Skip to main content

BuKU..iLMu..Aku..KaMu..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah..hari ini Allah masih memberi kesempatan untuk hidup di atas muka bumi yang serba indah ini.
Alhamdulillah.. kerana diberi kesihatan tubuh badan..
Alhamdulillah juga kerana masih punya peluang nak update blog yang sudah ditinggalkan sekian lama..

Apapun, selagi roh masih di jasad. Hidup perlu diteruskan. Tak gitu?
Dan kalau sudah namanya hidup, mestilah kena buat benda yang berfaedah. Barulah tak membazir nyawa dan masa yang Allah bagi ni.

Tak kira lah kita ni siapa.. sama ada>>
Aku ni student ke..
Kau tu lawyer ke..
Dia tu doktor ke..
Mereka tu cikgu ke..
Diorang tu mat rempit ke..
Pakcik tu petani ke..
Mak cik tu jual kuih ke..
Sesiapa jelah..
Yang bernama manusia..kita ni sama..tetap menuju satu destinasi yang satu >> AKHIRAT<<

So, sebagai peringatan buat semua, dan buat diri sendiri tentunya.. Bekerjalah seperti akan hidup 1000 tahun lagi..dan beribadatlah seperti hari ini hari terakhir kita masih di sini.. hari esok insyaAllah masih ada.. Cuma kita je yang belum pasti still ada atau tak…

OkLah..kembali kepada tajuk di atas.. BuKU..iLMu..Aku..KaMu..

Kenapa buku??
Sebab pemilik blog yang hampir kelam ni peminat buku.. Peminat tahap ‘giga’.. Atau boleh juga digelar penCinta buku..

Kenapa iLmu??
Bila berCinta dengan buku, tentunya berCinta dengan ILMU..tapi kalau pilih buku yang ok lah..bukan majalah yang entah apa2 ke..tett!!

Kenapa Aku??
Dah tentu sebab nak cerita pasal minat sendiri. ^_^

Kenapa Kamu??
Penghargaan buat kamu sebab kamu sudi membaca coretan ini..thanks ya!

Hmm..dulu pernah terbaca satu artikel..dia tulis rakyat Malaysia ni tak minat membaca.. statistic menunjukkan purata rakyat Malaysia  hanya membaca beberapa helai (atau mungkin hanya beberapa mukasurat) setahun.. agak membimbangkan.. selalunya kalau kurang membaca ni maknanya akan kurang ilmu la kan? kan? itu kalau ikut logik akal lah.. tapi tak semestinya.. mungkin ada orang yang tak perlu membaca, dia boleh dapat ilmu melalui cara lain..macam pemerhatian ke..pendengaran ke..apa2 je..kan manusia ni ada bermacam2 ragam..tak mustahillah..

Tapi..mungkin rakyat Malaysia ni dah mula sedar akan faedah membaca. Tahniah buat anda..!! Buktinya, masa pesta buku antarabangsa kat kL baru2 nih, memang bersusun orang kat dalam PWTC tu. Seminggu berlangsung, seminggulah sesak. Bukan ke tu dah menunjukkan betapa ramainya org yang minat membaca? Suka buku? Cinta ilmu?

Kalau tak caye, ce tengok gambor kat bawah nih..




Tapi, realitinya, hanya DIA yang tahu..
Disebabkan KLIBF ini jugaklah, koleksi buku empunya blog ni bertambah.
Makna tak nye, shopping sakan.. 
Mengalahkan shopping baju raya..
Rasanya kan,  macam boleh buka mini library terus kat kolej. Hihi..



