Skip to main content

~Hijrah~


Hijrah ini memang susah..Hijrah ini memang payah..Hijrah ini menuju Allah..Di hujungnya hasanah..

Ini antara bait-bait lagu dari kumpulan Devotees.Ya..MEMANG BENAR..hijrah daripada keburukan kepada kebaikan..memang susah..memang payah..Perlukan kekuatan, keyakinan, bimbingan dan dorongan. Penghijrahan dan perubahan, bukan hanya perlu bermain kata di bibir, bukan sekadar angan kosong, bukan juga perlu dinanti "seru" kononnya. Ia perlu dicari, diminta dah dirayu daripada PEMILIK hati..PEMILIK hidayah..PENCIPTA kita.

Kenapa perlu berhijrah? Kenapa pula perlu berubah? Aku sudah dilahirkan macam ini, nak buat macam mana. Sudah takdir kan? Nanti-nantilah,usia masih muda lagi nak fikir fasal mati, nak fikir soal amalan, nak berhijrah, nak buat baik..bla..bla..
Nauzubillah..janganlah bisikan-bisikan liar ini lahir dari benak kita. Mati itu tidak kenal usia. Mati itu bukan mengira tua atau muda.. Mati itu boleh datang bila-bila masa. Mati, penghapus kelazatan dunia ini pasti akan bertemu dengan kita.. Cepat atau lambat, itu urusan Allah..Itu dalam penegtahuan Allah. Kita, sebagai hamba, hanya perlu bersedia untuk menghadapinya.. Ingat kematian..Bukan takut kepada kematian.

Apa pula bezanya ingat dan takut kepada kematian. Menurut apa yang pernah dibaca dalam buku, dan pernah didengari semasa ceramah, orang yang ingat mati akan sentiasa berusaha mengumpul bekalan dan meningkatkan amalan sebelum saat kematian itu tiba. Mereka juga akan sentiasa berdisiplin dan komited dalam urusan dunia, kerana mereka tahu, apa yang dilakukan di dunia ini pasti akan disoal kelak. Daripada sekecil-kecil perkara, hinggalah kepada sebesar-besar perkara, pasti tidak akan terlepas dari hitungan mizan Allah.
"Maka barang siapa mengerjakan kebaikan sebesar zarrah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarrah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya." (Az-Zalzalah, ayat 7-8)

Tetapi..orang yang takut mati pula, akan sentiasa dibelenggu ketakutan sehingga mereka mengabaikan kewajipan yang perlu dilaksanakan. Meninggalkan amanah yang diberikan. Dan, mungkin hanya akan hidup dalam dunia sendiri tanpa memperdulikan orang lain..

Moga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang sentiasa mengingati kematian, supaya kita sentiasa bersedia menghadapinya. InsyaAllah.

Kembali kepada hijrah, ya, kita sebenarnya perlu berhijrah dalam hidup ni. Berhijrah daripada keburukan kepada kebaikan, daripada malas ke rajin, daripada negatif kepada yang lebih positif. Kerana kita manusia. Fitrah kita mahukan kebaikan, bukan keburukan mahupun kejelekan. Jadi, andai terasa diri mahu berubah, maka, bersiaplah untuk berubah. Jika sudah terasa manisnya percikan hidayah dari-NYA, maka teruslah berusaha untuk mengekalkan kemanisan itu. Jangan kita memberi alasan. Jangan suka membina halangan. Jangan menanti nyawa sudah sampai di kerongkong dan betis sudah bertautan. Kerana, apabila ia berlaku, taubat itu sudah tidak berharga lagi.

Penghijrahan kepada kabaikan itu memang susah. Lebih-lebih lagi jika orang di sekeliling sudah biasa melihat kita yang "dulu". Banyak kritikan menjatuhkan dan perlian pedas akan diterima jika mereka tidak mahu melihat perubahan itu dari sudut positif. Maka, wahai saudara-saudari seagamaku yang ingin berubah, yang terdetik hatinya untuk berhijrah mendekati Allah, kuatlah hatimu..KUATKAN HATI! Jangan pedulikan bisikan-bisikan mereka mengganggu pernghijrahanmu. Jangan membiarkan kata-kata sinis mereka menghentikan perjuanganmu. Ingatlah, kita masih punya ALLAH. Kita ada ALLAH untuk terus bersama kita. DIA sumber inspirasi. DIA sumber kekuatan. Mintalah, rayulah..agar terus diberi kekuatan dan istiqamah di jalan-NYA..

