Skip to main content

Si Cilik Nurhikmah vs AURA

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum..

Sekarang dah pukul 2.38am..tapi mata masih tak mengantuk..so..ambil kesempatan ni nak post entry baru..
sekadar perkongsian tentang aktivi hari ini..(tanggal 27mac2011)..

First skali nak cite pasal lawatan kami ; kelab penyayang UPM ke Rumah Anak Yatim Nur Hikmah yg merupakan rumah angkat kelab kami pada tahun ni..




Kisah bermula...
Masa mula2 sampai tu, cam biasalah..sume malu2 kan..termasuklah sy ni..Nak tegur adik2 tu pun cam tak biasa. tapi bila dah dekat stgh jam gitu, barulah meriah rumah tu..Adik2 tu pun yg pada mulanya diam dah start banyak cakap..Ukhwah baru bermula..ewahh..

Rupa2nya diorang sume ni aktif sgt..Ada sorg tu memang bijak bercakap..nama dia adik iskandar..tp mase tnya nama dia bgtau nama dia Fatah..mungkin 2-2 kot..haruslah dia kenakan kakak2 yg comel2 nih..Antara pbualan yg sy igt..
sy : nama adik siapa?
dia : FATAH buang F..jadi ATAH..pastu tambah F...
sy : (ok fine..nama dia FATAH..sambil memandang aini)
aini : darjah berapa? (kalu x silap aini yg tnya..)
dia : darjah 6..tolak 1...tambah 1...
sy + aini : berpandangan..(aish budak nih...nasib baik kitorg paham..)

Perbualan yg sterusnya ni blaku mase tgh sibuk mlipat baju..agak tacing sket..dgn seorg adik ppuan ni..nama dia nurul..
nurul : kak nana tolong lipat baju nurul ya..
sy : ok..tp nurul kena blaja lipat sendiri..meh akak ajar..(sambil menunjukkan cara2 melipat baju yg betul   -bajet hebat la tu kan...)
nurul : hmm..esok akak datang lagi ya..(sambil tangan dia sibuk lipat baju)
sy: esok akak x boleh datang la dik.akak ada kelas..lain kali akak datang lagi ye..
nurul : ok..nti akak dtg lipat baju nurul lagi kan...
sy : senyum tanpa berkata apa2....

Next is dgn adik akmal...rasanya ni yg paling tacing...rindu plak kat dia..kat bawah ni gambar adik akmal..
 
Adik Akmal
Akmal : Akak dah nak balik ke?
sy : a'ah..jap lagi kitorg dah kena balik..
akmal : akak datang lagi tak nanti?
sy : InsyaALLAH..minggu depan akak datang lagi ya..suka tak kami datang sini..?
akmal : suke..(sambil m'anggukan kepala)..nanti akak duduk sini sampai petang ke?? (suara perlahan)
sy: (dah strt tacing) tak pasti lagi dik..mungkin tak sampai petang sgt....
akmal : ala...x bestlah.....(muka sedih)
Time tu dah x tau nak cakap apa...takut nak bjanji...so..terus ubah cerita..suh dia blajar rajin2...jgn nakal2...dia angguk je mase dengar pesanan tu...tapi..x tahan tgok muke sedih dia...silap2..akak ni yang teriak..huhu

Kat bawah ni antara gmbar yg sempat ditangkap.....

kenangan...
adik Adam
Hope dapat peluang jumpe mereka lagi....
akak will miss u all dik...


ok..tamat kisah di atas..so skrg sambung pasal AURA atau nama pnjangnya Anugerah Aspirasi Unggul...

memang ramai pemerima anugerah tahun ni..akademik saje dah dekat 290..huii..memang bijok2 budok skrg kan...hmm...di tambah pula dgn anugerah untuk MJD..wah..memang bertambah hebat dan mantopp..


psst : hope tahun depan dapat lagi..DEKAN...insyaAllah..
CONGRATULATIONS to all...:-)

Comments

Popular posts from this blog

~Hanya Insan Biasa~

Manusia biasa..tidak pernah lari daripada membuat kesilapan. Takkan pernah lari daripada melakukan kesalahan. Dan, tidak terkecuali tergelincir ke lembah kegelapan. Namun, kesilapan, kesalahan, mahupun kegelapan itu berbeza mengikut individu itu sendiri. Bagaimana kesilapan, kesalahan dan kegelapan itu ditafsirkan. Dan bagaimana pula kesilapan, kesalahan dan kegelapan itu diatasi.
Biarpun lidah petah berbicara
Biarpun bibir indah menutur kata
Meskipun ayat sentiasa dihiasi kata pujangga
Namun disebaliknya bukan semua suka
Kadang kala terselit duka
Yang dikaburi senyuman sempurna
Sedang hati terhiris luka
Bukan tidak mahu meluah rasa
Namun mulut seakan dikunci masa
Sedar atau tidak, kita banyak melakukan kesalahan dalan kehidupan. Kesalahan kepada DIA Yang Maha Berkuasa, kesalahan kepada ibu bapa, kepada adik-beradik, sahabat, kawan, jiran..mahupun orang yang tidak pernah kita kenali. Adakah kita sedar? Kita tidak akan sedar jika tidak ada yang menegur bukan? Jadi, berusahalah menerima teguran …

[Lirik : Warkah Cinta Berbau Syurga]

Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa Setiap untai kata yang termaktub Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga
Simpanan batinku hampir terbelah Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa Antara iman dan nafsu aku berjuang Meraih mahkota cinta dari syurga
Chorus: Biar beribu parut luka menghiris kalbu Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar Sekalipun diriku terbuang di mata insan Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini
Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ
[Selama-lamanya kelembutan takkan pernah tewas dengan kekerasan]
[Ulang Chorus]
Cintaku ini...
Lagu: Bazli Unic Lirik: Ustaz A.Ubaidillah Alias Studio Rakaman : Unic Terbitan: Al-Kahfi Pictures Sdn.Bhd.

Entah kenapa Cik Cahaya suka sangat dengan lirik lagu ini..First time dengar terus jatuh cinta gituu..Lagu ni, pada Cik Cahaya mempunyai makna yang sangat mendalam..Setiap baik kata terselit nasihat dan hikmah. Kalau dengar lagu ni masa rasa down, boleh mengalir a…

Konvensyen Fiqh Wanita & Islam

Alhamdulillah, Allah izinkan diri ini untuk turut serta dalam Konvensyen Fiqh Wanita & Islam yang diadakan di MAEPS Serdang pada 19/1/13-20/1/13 yang lepas. Sungguh, program seperti ini sangat, sangat dan sangatlah baik dan bagus. Semoga K-FIQH dapat melaksanakan lebih banyak program seumpama ini kelak, Inshaa Allah. Semasa program ini berlangsung, Cik Cahaya berkesempatan menadah ilmu daripada mereka yang sangat-sangat Cik Cahaya hormati dan kagumi. Sekali lagi, semoga Allah merahmati mereka semua dan umat ISLAM keseluruhannya, Amiinnn.

HARI PERTAMA

Program dua hari ini mempunyai banyak slot dan dikendalikan oleh mereka yang arif tentangnya. Disebabkan itu, Cik Cahaya ada juga rasa kecewa, bukan sebab panelnya mahupun tajuk yang disampaikan, tetapi lebih kepada masa yang tidak mencukupi. Tengah-tengah seronok mendengar penerangan daripada para ustaz dan ustazah, tiba-tiba masa dah habis. Memang frust juga..tapi nak buat macam mana, masa mesti ditepati. Apapun, syabas kepada K-Fiqh …