Skip to main content

Nak buat, buat. Tak nak buat, sudah!


Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ini bermula genjatan senjata di GAZA, selepas 8 hari diserang bertubi-tubi menyebabkan jumlah yang syahid mencecah angka ratusan dan tidak terkecuali yang cedera. Janji Allah itu pasti dan tidak ada yang dapat melawan kehendak-NYA.

Biarpun genjatan senjata telah bermula, tapi tidak bermakna usaha kita berhenti setakat ini sahaja. Teruskan menghantar lontaran doa buat mereka di sana. Jika berkemampuan, hulurkan sedikit bantuan buat mereka yang sangat memerlukan. Jika mampu, boikot juga barang-barang keluaran mereka.

Kalau kita rasa hidup kita di sini susah, cuba fikir bagaimana pula saudara kita di Palestine sana?

Kalau kita rasa ujian yang menimpa kita sangat-sangatlah berat, mereka pula bagaimana?

Isu boikot memboikot. Datang bermusim. Tapi Cik Cahaya rasa yang datang bermusim itu lebih baik daripada yang tak sedar-sedar langsung. Kan?

Dan hal inilah yang Cik Cahaya nak panjangkan dalam entry ni.

Tak dapat buat semua jangan tinggal semua.
Tak dapat boikot semua jangan tak boikot langsung.
Nak boikot, boikot lah, jangan mengata orang yang tak boikot.
Yang tak nak boikot pula, jangan mencemuh orang yang nak boikot.

Kita ini berbeza, cara bertindak juga mungkin berbeza.
Yang penting jangan lupa tanggungjawab kita kepada DIA.
Kenang juga saudara-saudara kita di Palestin sana.
Tembakkan doa dan semangat buat mereka ♥

Ni salah satu status yang Cik Cahaya post di FB.. Bukan nak point kepada sesiapa, Cuma sekadar peringatan buat diri.

Perasan atau tidak, kita ni selalu memandang sinis dan mengata sesuatu yang kita tidak suka, dan terlebih memuji apa yang kita suka, sehinggakan tidak peduli hati dan perasaan orang lain.

Begitukah ISLAM mengajar kita?

Atau, itukah yang kita faham dalam agama ini??

Bukan ISLAM yang salah. TIDAK sekali-kali. Tapi hati kita yang berpenyakit. Diri kita yang tidak baik. Fikiran kita yang tidak bersih!

Jangan terlalu mengangkat pendapat sendiri hingga kita buta untuk menilai pandangan orang lain.

Jika pandangan mereka berlainan, tetapi apabila dilihat dari pelbagai sudut terbukti benarnya, raikanlah walaupun kita tidak suka. Raikan, bukan bermakna kita harus mencampak pendapat kita yang juga betul, cuma berlapang dada lah mendengar pandangan mereka. Jika pandangan mereka itu salah apabila dikaji dan diselidik, jangan pula mengherdik tidak tentu fasal. Tegur dan betulkan fahaman mereka. Dengan cara yang telah Nabi ajar, penuh hikmah dah kebijaksanaan.

Tentang isu boikot, ada pihak yang sangat bersemangat mengambil tindakan drastik meninggalkan semua barangan keluaran pihak yang satu tu. Tak salah, bahkah syabas diucapkan. Moga usaha ini mendapat ganjaran di sisi Allah. Ada pula satu pihak, yang buat tak tahu. Sebaliknya, asyik memperli orang yang nak boikot.

Jangan begitu kawan.

Kalau nak buat, buat.

Kalau tak nak buat, tak payah buat.

Diam sudah. Tak perlu nak mencaci sesama sendiri.

Kita ini manusia biasa. Ada banyak kelemahan dan kekurangan. Kita buat apa yang kita mampu, tak perlu nak mengikut cakap dan pandangan orang lain.

“Setakat tak makan tu je, boleh menyumbang ke?”

“Alah, yang tu je ko tinggal, yang lain ko guna jugak kan?”

Biar sedikit tapi istiqamah. Itu mungkin lebih besar nilainya di sisi ALLAH. Yang penting kita berusaha kerana usaha itu yang akan dinilai ALLAH..

