Skip to main content

ZAQQUM??


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Kawan-kawan tahu apa itu zaqqum?

Zaqqum merupakan makanan yang dijanjikan buat mereka yang berada di neraka.

Allah menceritakan lebih terperinci mengenai zaqqum ini sebanyak tiga kali di dalam Al-Quran, seperti yang termaktub dalam surah As-Saffat, surah Ad-Dukhan dan surah Al-Waqiah.

Mari kita bercerita sedikit mengenai zaqqum ini, mahu?

Hmm..sebenarnya bukan saya mahupun kawan2 yang akan bercerita, tetapi kita akan sama2 menghayati cerita yang telah Allah sampaikan kepada Rasulullah melalui wahyuNya lebih 1400 tahun yang lalu.

JOm sama2 hayati!

Firman Allah dalam Surah As-Saffat ; ayat 62-68

Maksudnya : “Apakah (makanan syurga) itu hidangan yang lebih baik ataukah pohon zaqqum? Sungguh, Kami menjadikannya (pohon zaqqum) sebagai azab bagi orang-orang yang zalim. Sungguh, itu adalah pohon yang keluar dari dasar neraka Jahim. Mayangnya seperti kepala-kepala syaitan. Maka, sungguh mereka benar-benar memakan sebahagian daripadanya (buah pohon itu) dan mereka memenuhi perutnya dengan buahnya (zaqqum). Kemudian, sungguh  setelah makan  (buah zaqqum) mereka mendapat minuman yang dicampur dengan air yang sangat panas. Kemudian pasti tempat kembali mereka ke neraka Jahim.”

Surah Ad-Dukhan ; ayat 43-46
Maksudnya : “Sungguh pohon zaqqum itu. Makanan bagi orang yang banyak dosa. Seperti cairan tembaga yang mendidih di dalam perut. Seperti mendidihnya air yang sangat panas.”

Surah Al-Waqiah ; ayat 51-53
Maksudnya : “Kemudian sesungguhnya kamu, wahai orang-orang yang sesat lagi mendustakan! Pasti akan memakan pohon zaqqum. Maka akan penuh perutmu dengannya.”

Bagaimana? Tidak bergetarkah hati kita dengan ancaman Allah? Tidak takutkah kita dengan azab yang dijanjikanNya untuk mereka yang ingkar?

Seperti apa yang ditulis oleh Ustaz Amaluddin Mohd Napiah, di dalam bukunya yang bertajuk ; TUHAN ITU DEKAT..

“Penghuni neraka akan sentiasa lapar. Lantaran itu, mereka akan selalu tergesa-gesa ke dasar neraka untuk makan apa sahaja yang ditemui. Ketika di dasar neraka ini, mereka akan dipaksa untuk makan buah daripada pohon zaqqum yang sangat dahsyat. Sebelum sempat ia disentuh, bibir penghuni neraka akan terbakar sehingga menampakkan gigi-gigi mereka. Jika buah itu dimakan juga,ia akan membakar wajah dan organ tubuh manakala duri zaqqum akan serta merta merobekkan kerongkong mereka. Apabila buah itu sampai ke dasar perut, dengan cepat ia akan membakar dan mengeluarkan isi perut.”

Allah..Allah..membacanya sahaja sudah cukup mengerikan..

Zaqqum..pohon di dalam neraka yang akan menyebabkan derita yang luar biasa bagi sesiapa yang memakannya.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya :
“Seandainya setitik dari zaqqum dititiskan di dunia, nescaya akan menghancurkan kehidupan semua penghuninya. Lalu, bagaimana dengan keadaan orang yang menjadikan zaqqum sebagai makanannya?” ( hadis dikeluarkan oleh Iman Al-Tirmidzi di dalam kitab SifatuJahanam,bab Jaa’a fii shifati Syaraabi Ahlin Nar No. 2585)

Sekali lagi saya bertanya kepada kalian dan diri saya sendiri..

Tidak gentarkah kita? Tidak takutkah kita?

