Skip to main content

~Kejahatan itu..bukan satu kebetulan~


Dingin malan nan mencengkam. Sunyi kelam penuh kebisuan. Sinar sang rembulan jua kelihatan suram, bagai mengerti keadaan insan yang sedang diselimuti 1001 kesedihan.

Duhai malam.. Hadirmu dinanti penuh ceria oleh sang abid. Datangmu disambut senyum gembira oleh sang alim. Malam yang kelam dan sunyi, bakal dimeriahkan dengan zikir dan munajat memuji ILAHI. Malam yang dingin dan penuh kesejukan, akan dihangatkan oleh rayu tangis mereka yang sedar.

Duhai malam.. Hadirmu juga dinanti mereka yang leka. Gelap malam menjadi hitam pekat oleh timbunan dosa. Sang rembulan yang pada mulanya tersenyum riang menggantikan tugas sang mentari, bisa menangis melihat dunia yang semakin kelam, biarpun dia telah berusaha memantulkan cahaya. Bukan kelam kerana tiadanya cahaya. Bukan kelam kerana tebalnya awan yang berarak. Bukan jua kelam kerana hilangnya bintang yang bergemerlapan… Tetapi..kelamnya itu kerana dosa sang manusia.

Duhai diri.. bagaimana dengan dirimu?

Duhai hati..bagaimana pula dengan keadaanmu?

Duhai jiwa..bagaimana dengan kesihatanmu?

Duhai iman..masihkah kau ada di situ?

Duhai diri, hati, jiwa dan iman.. Adakah kau tergolong dalam kalangan yang menghiasi malam dengan kebaikan? Atau kau antara yang mencalarkannya dengan kekufuran?

Duhai diri, hati, jiwa dan iman.. Apakah kau sedang gelisah mengenang dosa-dosa yang bertimbunan? Sedang rawan mengenang kesilapan-kesilapan yang berulang? Sedang mengeluh apabila teringat kemungkaran-kemungkaran yang pernah dilakukan? Atau.. sebaliknya wahai diri, hati, jiwa dan iman? Apa yang sedang kau rasa kini?

Wahai diri yang lemah..

Ingatlah! Kejahatan itu bukan satu kebetulan. Tapi, ia lahir daripada perbuatan yang bisa menjadi tabiat.

Wahai hati yang mudah goyah..

Bangunlah! Hentikan melakukan kesilapan. Jangan iringi kesilapan pertama dengan cubaan kali kedua, kerana kelak kau akan berasa seronok dengannya.

Wahai jiwa yang penuh rasa keliru..

Resah dan gelisahlah kau bila melakukan dosa! Tenang dan damailah bila mengingati-NYA. Biar kau gelisah mengenang dosa..jangan kau seronok mengingati amalmu yang sedebu cuma.

Wahai iman yang naik dan turun..

Kuatkan dirimu! Padukan tekadmu! Jika kau lemah, maka carilah DIA. Di saat kau goyah, rayulah bantuan-NYA. Di masa kau kecundang, pintalah pimpinan-NYA!

Duhai diri, hati, jiwa dan iman..

Bersatulah kalian dalam ketaatan kepada TUHAN.

Utuhkanlah peranan kalian dalam mendamba kasih dan redha AR-RAHMAN.

Kuatkan semangat kalian demi meraih cinta dan rahmat AS-SAMAD.

DIA yang bersifat AL-MUJIB (Maha Mengabulkan), pasti akan mendengar rintihan kalian.

Dia yang bersifat AR-RAHIM (Maha Penyayang), pasti tidak akan mengecewakan kalian.

Sedarlah wahai diri, hati, jiwa dan iman.

KEJAHATAN ITU BUKAN SATU KEBETULAN!





Comments

Popular posts from this blog

~Kerana Kita SAHABAT~

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua student 3 rd year foodtech, dan juga buat mereka yang bergelar sahabat.. Sahabat kepada insan bernama Nurul Farhana. Hari ini, Selasa, tanggal 27/12/11, jam 6.51pm, cebisan ini dinukilkan khas buat kamu, sahabat saya. Nukilan ini bukannya apa-apa..sekadar suka-suka. Yelah, tadi masa tengah study (konon2nya rajin study), tiba-tiba teringat pada korang semua. Mesti tengah study juga kan? Bagus2..teruskan kerajinan nak study tu ^_^ Emm..pejam celik pejam celik, dah dekat dua tahun setengah kita bersama-sama kan? Susah senang, suka duka, pahit manis, tawa mahupun tangis, telah berjaya kita redahi. Alhamdulillah.. sekarang, tinggal final exam untuk sem ni yang bakal menjelma kurang seminggu dari sekarang. Semoga Allah memberi kemudahan dan ketenangan kepada kita semua untuk menghadapi imtihan dunia ni. Dan, semoga Allah mengurniakan kejayaan yang cemerlang kepada kita semua..Amiinn.. Sedar tak sedar juga, banyak pengalaman yang cik cahaya (g...
Assalamualaikum :-) Fuhh~~ Dah bersawang blog ni. Pejam celik pejam celik dah dekat 9 bulan tak update any enty. Kalau preggy ni, mesti tengah tunggu due nak bersalin je..Ahakz..Gurau sikit. Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita hingga ke hari ini. Untuk apa? Mesti ada sebab kan? Umur ni diberi bukan untuk sia-sia. Bukan juga untuk terus bersuka-suka. DIA beri kita lebih masa untuk terus perbaiki diri, menambah amalan, memperteguhkan iman dan memantapkan taqwa sebelum kita kembali ke pangkuan-NYA. Ingin "pergi" dalam keadaan indah dan diredhai? Maka hidup juga perlulah dalam keadaan indah dan diredhai. Bagaimana? Kerjakan suruhan-NYA dan jauhi larangan-NYA. Inshaa Allah :-) Ok, selama 9 bulan ni bermacam-macam kejadian berlaku. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Begitulah perjalanan hidup kita sebagai hamba, ye dak? Terimalah takdir hidup kita dengan hati yang terbuka dan penuh positif. Amboih..dah macam pakar motivasi pulak..kikikiki. Alhamduli...

::Persiapkan Diri::

“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-NYA adalah DIA menciptakan isteri-isteri daripada kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-NYA cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran.” (Surah Ar-Rum, ayat 21) Assalamualaikum.. Alhamdulillah, cuti semester sudah pun bermula. Tapi sayang, Cik Cahaya dan sahabat-sahabat yang tengah berLatihan Industri sekarang ini tidak berpeluang bercuti seperti teman-teman yang lain. Selepas tamatnya semester 2011/2012 ni,  ramai jugalah sahabat Cik Cahaya yang memulakan fasa baru dalam kehidupan mereka.. Ada yang sudah mula melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar, ada yang sedang berkira-kira menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, dan tak kurang, ada juga yang dalam perancangan untuk bertunang dan mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan urusan kita semua..Amiinn. Apabila sebut tentang baitul muslim ni, Cik C...