Skip to main content

~Cerita Sem 5 lagi~

Assalamualaikum..

Ok..jam sekarang menunjukkan pukul 1.22 pagi, tapi mata masih tak mengantuk.. Biasalah, kalau dah tak kena study, mesti mata akan sentiasa segar-bugar..sabar jela..

Sebenarnya tengah sibuk mengemas barang-barang yang hampir satu lori dalam bilik ni..(Maaf Cik Shafin, barang saya bersepah)..Biarpun abang kesayangan dah datang minggu lepas untuk ambil sebahagian daripadanya..TAPI..macam tak luak pun..Aisehh..Sudahlah hari tu dah kena perli "banyaknya barang awak, macam duduk 10 tahun.." dan tak mustahil esok lusa kena perli lagi, nak buat macam mana kan, dah memang banyak..Maaf abangku..adikmu ini memang banyak barang..Tadi tambah lagi sebab pergi beli berbelas buah buku, melicinkan baucer buku yang dapat tu..hihi..jangan marah..

Baucer ini hanya tinggal kenangan kerana telah ditinggalkan buat selamanya di MPH.

Disebabkan semester hadapan akan pergi praktikal, dan sudah semestinya tidak menggunakan buku selain buku nota, jadi, angin untuk shopping buku menjadi lebih kuat..hihi..Pada mulanya hanya bercadang nak beli beberapa buah buku saja..Dah siap buat list..tapi sayang..buku yang diimpikan tu tak ada..jadi, terbelilah buku-buku lain..Suke-suke!! At least, waktu cuti ni dapat diisi dengan aktiviti yang bermanfaat..InsyaAllah..Moga Allah berkati niat nak tambah ilmu ni ^_^  .. 

Tadi..masa tengah sibuk mengemas nota-nota, terjumpa pula kertas ni

Tulisan jepun ni..tapi mungkin lain sikit bentuknya..haha
Inilah satu-satunya kenangan masuk kelas bahasa Jepun. Mula-mula bersemangat bukan main, tapi, after first class, dah rasa lain..Mungkin memang tak ada talent nak belajar bahasa negara matahari terbit ni..Sebab tu, kalau tengok tulisan yang tertera di kertas tu, macam pelik sikit..terlampau cantik kan? :)

Then..terjumpa pula ni
Tak lempong = cak lempong
Baru teringat..rupa-rupanya pernah belajar cak lempong masa sem 2 dulu, pilihan untuk kokurikulum..tapi, note-note nya dah tak ingat. So, simpan jela sebagai kenangan kan.. kot-kot boleh bagitau anak cucu nanti.."nenek dulu belajar main cak lempong cu, jangan main-main."  Mesti cucu akan terkejut, dan berkata "wah nenek, terbaek!!" (ok, dah start bdrama..maklumla, dah lama tak menulis..kekangan masa mungkin) ^_^

Ok, baiklah..stop dulu..mahu sambung mengemas sebab esok akan berangkat ke Penang bersama 9 org coursemates sebab nak pi menziarah sahabat kami yang terCINTA..

Doakan keselamatan sepanjang perjalanan kami..
Semoga Allah permudahkan..Amiinn

Wallahua'lam

Comments

  1. wah...cik cahaya...untungla da habiskan baucer buku.huhu ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

~Kerana Kita SAHABAT~

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua student 3 rd year foodtech, dan juga buat mereka yang bergelar sahabat.. Sahabat kepada insan bernama Nurul Farhana. Hari ini, Selasa, tanggal 27/12/11, jam 6.51pm, cebisan ini dinukilkan khas buat kamu, sahabat saya. Nukilan ini bukannya apa-apa..sekadar suka-suka. Yelah, tadi masa tengah study (konon2nya rajin study), tiba-tiba teringat pada korang semua. Mesti tengah study juga kan? Bagus2..teruskan kerajinan nak study tu ^_^ Emm..pejam celik pejam celik, dah dekat dua tahun setengah kita bersama-sama kan? Susah senang, suka duka, pahit manis, tawa mahupun tangis, telah berjaya kita redahi. Alhamdulillah.. sekarang, tinggal final exam untuk sem ni yang bakal menjelma kurang seminggu dari sekarang. Semoga Allah memberi kemudahan dan ketenangan kepada kita semua untuk menghadapi imtihan dunia ni. Dan, semoga Allah mengurniakan kejayaan yang cemerlang kepada kita semua..Amiinn.. Sedar tak sedar juga, banyak pengalaman yang cik cahaya (g...
Assalamualaikum :-) Fuhh~~ Dah bersawang blog ni. Pejam celik pejam celik dah dekat 9 bulan tak update any enty. Kalau preggy ni, mesti tengah tunggu due nak bersalin je..Ahakz..Gurau sikit. Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita hingga ke hari ini. Untuk apa? Mesti ada sebab kan? Umur ni diberi bukan untuk sia-sia. Bukan juga untuk terus bersuka-suka. DIA beri kita lebih masa untuk terus perbaiki diri, menambah amalan, memperteguhkan iman dan memantapkan taqwa sebelum kita kembali ke pangkuan-NYA. Ingin "pergi" dalam keadaan indah dan diredhai? Maka hidup juga perlulah dalam keadaan indah dan diredhai. Bagaimana? Kerjakan suruhan-NYA dan jauhi larangan-NYA. Inshaa Allah :-) Ok, selama 9 bulan ni bermacam-macam kejadian berlaku. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Begitulah perjalanan hidup kita sebagai hamba, ye dak? Terimalah takdir hidup kita dengan hati yang terbuka dan penuh positif. Amboih..dah macam pakar motivasi pulak..kikikiki. Alhamduli...

::Persiapkan Diri::

“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-NYA adalah DIA menciptakan isteri-isteri daripada kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-NYA cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran.” (Surah Ar-Rum, ayat 21) Assalamualaikum.. Alhamdulillah, cuti semester sudah pun bermula. Tapi sayang, Cik Cahaya dan sahabat-sahabat yang tengah berLatihan Industri sekarang ini tidak berpeluang bercuti seperti teman-teman yang lain. Selepas tamatnya semester 2011/2012 ni,  ramai jugalah sahabat Cik Cahaya yang memulakan fasa baru dalam kehidupan mereka.. Ada yang sudah mula melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar, ada yang sedang berkira-kira menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, dan tak kurang, ada juga yang dalam perancangan untuk bertunang dan mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan urusan kita semua..Amiinn. Apabila sebut tentang baitul muslim ni, Cik C...