Jika ingin bercerita melalui pengalaman, jujur, diri ini juga pernah melaluinya..Dengan selamba diperli rakan sekelas yang masih tidak mengerti mengapa perubahan ini perlu..Kata-kata perlian dan tawa mereka masih segar dalam lubuk ingatan. Jika diikutkan hati yang panas ketika itu, mahu saja bangun dan jerit ke arah mereka! Mujur Allah tebalkan rasa sabar. Dan, mujur jua ada teman-teman lain yang memberi kekuatan. Alhamdulillah. "Kawan" , moga kau diberi hidayah oleh ALLAH..Saat itu, kau akan tahu dan memahami mengapa aku lakukannya dulu.

Bukalah hatimu untuk hidayah-NYA dan bukanlah fikiranmu untuk kebenaran-NYA. Dialah yang mampu membuka semua yang tertutup. Dengan izin-NYA semua simpul akan terurai dan semua masalah akan selesai. Wahai yang Maha Mampu Membuka, ajari kami yang lemah untuk melihat jalan keluar dari semua masalah. Bukalah mata kami yang tidak mampu melihat kebaikan di banyak peristiwa. Aminn..

"Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan sampai kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah menuju dunia yang akan diperolehinya atau menuju wanita yang hendak dinikahinya, dia akan mendapatkan apa yang diniatkannya"

Andai Aku Di Sisi Mu

Album : Syukran
Munsyid : Hafiz Hamidun
http://liriknasyid.com


Pada-Mu saja 
Aku mengadu
Resah gelora 
Yang menghempas kalbu
Terasa berat 
Namun apa daya ku luahkan
Walau sarat terasa malu pada-Mu


Akulah insan
Yang berjuta dosa
Tiada mengenang
Erti kesalahan
Berkali-kali
Terus masih terulang segala kesilapan
Meski ku tahu pedihnya..



c/o
Masihku disini terantai nubari
Detik nadi bagaikan terhenti
Andai aku di sisi rahmat-Mu
Berhakkah ku ulang masa lalu



Comments

Popular posts from this blog

Bahagiakan Diri Dengan Kebahagiaan Orang Lain

Pernah terjadi tak, Ada satu masa, kita nak ceritakan masalah kita pada seseorang. Nak luahkan perasaan sedih kita. Nak menangis dan meminta nasihat dia. Tapi, belum sempat kita buka mulut, orang tersebut terlebih dahulu menceritakan masalah dia. Terlebih dahulu meluahkan perasaan sedih dan meminta kita menasihati dia. Pernah terjadi tak? Apa tindakan kita ketika itu? Terus meminjamkan telinga untuk mendengar masalah dia,walaupun ketika itu hati kita sendiri sedang terluka,  atau terus berkata "aku pun ada masalah!" dan membiarkan orang itu terus bersendirian menanggung kesedihan? #MUHASABAH# Ketika kita rasa kita lah yang paling sedih, paling terluka, paling lemah, paling sakit..saat itu ALLAH hadirkan orang lain kepada kita, agar kita sedar bahawa ada orang lain yang lebih sakit, lebih terluka, lebih lemah dan lebih sakit daripada kita. Ketika kita rasa kita lah yang paling susah, ALLAH temukan kita dengan orang lain yang lebih susah daripada kita. Mengapa? Kera

[Lirik : Warkah Cinta Berbau Syurga]

Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa Setiap untai kata yang termaktub Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga Simpanan batinku hampir terbelah Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa Antara iman dan nafsu aku berjuang Meraih mahkota cinta dari syurga Chorus: Biar beribu parut luka menghiris kalbu Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar Sekalipun diriku terbuang di mata insan Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ [Selama-lamanya kelembutan   takkan pernah tewas dengan kekerasan] [Ulang Chorus] Cintaku ini... Lagu: Bazli Unic Lirik: Ustaz A.Ubaidillah Alias Studio Rakaman : Unic Terbitan: Al-Kahfi Pictures Sdn.Bhd. Entah kenapa Cik Cahaya suka sangat dengan lirik lagu ini..First time dengar terus jatuh cinta gituu..Lagu ni, pada Cik Cahaya mempunyai makna yang sanga

Duhai diri..

Bila engkau letih dan hilang semangat, ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka,ALLAH telah mengira titis air matamu. Bila engkaurasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,ALLAH tetap bersamamu. Bila engkau kebuntuan akal,maka ALLAH adalah penunjuk jalan… Apabila engkau telah berazam, maka  bertawakallah kepada ALLAH…..