "aku pun ada masalah!" dan membiarkan orang itu terus bersendirian menanggung kesedihan? #MUHASABAH# Ketika kita rasa kita lah yang paling sedih, paling terluka, paling lemah, paling sakit..saat itu ALLAH hadirkan orang lain kepada kita, agar kita sedar bahawa ada orang lain yang lebih sakit, lebih terluka, lebih lemah dan lebih sakit daripada kita. Ketika kita rasa kita lah yang paling susah, ALLAH temukan kita dengan orang lain yang lebih susah daripada kita. Mengapa? Kera

[Lirik : Warkah Cinta Berbau Syurga]

Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa Setiap untai kata yang termaktub Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga Simpanan batinku hampir terbelah Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa Antara iman dan nafsu aku berjuang Meraih mahkota cinta dari syurga Chorus: Biar beribu parut luka menghiris kalbu Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar Sekalipun diriku terbuang di mata insan Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ [Selama-lamanya kelembutan   takkan pernah tewas dengan kekerasan] [Ulang Chorus] Cintaku ini... Lagu: Bazli Unic Lirik: Ustaz A.Ubaidillah Alias Studio Rakaman : Unic Terbitan: Al-Kahfi Pictures Sdn.Bhd. Entah kenapa Cik Cahaya suka sangat dengan lirik lagu ini..First time dengar terus jatuh cinta gituu..Lagu ni, pada Cik Cahaya mempunyai makna yang sanga

Duhai diri..

Bila engkau letih dan hilang semangat, ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka,ALLAH telah mengira titis air matamu. Bila engkaurasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,ALLAH tetap bersamamu. Bila engkau kebuntuan akal,maka ALLAH adalah penunjuk jalan… Apabila engkau telah berazam, maka  bertawakallah kepada ALLAH…..