Skip to main content

Motivasi Daripada Sirah..


Assalamualaikum…
Motivasi daripada sirah?
Bolehkah sirah dijadikan motivasi?
Jawapannya tentu sekali ya!

Kenapa?
Kerana, pada pandangan saya, sirah itu sendiri menyimpan 1001 pengajaran yang boleh dijadikan iktibar, ikutan mahupun panduan kepada kita yang masih hidup pada hari ini.

Sebenarnya, saya pun tak berapa perasan tentang itu.

Betapa sirah dan motivasi itu sangat berkait rapat.

Tapi, selepas membaca buku Langit Ilahi 1 ; Allah Tidak Lupakan Kita yang ditulis oleh saudara Hilal Asyraf,  barulah saya tersedar. Alhamdulillah.

Jadi saya ambil peluang nak kongsikan kat sini.

Mungkin sudah ramai yang sedar tentang perkara ini.

Tapi tak apa, saya nak tulis jugak. Hihi..

Sebab mungkin ada yang masih samar-samar kan?

Kepada yang dah tahu, anggap tulisan ini hanya sebagai revision.

Kepada yang masih samar2, jom kita sama2 menghilangkan kesamaran tu..insyaAllah.

Mengikut apa yang ditulis dalam buku ini, hidup kita hari ini perlu dikaitkan dengan kehidupan orang sebelum kita. Terdapat banyak kisah yang menyentuh hati yang boleh membuatkan kita berfikir jauh & membantu kita meneruskan kehidupan. Sememangnya orang terdahulu itu Allah jadikan untuk kita mengambil PENGAJARAN.

Hmm..kawan2 pernah rasa tertekan dengan kerja yang bertimbun-timbun? Pernah lemah menghadapi ujian yang berat?

Ramai yang pernah alaminya. Saya juga pernah.

Rasa tertekan mahupun lemah itu fitrah kita sebagai manusia. Fitrah sebagai hamba. Bukankah manusia itu memang lemah? Sebab itu kita perlu meminta tolong kepada Allah Yang Maha Berkuasa.

Tetapi, fitrah berasa lemah atau apa2 sahaja tidak boleh dijadikan alasan untuk membiarkan diri kita terus mundur. Terus dipijak. Terus di bawah. Terus ke belakang. Terus ditinggalkan. Kita perlu jadikannya asas atau batu loncatan untuk mencapai kejayaan.

Bukankah SEORANG MUSLIM itu perlu sentiasa menjadi yang TERBAIK?

Bagaimana pula nak tingkatkan motivasi melalui sirah?

Hmm..macam ni.. Jika kita berasa lemah. Hampir putus asa dengan ujian yang menimpa. Apa kata kita ingat2kan kembali bagaimana perjuangan Rasulullah SAW, dan para sahabat dalam misi menyebarkan Islam lebih 1400 tahun yang lalu.

Bagaimana Rasulullah dihina, dicerca, dibaling batu, dilempar najis, malah banyak kali cuba dibunuh oleh orang Quraisy. Bagaimana pula dengan kisah para sahabat yang turut sama menerima tempias penderitaan?

Bilal bin Rabah contohnya, diseret ke padang pasir kemudian diletakkan batu besar di atas dadanya.  Zinnirah, hamba yang telah dibutakan mata. Khabbab bin Arat pula diseret di atas batu yang  telah dibakar hingga merah menyala. Yasir dan Sumaiyyah diseksa dan dibunuh di depan mata anaknya Ammar.

Adakah mereka berhenti dalam mempertahankan akidah mereka? Adakah mereka mengeluh untuk terus berjuang bersama Rasulullah? Adakah mereka berputus asa dengan pertolongan Allah?

Tidak. Sama sekali tidak!

Malah semua itu menguatkan lagi semangat mereka.

Kerana mereka yakin dengan janji Allah.

Kerana mereka yakin dengan pertolongan Allah.

Kerana mereka bergantung sepenuhnya pada Allah.

Sekarang, perhati pula diri kita.

Bagaimana dengan diri kita?

