Skip to main content

Hati Yang Cemburu


Kalau sudah namanya manusia biasa, sudah pasti akan ada rasa cemburu.
Tidak banyak, sedikit.
Tidak sedikit, pasti juga pernah terdetik di hati.

Aku juga begitu.

Kadang-kadang aku cemburu melihat mereka yang dari kecilnya sudah hidup dalam suasana tarbiyah. Kadang-kadang aku rasa cemburu melihat mereka yang hati dan jiwanya sentiasa segar dengan perjuangan. Bibir mereka tidak pernah lekang dengan mutiara hikmah. Fikiran mereka sangat tajam dalam menyumbang idea yang penuh bernas. Wajah mereka yang redup penuh ketenangan. Tutur kata yang indah tersusun menyusup ke jiwa menyegar seluruh rongga. Peribadi yang cantik lagi indah. Akhlak yang tinggi lagi disegani.

Aku juga cemburu melihat mereka yang berpeluang menadah ilmu daripada ilmuan yang disegani. Berpeluang mendampingi cendekiawan yang tinggi pekerti. Mengutip mutiara hikmah daripada guru yang berilmu tinggi. Berpeluang menjalin ukhwah dengan mereka yang hebat jati diri. Sentiasa mengingati antara sesama sendiri. Al-Quran kalam suci makanan hati setiap hari. Dapat menyumbang jasa kepada agama yang suci ini. Menabur bakti sebelum diri pergi menghadap ILLAHI. 

Melihat refleksi pada cermin. 
Aku. 
Jauh. 
Tersangat jauh daripada semua itu.


ALLAHU ROBBI.
Maafkan aku kerana hadirnya perasaan ini.
Bukan tidak mensyukuri, sekadar malu pada diri.

YA HALIM,
Moga cemburu ini adalah cemburu yang dapat membawa aku kepada-MU.
Moga dengan cemburu ini, memandu aku untuk lebih mengenali-MU.
Moga dengan cemburu ini, mendidik aku untuk lebih cekal berusaha mendekati-MU.


Moga Allah Redha. Wallahua'lam

Comments

  1. Assalamualaikum..
    Alhamdulillah..dpt sesuatu di sni..
    muhasabah..
    moga Allah redha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam.
      Jazakillah sis sbb sudi singgah.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

[Lirik : Warkah Cinta Berbau Syurga]

Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa Setiap untai kata yang termaktub Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga Simpanan batinku hampir terbelah Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa Antara iman dan nafsu aku berjuang Meraih mahkota cinta dari syurga Chorus: Biar beribu parut luka menghiris kalbu Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar Sekalipun diriku terbuang di mata insan Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ [Selama-lamanya kelembutan   takkan pernah tewas dengan kekerasan] [Ulang Chorus] Cintaku ini... Lagu: Bazli Unic Lirik: Ustaz A.Ubaidillah Alias Studio Rakaman : Unic Terbitan: Al-Kahfi Pictures Sdn.Bhd. Entah kenapa Cik Cahaya suka sangat dengan lirik lagu ini..First time dengar terus jatuh cinta gituu..Lagu ni, pada Cik Cahaya mempunyai makna yang s...

Bahagiakan Diri Dengan Kebahagiaan Orang Lain

Pernah terjadi tak, Ada satu masa, kita nak ceritakan masalah kita pada seseorang. Nak luahkan perasaan sedih kita. Nak menangis dan meminta nasihat dia. Tapi, belum sempat kita buka mulut, orang tersebut terlebih dahulu menceritakan masalah dia. Terlebih dahulu meluahkan perasaan sedih dan meminta kita menasihati dia. Pernah terjadi tak? Apa tindakan kita ketika itu? Terus meminjamkan telinga untuk mendengar masalah dia,walaupun ketika itu hati kita sendiri sedang terluka,  atau terus berkata "aku pun ada masalah!" dan membiarkan orang itu terus bersendirian menanggung kesedihan? #MUHASABAH# Ketika kita rasa kita lah yang paling sedih, paling terluka, paling lemah, paling sakit..saat itu ALLAH hadirkan orang lain kepada kita, agar kita sedar bahawa ada orang lain yang lebih sakit, lebih terluka, lebih lemah dan lebih sakit daripada kita. Ketika kita rasa kita lah yang paling susah, ALLAH temukan kita dengan orang lain yang lebih susah daripada kita. Mengapa? Kera...
Assalamualaikum :-) Fuhh~~ Dah bersawang blog ni. Pejam celik pejam celik dah dekat 9 bulan tak update any enty. Kalau preggy ni, mesti tengah tunggu due nak bersalin je..Ahakz..Gurau sikit. Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita hingga ke hari ini. Untuk apa? Mesti ada sebab kan? Umur ni diberi bukan untuk sia-sia. Bukan juga untuk terus bersuka-suka. DIA beri kita lebih masa untuk terus perbaiki diri, menambah amalan, memperteguhkan iman dan memantapkan taqwa sebelum kita kembali ke pangkuan-NYA. Ingin "pergi" dalam keadaan indah dan diredhai? Maka hidup juga perlulah dalam keadaan indah dan diredhai. Bagaimana? Kerjakan suruhan-NYA dan jauhi larangan-NYA. Inshaa Allah :-) Ok, selama 9 bulan ni bermacam-macam kejadian berlaku. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Begitulah perjalanan hidup kita sebagai hamba, ye dak? Terimalah takdir hidup kita dengan hati yang terbuka dan penuh positif. Amboih..dah macam pakar motivasi pulak..kikikiki. Alhamduli...