Skip to main content

~~Titipan Hati Sang Gadis~~


 Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
  
Buat dirimu wahai bakal imamku..
Pertama kali aku ingin berterima kasih kepadamu kerana memilih diri ini sebagai calon pendampingmu. Namun, ingin aku jelaskan beberapa perkara tentang diriku agar kau tidak terkejut apabila hidup bersamaku. Dan mungkin, kau boleh berfikir sekali lagi sebelum mengambil keputusan mengikat aku dengan ikatan halal yang digalakkan agama.
Terus-terang, aku tidak tahu ingin membahasakan diriku dengan dirimu dengan gelaran apa. Justeru aku memilih menggunakan gelaran aku-kau, kerna aku juga menggunakan gelaran yang sama ketika berbicara dengan Penciptaku. Kau tidak kisah kan?? Namun, jika ia kasar di pendengaranmu, maka maafkanlah aku. 

Buat dirimu bakal pelindungku..
Bacalah pengakuanku dengan tenang..
Aku..bukanlah gadis solehah yang tebal dengan ilmu agama.
Aku..bukanlah seorang srikandi Islam yang berani berjuang di medan jihad.
Aku..bukanlah muslimah mukminah yang teguh imannya.
Aku..bukanlah insan yang hebat dan cemerlang kebanggaan agama.
Tetapi ..
Aku..hanya gadis biasa yang cetek ilmu agama.
Aku..hanya hamba yang sering gentar dengan ujianNya..
Aku..hanya insan lemah selemah imanku..
Aku..hanya manusia biasa penuh kekerdilan..
Tapi…
Aku pernah mengimpikan menjadi seperti..
Khadijah..isteri kesayangan Nabi. Rela mengorbankan harta demi agama tercinta. Sentiasa bersama Nabi dalam keadaan susah dan senang. Seorang yang tabah dan sabar serta hebat akhlaknya…
Aisyah..suri hidup Nabi yang bijak dan cerdas. Akhlak nan indah dipayungi haruman keIslaman. Cantik dan menawan, keindahan ciptaan Tuhan..
Zinnirah..buta matanya kerana agama. Biarpun hanya hamba sahaya, namun Islam teguh di hatinya.
Fatimah..puteri kesayangan Rasulullah. Bersederhana dalam semua perkara. Seorang anak yang taat buat Nabi, isteri yang solehah buat Ali dan bonda mithali buat anakanda tercinta..
Jika dihitung, ramai lagi wanita syurga yang aku ingin tuliskan.. namun..cukuplah sekadar apa yang di atas..

Buat dirimu wahai bakal pembimbingku..
Diriku penuh dengan dosa kejahilan..dosa kelalaian..
Masihkah aku layak untuk dirimu??
Bukan jodoh yang ingin aku soalkan..
Bukan takdir yang aku ingin salahkan..
Bukan juga ketentuanNya yang ingin aku perkatakan..
Tapi..aku bertanya dari hati yang ikhlas..
Ikhlaskan jua hatimu untuk menjawab..
Aku takut tidak dapat menjadi isteri yang baik buatmu..
Aku bimbang tidak mampu menjadi pendamping indah buatmu..
Aku risau tidak terdaya menjadi suri kebanggaanmu..
Aku khuatir aku tewas dalam perjuangan mendamba kasihmu..

Buat dirimu wahai bakal pahlawanku..
Jika tulisan ini menyebabkan dirimu menarik balik keputusan yang telah dibuat..aku redha..
Sesungguhnya aku yakin..benar2 yakin kau akan mendapat seseorang yang setanding denganmu.
Usah kau bimbang, aku sudah bersedia menerima segala keputusanmu..
Jangan rasa bersalah menarik keputusanmu..kerna ianya lebih baik sebelum terlewat…
NAMUN…
Jika dirimu masih ingin menyuntingku…
Ada beberapa permintaan yang ingin aku perkatakan…
Aku..bukanlah gadis solehah yang tebal dengan ilmu agama. Justeru, aku mengharapkan dirimu dapat menjadi guruku..ajarlah aku mendalami ilmuNya..didiklah aku supaya terus dahayakan terbiyah mendekatiNya..tegurlah salahku agar aku tidak lagi tersasar jauh..
Aku..bukanlah seorang srikandi Islam yang berani berjuang di medan jihad. Justeru, bantulah aku menanamkan semangat jihad dalam hatiku. Tiupkan roh keberanianmu buatku agar aku dapat bergandingan denganmu walau di mana sahaja.
Aku..bukanlah muslimah mukminah yang teguh imannya. Justeru, bantulah aku meneguhkan imanku. Jangan biarkan aku terus terleka denga dunia. Jangan izinkan aku terus-terusan tewas dengan kemewahan sementara.
Aku..bukanlah insan yang hebat dan cemerlang kebanggaan agama.  Justeru, pimpinlah daku menggapai kecemerlangan di sana. Nasihatkanlah aku dengan tarbiyah membina. Pakaikan aku dengan hiasan indah agama, agar aku sentiasa takut dengan hiasan dunia..