Saya rasa saya perlu berusaha untuk menjadi seperti mereka.

Kerana saya mahu bersama mereka.

Saya semestinya mahu bersama Rasulullah.

Kawan2 bagaimana?

KonKlusi
“Sesungguhnya bagi kamu, Rasulullah itu sebagai ikutan yang baik, untuk sesiapa yang berhajatkan pertemuan dengan Allah dan hari akhirat, dan ingatilah Allah dengan banyak” (Al-Ahzab :21)

Jom menghayati sirah! Jom contohi Rasulullah! Sebagaimana kuatnya semangat baginda mempertahankan Islam..begitu juga kita perlu berusaha ke arah yang sama..


Comments

Popular posts from this blog

~Kerana Kita SAHABAT~

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua student 3 rd year foodtech, dan juga buat mereka yang bergelar sahabat.. Sahabat kepada insan bernama Nurul Farhana. Hari ini, Selasa, tanggal 27/12/11, jam 6.51pm, cebisan ini dinukilkan khas buat kamu, sahabat saya. Nukilan ini bukannya apa-apa..sekadar suka-suka. Yelah, tadi masa tengah study (konon2nya rajin study), tiba-tiba teringat pada korang semua. Mesti tengah study juga kan? Bagus2..teruskan kerajinan nak study tu ^_^ Emm..pejam celik pejam celik, dah dekat dua tahun setengah kita bersama-sama kan? Susah senang, suka duka, pahit manis, tawa mahupun tangis, telah berjaya kita redahi. Alhamdulillah.. sekarang, tinggal final exam untuk sem ni yang bakal menjelma kurang seminggu dari sekarang. Semoga Allah memberi kemudahan dan ketenangan kepada kita semua untuk menghadapi imtihan dunia ni. Dan, semoga Allah mengurniakan kejayaan yang cemerlang kepada kita semua..Amiinn.. Sedar tak sedar juga, banyak pengalaman yang cik cahaya (g...

[Lirik : Warkah Cinta Berbau Syurga]

Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa Setiap untai kata yang termaktub Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga Simpanan batinku hampir terbelah Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa Antara iman dan nafsu aku berjuang Meraih mahkota cinta dari syurga Chorus: Biar beribu parut luka menghiris kalbu Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar Sekalipun diriku terbuang di mata insan Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ [Selama-lamanya kelembutan   takkan pernah tewas dengan kekerasan] [Ulang Chorus] Cintaku ini... Lagu: Bazli Unic Lirik: Ustaz A.Ubaidillah Alias Studio Rakaman : Unic Terbitan: Al-Kahfi Pictures Sdn.Bhd. Entah kenapa Cik Cahaya suka sangat dengan lirik lagu ini..First time dengar terus jatuh cinta gituu..Lagu ni, pada Cik Cahaya mempunyai makna yang s...

Bahagiakan Diri Dengan Kebahagiaan Orang Lain

Pernah terjadi tak, Ada satu masa, kita nak ceritakan masalah kita pada seseorang. Nak luahkan perasaan sedih kita. Nak menangis dan meminta nasihat dia. Tapi, belum sempat kita buka mulut, orang tersebut terlebih dahulu menceritakan masalah dia. Terlebih dahulu meluahkan perasaan sedih dan meminta kita menasihati dia. Pernah terjadi tak? Apa tindakan kita ketika itu? Terus meminjamkan telinga untuk mendengar masalah dia,walaupun ketika itu hati kita sendiri sedang terluka,  atau terus berkata "aku pun ada masalah!" dan membiarkan orang itu terus bersendirian menanggung kesedihan? #MUHASABAH# Ketika kita rasa kita lah yang paling sedih, paling terluka, paling lemah, paling sakit..saat itu ALLAH hadirkan orang lain kepada kita, agar kita sedar bahawa ada orang lain yang lebih sakit, lebih terluka, lebih lemah dan lebih sakit daripada kita. Ketika kita rasa kita lah yang paling susah, ALLAH temukan kita dengan orang lain yang lebih susah daripada kita. Mengapa? Kera...