Lupakah kita tentang kisah seekor burung yang berusaha memadamkan api yang didalamnya NABI IBRAHIM dicampakkan? Logiknya, air yang dibawa oleh si burung itu memang tidak akan mampu memadamkan api yang besar dan marak itu. Tapi apa jawapan si burung? Dengan yakin dia berkata “ sekurang-kurangnya di hadapan ALLAH nanti aku boleh menjawab bahawa aku sudah berusaha”.

Nah! Usaha itu yang penting. Kecil besarnya bergantung kepada kemampuan kita.

ALLAH MAHA ADIL.

DIA tidak akan mensia-siakan usaha kita. Yang penting kita jaga hubungan dengan DIA. Luruskan niat juga kerana DIA.

Sentiasalah berdoa supaya semangat kita tidak berhenti setakat ini sahaja. Saudara kita di Palestin insyaAllah syahid ganjarannya syurga. Kita di sini bagaimana? Jom tingkatkan amal. Semoga kita dapat bertemu para syuhada kebanggaan kita di syurga milik-NYA. Aminn..

p/s : entry ini dibuat selepas membaca beberapa tweet salah seorg rakan yg aktif merendah-rendahkan org yg berusaha nak mboikot barang yahudi (mungkin dia tak ada niat kot). kadang2 melalui twitter ni, aku rasa aku lebih kenal korang ni macam mana orgnya dan cara bfikirnya. btw, i'm also prefer twitter than fb..haha..more privasi gitu.


Moga Allah Redha. Wallahua'lam

Comments

Popular posts from this blog

[Lirik : Warkah Cinta Berbau Syurga]

Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa Setiap untai kata yang termaktub Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga Simpanan batinku hampir terbelah Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa Antara iman dan nafsu aku berjuang Meraih mahkota cinta dari syurga Chorus: Biar beribu parut luka menghiris kalbu Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar Sekalipun diriku terbuang di mata insan Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ [Selama-lamanya kelembutan   takkan pernah tewas dengan kekerasan] [Ulang Chorus] Cintaku ini... Lagu: Bazli Unic Lirik: Ustaz A.Ubaidillah Alias Studio Rakaman : Unic Terbitan: Al-Kahfi Pictures Sdn.Bhd. Entah kenapa Cik Cahaya suka sangat dengan lirik lagu ini..First time dengar terus jatuh cinta gituu..Lagu ni, pada Cik Cahaya mempunyai makna yang sanga

Bahagiakan Diri Dengan Kebahagiaan Orang Lain

Pernah terjadi tak, Ada satu masa, kita nak ceritakan masalah kita pada seseorang. Nak luahkan perasaan sedih kita. Nak menangis dan meminta nasihat dia. Tapi, belum sempat kita buka mulut, orang tersebut terlebih dahulu menceritakan masalah dia. Terlebih dahulu meluahkan perasaan sedih dan meminta kita menasihati dia. Pernah terjadi tak? Apa tindakan kita ketika itu? Terus meminjamkan telinga untuk mendengar masalah dia,walaupun ketika itu hati kita sendiri sedang terluka,  atau terus berkata "aku pun ada masalah!" dan membiarkan orang itu terus bersendirian menanggung kesedihan? #MUHASABAH# Ketika kita rasa kita lah yang paling sedih, paling terluka, paling lemah, paling sakit..saat itu ALLAH hadirkan orang lain kepada kita, agar kita sedar bahawa ada orang lain yang lebih sakit, lebih terluka, lebih lemah dan lebih sakit daripada kita. Ketika kita rasa kita lah yang paling susah, ALLAH temukan kita dengan orang lain yang lebih susah daripada kita. Mengapa? Kera

Duhai diri..

Bila engkau letih dan hilang semangat, ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka,ALLAH telah mengira titis air matamu. Bila engkaurasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,ALLAH tetap bersamamu. Bila engkau kebuntuan akal,maka ALLAH adalah penunjuk jalan… Apabila engkau telah berazam, maka  bertawakallah kepada ALLAH…..