Jika ada getar di hati..bersyukurlah..kerana kita masih punya iman..

Jadi pertahankan..perteguhkan..

Kita sama2 berusaha..

Ya Allah, tunjukilah kami jalan yang benar. Tuntunlah kami agar sentiasa berada di jalan yang Kau redhai. 

Jauhkan kami daripada azabMu. Lindungi Kami daripada siksaanMu..

Sesungguhnya, dariMu kami datang, dan kepadaMu jua kami akan kembali…..

>>Semoga kita semua dapat kembali kepada Allah dalam keadaan yang putih bersih, sepertimana putih bersihnya kita ketika dilahirkan ke dunia ini. Aminn….

Comments

Popular posts from this blog

~Kerana Kita SAHABAT~

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua student 3 rd year foodtech, dan juga buat mereka yang bergelar sahabat.. Sahabat kepada insan bernama Nurul Farhana. Hari ini, Selasa, tanggal 27/12/11, jam 6.51pm, cebisan ini dinukilkan khas buat kamu, sahabat saya. Nukilan ini bukannya apa-apa..sekadar suka-suka. Yelah, tadi masa tengah study (konon2nya rajin study), tiba-tiba teringat pada korang semua. Mesti tengah study juga kan? Bagus2..teruskan kerajinan nak study tu ^_^ Emm..pejam celik pejam celik, dah dekat dua tahun setengah kita bersama-sama kan? Susah senang, suka duka, pahit manis, tawa mahupun tangis, telah berjaya kita redahi. Alhamdulillah.. sekarang, tinggal final exam untuk sem ni yang bakal menjelma kurang seminggu dari sekarang. Semoga Allah memberi kemudahan dan ketenangan kepada kita semua untuk menghadapi imtihan dunia ni. Dan, semoga Allah mengurniakan kejayaan yang cemerlang kepada kita semua..Amiinn.. Sedar tak sedar juga, banyak pengalaman yang cik cahaya (g...
Assalamualaikum :-) Fuhh~~ Dah bersawang blog ni. Pejam celik pejam celik dah dekat 9 bulan tak update any enty. Kalau preggy ni, mesti tengah tunggu due nak bersalin je..Ahakz..Gurau sikit. Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita hingga ke hari ini. Untuk apa? Mesti ada sebab kan? Umur ni diberi bukan untuk sia-sia. Bukan juga untuk terus bersuka-suka. DIA beri kita lebih masa untuk terus perbaiki diri, menambah amalan, memperteguhkan iman dan memantapkan taqwa sebelum kita kembali ke pangkuan-NYA. Ingin "pergi" dalam keadaan indah dan diredhai? Maka hidup juga perlulah dalam keadaan indah dan diredhai. Bagaimana? Kerjakan suruhan-NYA dan jauhi larangan-NYA. Inshaa Allah :-) Ok, selama 9 bulan ni bermacam-macam kejadian berlaku. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Begitulah perjalanan hidup kita sebagai hamba, ye dak? Terimalah takdir hidup kita dengan hati yang terbuka dan penuh positif. Amboih..dah macam pakar motivasi pulak..kikikiki. Alhamduli...

::Persiapkan Diri::

“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-NYA adalah DIA menciptakan isteri-isteri daripada kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-NYA cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran.” (Surah Ar-Rum, ayat 21) Assalamualaikum.. Alhamdulillah, cuti semester sudah pun bermula. Tapi sayang, Cik Cahaya dan sahabat-sahabat yang tengah berLatihan Industri sekarang ini tidak berpeluang bercuti seperti teman-teman yang lain. Selepas tamatnya semester 2011/2012 ni,  ramai jugalah sahabat Cik Cahaya yang memulakan fasa baru dalam kehidupan mereka.. Ada yang sudah mula melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar, ada yang sedang berkira-kira menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, dan tak kurang, ada juga yang dalam perancangan untuk bertunang dan mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan urusan kita semua..Amiinn. Apabila sebut tentang baitul muslim ni, Cik C...