Assalamualaikum..
Ok..jam sekarang menunjukkan pukul 1.22 pagi, tapi mata masih tak mengantuk.. Biasalah, kalau dah tak kena study, mesti mata akan sentiasa segar-bugar..sabar jela..
Sebenarnya tengah sibuk mengemas barang-barang yang hampir satu lori dalam bilik ni..(Maaf Cik Shafin, barang saya bersepah)..Biarpun abang kesayangan dah datang minggu lepas untuk ambil sebahagian daripadanya..TAPI..macam tak luak pun..Aisehh..Sudahlah hari tu dah kena perli "banyaknya barang awak, macam duduk 10 tahun.." dan tak mustahil esok lusa kena perli lagi, nak buat macam mana kan, dah memang banyak..Maaf abangku..adikmu ini memang banyak barang..Tadi tambah lagi sebab pergi beli berbelas buah buku, melicinkan baucer buku yang dapat tu..hihi..jangan marah..
![]() |
Baucer ini hanya tinggal kenangan kerana telah ditinggalkan buat selamanya di MPH. |
Disebabkan semester hadapan akan pergi praktikal, dan sudah semestinya tidak menggunakan buku selain buku nota, jadi, angin untuk shopping buku menjadi lebih kuat..hihi..Pada mulanya hanya bercadang nak beli beberapa buah buku saja..Dah siap buat list..tapi sayang..buku yang diimpikan tu tak ada..jadi, terbelilah buku-buku lain..Suke-suke!! At least, waktu cuti ni dapat diisi dengan aktiviti yang bermanfaat..InsyaAllah..Moga Allah berkati niat nak tambah ilmu ni ^_^ ..
Tadi..masa tengah sibuk mengemas nota-nota, terjumpa pula kertas ni
![]() |
Tulisan jepun ni..tapi mungkin lain sikit bentuknya..haha |
Inilah satu-satunya kenangan masuk kelas bahasa Jepun. Mula-mula bersemangat bukan main, tapi, after first class, dah rasa lain..Mungkin memang tak ada talent nak belajar bahasa negara matahari terbit ni..Sebab tu, kalau tengok tulisan yang tertera di kertas tu, macam pelik sikit..terlampau cantik kan? :)
Then..terjumpa pula ni
![]() |
Tak lempong = cak lempong |
Baru teringat..rupa-rupanya pernah belajar cak lempong masa sem 2 dulu, pilihan untuk kokurikulum..tapi, note-note nya dah tak ingat. So, simpan jela sebagai kenangan kan.. kot-kot boleh bagitau anak cucu nanti.."nenek dulu belajar main cak lempong cu, jangan main-main." Mesti cucu akan terkejut, dan berkata "wah nenek, terbaek!!" (ok, dah start bdrama..maklumla, dah lama tak menulis..kekangan masa mungkin) ^_^
Ok, baiklah..stop dulu..mahu sambung mengemas sebab esok akan berangkat ke Penang bersama 9 org coursemates sebab nak pi menziarah sahabat kami yang terCINTA..
Doakan keselamatan sepanjang perjalanan kami..
Semoga Allah permudahkan..Amiinn
Wallahua'lam
wah...cik cahaya...untungla da habiskan baucer buku.huhu ^_^
ReplyDelete