“Ya Allah, berikanlah cintaMu kepadaku, jadikanlah orang yang mencintaiMu mencintaiKu, dan jadikanlah aku mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaanMu”
“CINTA” umpama hembusan nafas yang diperlukan oleh sebuah binaan kehidupan. Cinta diperlukan oleh semua insan tanpa terkecuali. Cinta merupakan nikmat terbesar yang diberikan Illahi kepada kita yang bergelar hamba. Setiap insan inginkan cinta-ingin menyintai dan dicintai. Cinta itu fitrah dan tanpa kehadiran cinta, maka kelam dan malaplah seluruh kehidupan. Tapi, bagaimana caranya seseorang insan itu melayarkan bahtera cintanya??
Bila berbicara mengenai cinta, ramai di antara kita sering kaitkan dengan cinta sang teruna dan dara. Tidak kurang juga yang mengimpikan kisah cinta sehebat Romeo dan Juliet, Qaisy dan Laila, Mark Anthony dan Cleopatra. Asyik terbayang pula pertemuan yang indah, kata-kata manja dan mempesona, rajuk-memujuk, dan bermacam-macam lagi gambaran yang menggambarkan keagungan cinta (??). Daripada kisah titanic yang tenggelam hinggakan kisah Puteri Gunung Ledang yang menjulang, semuanya sudah dihafal dan menari-nari di kepala.Ahh, itukah yang patut kita fikirkan? Cinta sebegitukah yang kita gila-gilakan?? Nau’zubillah..
Sahabat-sahabat yang dikasihi.. Cinta merupakan hadiah daripada Allah. Kita gembira apabila menerima hadiah bukan? Tetapi, wajarkah kita mencintai hadiah yang diberikan melebihi cinta kita kepada si Pemberi hadiah? Mengapa ramai di antara kita terlalu mengejar cinta manusia melebihi Cinta Allah? Layakkah kita mencintai manusia jika kita tidak mencintai Allah? Tepuk dada dan tanyalah iman…
Allah s.w.t berfirman yang membawa maksud :
“Sesungguhnya Allah membeli daripada orang beriman diri mereka dan harta-harta mereka, dengan memberikan mereka syurga..” (At-Taubah : 111)
Bukankah itu tandanya Allah amat-amat mencintai kita? Tidakkah kita terasa betapa hebatnya cinta Allah pada kita? Tegakah kita lebih cenderung memilih cinta dunia berbanding cintaNYA?
Antara bukti CINTA ALLAH kepada kita :
1) Memberi tanpa meminta apa-apa balasan-bayangkan apa yang akan terjadi kepada kita jika Allah menyuruh kita membayar harga untuk setiap udara yang kita sedut.
2) Memberi secara berulang-ulang-tidak jemu memberi dan tidak marah diminta.
3) Memberi tanpa diminta
4) Memberi sesuatu yang amat berharga.
5) Memberi sesuatu yang baik untuk menghasilkan yang baik.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Dikahwini wanita itu atas empat perkara ; harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat segalanya.”
JADILAH SRIKANDI IMPIAN
Antara ciri-ciri wanita idaman lelaki
1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki.. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.
2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.
3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Tapi, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tak sesuai, menampakkan wanita tu seperti kurang matang.
4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.
5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita soleheh.. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan penyokong kepada suami.
6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.
7. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Macam mana ciri-ciri wanita yang sejuk mata memandang nih? Haa.. ni dia ; Bersopan satun, Sentiasa memaniskan wajah, Sentiasa senyum , Menutup aurat, Ramah dan mesra, Tidak terlalu cemburu, Menghormati orang lain.

**Isi2 dalam artikel ini ada dipetik daripada buku “Tentang Cinta” karya Pahrol Mohd Juoi dan “Kembara Hamba Mencari Cahaya” karya Hilal Asyraf.
![]() |
Saje nak promote buku...:-) |
Comments
Post a Comment