Skip to main content

Macam-Macam

Assalamualaikum. Salam 25 Muharam :)

Sekarang ni dah berada di hujung minggu ke 12 semester 7 sebagai student Foodtech. Pejam celik pejam celik, eh, dah nak graduate rupanya. In shaa Allah..Cepat sungguh masa berlalu. Dan, dalam tempoh 7 semester ni, dah macam-macam perkara yang pelik-pelik, yang best-best, yang menyebabkan stress, yang paling tak dijangka telahpun berlaku. Apapun, semua tu adalah pengalaman hidup yang akan menjadikan kita lebih matang dalam menilai erti sebuah keselesaan, kehidupan, kesibukan dan kelapangan masa.. 

Antara 2 nikmat yang manusia sering terlupa adalah kesihatan yang baik dan masa lapang

Aduh terasa!

Mana tidaknya..kata-kata di atas tu memang terkena batang hidung sendiri. Masa sakit barulah teringat kenapa tak buat itu, tak buat ini waktu sihat dulu..Masa sibuk barulah kelam-kabut nak siapkan kerja yang berlambak-lambak sedangkan masa lapang diisi dengan bersenang-lenang menonton movie. 

Semester 7 ni boleh dijadikan sebagai "Semester Ini Dalam Sejarah" sebab berlaku macam-macam perkara yang tak pernah berlaku dalam 6 semester sebelumnya. Salah satunya ialah menjadi pengunjung setia Pusat Kesihatan Universiti (PKU) sampai Encik Doktor tu pun siap dah kenal muka. Belum kira lagi dengan appoinment yang tak habis-habis dengan Puan Dentist. Puan Nurse kat kaunter pun dah jadi macam kawan baik gituuu. Cik Farmasi pun agak-agak boleh jadi teman rapat selepas ni. (Ok sangat hiperbola!)

Movie? Sejarah juga tu. Kalau semester-semester sebelum ni bagai tak ada masa langsung nak melayan cerita-cerita kat laptop, tapi semester 7 yang kononnya banyak sangat kerja, assignment, FYP, PD tu, ada sahaja masa yang dicuri untuk menonton movie bagai. Siap minta tolong Cik Izzati yang merupakan peng'download' berjaya downloadkan cerita yang best-best. Apa dah jadi ni Cik Nana???

#Muhasabah Seketika# 

2 minggu lagi akan diadakan product launching untuk student final year foodtech. Kalau tak silap ada 8 or 9 group semuanya yang akan mempertaruhkan produk masing-masing. Maknanya akan ada 8 or 9 produk baru yang akan dipertonton dan diperkenalkan kepada para juri dan pengunjung yang datang nanti. Saingan amat sengit sebab semua kumpulan hebat-hebat belaka. Produk yang dihasilkan pula bukan calang-calang. Tak pernah ada di pasaran. Dan mungkin tak pernah terfikir pun oleh orang lain. Itulah hebatnya student foodtech #motivasi sikit

Bila bercakap tentang product development ni, banyak sangat perkara baru yang kami belajar. Bukan hanya dalam bidang kami iaitu TEKNOLOGI MAKANAN, tapi turut belajar banyak perkara dari bidang lain terutama sekali tentang marketing and designing. Kalau nak cerita, lenguhlah jari nak taip.

Disebabkan kami semua terbahagi kepada tiga minor : Food Processing & Engineering, Food Safety and Food Functional, jadi, kami aplikasikanlah bidang masing-masing dalam subject product development ni. Alhamdulillah, everything goes smooth :)

Teringat pertanyaan seorang coursemate: "Nana, aku tengok budak processing ni memang stress je. Banyak kerja ke?"

Cik Cahaya angkat kening. "Kau nampak aku stress tak?" sambil senyum-senyum.

"Aku nampak kau macam rilek je."

Tiba-tiba seorang sahabat menyampuk. "Nana tu stress dalam diam."

Cik Cahaya nak tergelak dengan penyataan tu. Stress dalam diam? Memanglah ada rasa tekanannya, dan kadang-kadang terlepas juga dekat orang-orang tertentu. Tapi, bila fikirkan, kalau kita stress, orang lain pun sama. Kalau kita rasa susah, orang lain pun apa kurangnya. Dan jika dibandingkan tekanan kita kat sini dengan saudara-saudara kita di tempat lain, Gaza terutamanya, apalah sangat kan. Mereka lagi HEBAT ujian yang ALLAH bagi.

