Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. Final exam dah habis..yahuu!!
Bila final exam dah habis, maka dengan ini dengan rasminya telah berakhirlah semester 5 saya.. suke2!!
Dan..semester akan datang, saya dan sahabat-sahabat seperjuangan akan mula melangkah ke alam pekerjaan..Cewahh..Bukan dah start kerja, tapi latihan industri je..Kira berkerja lah juga kan? kan?
Disebabkan tempoh latihan industri kami ni terlampau lama, dalam 6 bulan gitu, jadi saya rasa...saya pasti akan merindui kalian-kalian semua..Terutamanya rumate saya yang comel, Cik Shafin, yang baru belajar berblog tuh.. ^_^... Cik Shafin @ Intan..Nana seronok dapat jadi rumate Intan.. and, next sem kita bakal jadi housemate pula..InsyaAllah..Maaf, kalau sepanjang kita duduk sebilik ni, Nana ada sakitkan hati Intan..Minta maaf "grandmother" (kihkihkih).
Sepanjang sem 5 ni memang macam-macam kejadian yang berlaku..Daripada yang paling gembira sampailah yang paling menyedihkan..Daripada yang paling mudah hinggalah yang teramat payah..Nak buat macam mana, lumrah sebagai manusia. Ya tidak?
Perkara yang menyeronokkan saban minggu, yang memang tak sabar nak buat dan tak boleh duduk diam adalah aktiviti timbang-menimbang, uli-menguli..macam kat bawah ni >>
Maka..akan terhasillah makanan-makanan seperti di bawah>>
![]() |
Mee kuning |
Daging burger |
Beef ball |
![]() |
Taufu fah (alamak..gmbar tak clear) |
Roti... |
Banyak lagi..tapi tak ada pula gambarnya..
Tapi..kami buat kerja-kerja kat atas tu bukanlah untuk makan semata...tapi tujuannya adalah untuk ni>>
![]() |
Check moisture and ash content |
![]() |
Analyze fat content |
![]() |
Check texture makanan tu |
Hah..inilah antara aktiviti kami sepanjang sem ni..dan akan berterusan untuk sem-sem akan datang, InsyaAllah..
So..saya nak menjelaskan kepada sesiapa yang tersalah sangka dengan kos saya..Teknologi makanan bukan kos yang belajar masak-memasak macam chef tu ya. Itu student pengajian makanan yang buat..But, still in our faculty.. Kami..student teknologi makanan atau dalam bahasa omputihnya Food Technology, belajar fasal chemical analysis, food law, halal food, food processing, microbiology, biochemistry and yang seangkatan dengannya..
Bukan apa, saya kadang-kadang rasa geram juga dengan sesetengah orang yang memandang rendah dengan kos yang sedang saya ambil ni..Now, nak cakap..jangan pandang rendah dengan Foodtech..even nampak macam senang, tapi hanya orang yang belajar je yang tahu susah atau senang kan? Awak yang tak tahu tu, jangan nak pandai-pandai buat penilaian ya..Jangan cuba menilai yang dasar, jika mata kita hanya nampak yang di permukaan saja.. ^_^
Dan...kena ingat..makanan tu antara perkara paling diperlukan dalam hidup..dan..amat berkait rapat dengan darah daging kita...So, as a Muslim..saya amat berbangga dengan bidang yang saya ambil ni kerana melaluinya saya dapat berusaha untuk memastikan saudara seagama saya dapat menikmati makanan yang halal lagi baik..Moga Allah permudahkan langkah-langkah kami dan juga langkah-langkah anda di luar sana.
JADI..mulai sekarang, jangan kita suka merendah-rendahkan orang lain ya.. Kita sama-sama berusaha menjadi yang terbaik dalam bidang masing-masing, kerana MUSLIM itu perlu sentiasa menjadi yang TERBAIK, kan?
Oklah..stop dulu buat masa sekarang..Maaf kalau teremosi.. :)
Wallahua'lam
rumet....maaf jugak kalau sy ade mnyakitkn hati rumet~ saaaayang nana! :)
ReplyDeletesayang intan many2 jugak.. ^_^
Deleteselamat ber LI gak...
ReplyDeletejaga umi dan izzati syg saya baik2 a...^^
jaga diri juga...^^
jumpa lagi... insyaAllah...
baiklah una chan..insyaAllah..
ReplyDeletehang jaga diri elok2 jg ya..