Skip to main content

Jodoh??

Sejak usia menjejak angka 2 di hadapan, banyak sungguh pertanyaan mengenai jodoh yang dilontarkan.
Lebih-lebih lagi bila dah bergelar final year student..
Memang begitukah keadaannya??

Sejak dua menjak ini, banyak juga jemputan walimah sahabat-sahabat.
Orang yang dulunya bukan main nakal dalam kelas dah jadi suami orang sekarang.
Tak kurang pula si pemalu yang sudah bergelar ibu muda.
Alhamdulillah.
Tahniah kawan-kawan!!
Moga bahagia ini kekal menjadi milik kalian
Dunia dan akhirat ^^

"Kau bila lagi?"
Nak tercabut jantung dengar soalan tu. 

"Dah tak lama kan?"
Satu lagi soalan yang boleh membuatkan jantung terkeluar.

Terus geleng-geleng dan senyum.

"Lambat lagi. Aku nak belajar dulu.."  :)

Sudah-sudahlah tanya soalan tu ya. Kalau nak tanya juga, tunggu dua tiga tahun lagi.

~Malas nak bincang soal ni (konon-kononnya)~

p/s : Solehahkan diri terlebih dahulu. Bukan kerana ingin suami yang soleh semata, tapi lebih kepada mengharap Redha DIA yang BERKUASA :)




Moga Allah Redha. Wallahua'lam

Comments