Buat dirimu wahai bakal pemudaku..
Aku tidak mahu sekadar menjadi isterimu. Yang rutin hariannya hanya memasak, mengemas dan melayanmu.
Tetapi wahai bakal suamiku..
Aku ingin menjadi teman seperjuanganmu yang sejati..
Sama-sama berjuang mempertahankan agama Allah..
Sama-sama bersusah-senang demi agamaNya.
Aku ingin meminjamkan otakku supaya dapat sama-sama memikirkan pemasalahan ummah.
Aku ingin meminjamkan telingaku supaya kau dapat meluahkan masalahmu.
Aku ingin meminjamkan mataku agar dapat sama-sama bersengkang mata menemanimu di malam hening.
Aku ingin meminjamkan kedua tanganku supaya dapat menyediakan juadah yang enak buatmu.
Aku akan cuba sedayanya mengerah tenagaku untuk membantumu menggerakkan dakwah di jalanNya..
  
Sebelum itu, berjanjilah wahai bakal pasanganku..
Jangan sesekali biarkan aku terleka dengan dunia.
Jangan biarkan aku terlena panjang di malam dingin. Bangunkanlah aku di sepertiga malam..
Jangan biarkan aku terlalu gembira dengan nikmat sementara.
Jangan biarkan aku terlalu sedih dijentik musibah daripadaNya.
Sedarkanlah aku..
Tegurlah aku..
Didiklah aku..
KERANA AKU INGIN BERGANDINGAN DENGANMU KE SYURGA.
AKU INGIN MENJADI KETUA BIDADARIMU DI SANA.
Cintailah aku keranaNya..kerna aku juga akan mencintaimu kerana DIA..
“Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika kau hilangkan agama dalam dirimu, maka hilanglah cintaku kepadmu”

(entry nih xda kena-mengena dengan sesiapa)
                                                               

                                                 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bahagiakan Diri Dengan Kebahagiaan Orang Lain

Pernah terjadi tak, Ada satu masa, kita nak ceritakan masalah kita pada seseorang. Nak luahkan perasaan sedih kita. Nak menangis dan meminta nasihat dia. Tapi, belum sempat kita buka mulut, orang tersebut terlebih dahulu menceritakan masalah dia. Terlebih dahulu meluahkan perasaan sedih dan meminta kita menasihati dia. Pernah terjadi tak? Apa tindakan kita ketika itu? Terus meminjamkan telinga untuk mendengar masalah dia,walaupun ketika itu hati kita sendiri sedang terluka,  atau terus berkata "aku pun ada masalah!" dan membiarkan orang itu terus bersendirian menanggung kesedihan? #MUHASABAH# Ketika kita rasa kita lah yang paling sedih, paling terluka, paling lemah, paling sakit..saat itu ALLAH hadirkan orang lain kepada kita, agar kita sedar bahawa ada orang lain yang lebih sakit, lebih terluka, lebih lemah dan lebih sakit daripada kita. Ketika kita rasa kita lah yang paling susah, ALLAH temukan kita dengan orang lain yang lebih susah daripada kita. Mengapa? Kera

[Lirik : Warkah Cinta Berbau Syurga]

Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa Setiap untai kata yang termaktub Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga Simpanan batinku hampir terbelah Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa Antara iman dan nafsu aku berjuang Meraih mahkota cinta dari syurga Chorus: Biar beribu parut luka menghiris kalbu Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar Sekalipun diriku terbuang di mata insan Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ [Selama-lamanya kelembutan   takkan pernah tewas dengan kekerasan] [Ulang Chorus] Cintaku ini... Lagu: Bazli Unic Lirik: Ustaz A.Ubaidillah Alias Studio Rakaman : Unic Terbitan: Al-Kahfi Pictures Sdn.Bhd. Entah kenapa Cik Cahaya suka sangat dengan lirik lagu ini..First time dengar terus jatuh cinta gituu..Lagu ni, pada Cik Cahaya mempunyai makna yang sanga

Duhai diri..

Bila engkau letih dan hilang semangat, ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka,ALLAH telah mengira titis air matamu. Bila engkaurasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,ALLAH tetap bersamamu. Bila engkau kebuntuan akal,maka ALLAH adalah penunjuk jalan… Apabila engkau telah berazam, maka  bertawakallah kepada ALLAH…..