Tak kisahlah minor apapun, yang penting graduate nanti tetap dapat title Bac. of Food Science & Technology without including minor yang kita ambil sekarang. So, chill!! 

Hanya satu semester berbaki. Sikit je lagi. Sabar. Tabah. Sabar. Tabah.

Think POSITIVE!!

Allah itu dekat, mintalah tolong dengan-NYA.

Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

"Kita kuat sebab di belakang kita ada ALLAH Yang Maha Kuat"

Jadi, teruskan perjuangan.

Perbetulkan niat setiap masa.

Apapun yang berlaku, ingatlah ALLAH Yang Maha Satu.

HE is the BEST PLANNER!


Moga Allah Redha. Wallahua'lam

Comments

Popular posts from this blog

~Kerana Kita SAHABAT~

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua student 3 rd year foodtech, dan juga buat mereka yang bergelar sahabat.. Sahabat kepada insan bernama Nurul Farhana. Hari ini, Selasa, tanggal 27/12/11, jam 6.51pm, cebisan ini dinukilkan khas buat kamu, sahabat saya. Nukilan ini bukannya apa-apa..sekadar suka-suka. Yelah, tadi masa tengah study (konon2nya rajin study), tiba-tiba teringat pada korang semua. Mesti tengah study juga kan? Bagus2..teruskan kerajinan nak study tu ^_^ Emm..pejam celik pejam celik, dah dekat dua tahun setengah kita bersama-sama kan? Susah senang, suka duka, pahit manis, tawa mahupun tangis, telah berjaya kita redahi. Alhamdulillah.. sekarang, tinggal final exam untuk sem ni yang bakal menjelma kurang seminggu dari sekarang. Semoga Allah memberi kemudahan dan ketenangan kepada kita semua untuk menghadapi imtihan dunia ni. Dan, semoga Allah mengurniakan kejayaan yang cemerlang kepada kita semua..Amiinn.. Sedar tak sedar juga, banyak pengalaman yang cik cahaya (g...
Assalamualaikum :-) Fuhh~~ Dah bersawang blog ni. Pejam celik pejam celik dah dekat 9 bulan tak update any enty. Kalau preggy ni, mesti tengah tunggu due nak bersalin je..Ahakz..Gurau sikit. Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita hingga ke hari ini. Untuk apa? Mesti ada sebab kan? Umur ni diberi bukan untuk sia-sia. Bukan juga untuk terus bersuka-suka. DIA beri kita lebih masa untuk terus perbaiki diri, menambah amalan, memperteguhkan iman dan memantapkan taqwa sebelum kita kembali ke pangkuan-NYA. Ingin "pergi" dalam keadaan indah dan diredhai? Maka hidup juga perlulah dalam keadaan indah dan diredhai. Bagaimana? Kerjakan suruhan-NYA dan jauhi larangan-NYA. Inshaa Allah :-) Ok, selama 9 bulan ni bermacam-macam kejadian berlaku. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Begitulah perjalanan hidup kita sebagai hamba, ye dak? Terimalah takdir hidup kita dengan hati yang terbuka dan penuh positif. Amboih..dah macam pakar motivasi pulak..kikikiki. Alhamduli...

::Persiapkan Diri::

“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-NYA adalah DIA menciptakan isteri-isteri daripada kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-NYA cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran.” (Surah Ar-Rum, ayat 21) Assalamualaikum.. Alhamdulillah, cuti semester sudah pun bermula. Tapi sayang, Cik Cahaya dan sahabat-sahabat yang tengah berLatihan Industri sekarang ini tidak berpeluang bercuti seperti teman-teman yang lain. Selepas tamatnya semester 2011/2012 ni,  ramai jugalah sahabat Cik Cahaya yang memulakan fasa baru dalam kehidupan mereka.. Ada yang sudah mula melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar, ada yang sedang berkira-kira menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, dan tak kurang, ada juga yang dalam perancangan untuk bertunang dan mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan urusan kita semua..Amiinn. Apabila sebut tentang baitul muslim ni, Cik C...