 Psst : Jgn salah paham, bukan semua buku ini dibeli masa KLIBF..hanya sebahagian sahaja..:-)
Tapi, beli buku ada hadlah..bukan main taram je..
Pilih buku pun macam pilih kasut.. pilih baju..pilih beg..
Mestilah pilih yang terbaik..
Kena dengan jiwa..
Masuk dengan minat..
Barulah buku tu dibaca..
Takdelah jadi pekasam aje..
Kalau awak minat masak memasak, janganlah beli buku muzik.
Kalau awak minat business, janganlah pilih buku electrical engineering..
Tapi.. kalau rasa nak tambah ilmu, beli aje..
Apa salahnya .. ye tak??
Yang penting bermanfaat..
Ilmu Allah tu kan luas..Tak ada sempadan..
Selagi punya masa, gali sedalam mungkin..
Selagi punya waktu, kaut sebanyaknya..
Apapun, pilihlah yang TERBAIK!!
Choose the best!!

kONklusi
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Yang mengajar manusia dengan pena. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya”
(Surah al-A’laq, 96: 1-5)
Ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah

Comments

Popular posts from this blog

~Kerana Kita SAHABAT~

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua student 3 rd year foodtech, dan juga buat mereka yang bergelar sahabat.. Sahabat kepada insan bernama Nurul Farhana. Hari ini, Selasa, tanggal 27/12/11, jam 6.51pm, cebisan ini dinukilkan khas buat kamu, sahabat saya. Nukilan ini bukannya apa-apa..sekadar suka-suka. Yelah, tadi masa tengah study (konon2nya rajin study), tiba-tiba teringat pada korang semua. Mesti tengah study juga kan? Bagus2..teruskan kerajinan nak study tu ^_^ Emm..pejam celik pejam celik, dah dekat dua tahun setengah kita bersama-sama kan? Susah senang, suka duka, pahit manis, tawa mahupun tangis, telah berjaya kita redahi. Alhamdulillah.. sekarang, tinggal final exam untuk sem ni yang bakal menjelma kurang seminggu dari sekarang. Semoga Allah memberi kemudahan dan ketenangan kepada kita semua untuk menghadapi imtihan dunia ni. Dan, semoga Allah mengurniakan kejayaan yang cemerlang kepada kita semua..Amiinn.. Sedar tak sedar juga, banyak pengalaman yang cik cahaya (g...
Assalamualaikum :-) Fuhh~~ Dah bersawang blog ni. Pejam celik pejam celik dah dekat 9 bulan tak update any enty. Kalau preggy ni, mesti tengah tunggu due nak bersalin je..Ahakz..Gurau sikit. Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita hingga ke hari ini. Untuk apa? Mesti ada sebab kan? Umur ni diberi bukan untuk sia-sia. Bukan juga untuk terus bersuka-suka. DIA beri kita lebih masa untuk terus perbaiki diri, menambah amalan, memperteguhkan iman dan memantapkan taqwa sebelum kita kembali ke pangkuan-NYA. Ingin "pergi" dalam keadaan indah dan diredhai? Maka hidup juga perlulah dalam keadaan indah dan diredhai. Bagaimana? Kerjakan suruhan-NYA dan jauhi larangan-NYA. Inshaa Allah :-) Ok, selama 9 bulan ni bermacam-macam kejadian berlaku. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Begitulah perjalanan hidup kita sebagai hamba, ye dak? Terimalah takdir hidup kita dengan hati yang terbuka dan penuh positif. Amboih..dah macam pakar motivasi pulak..kikikiki. Alhamduli...

::Persiapkan Diri::

“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-NYA adalah DIA menciptakan isteri-isteri daripada kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-NYA cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran.” (Surah Ar-Rum, ayat 21) Assalamualaikum.. Alhamdulillah, cuti semester sudah pun bermula. Tapi sayang, Cik Cahaya dan sahabat-sahabat yang tengah berLatihan Industri sekarang ini tidak berpeluang bercuti seperti teman-teman yang lain. Selepas tamatnya semester 2011/2012 ni,  ramai jugalah sahabat Cik Cahaya yang memulakan fasa baru dalam kehidupan mereka.. Ada yang sudah mula melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar, ada yang sedang berkira-kira menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, dan tak kurang, ada juga yang dalam perancangan untuk bertunang dan mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan urusan kita semua..Amiinn. Apabila sebut tentang baitul muslim ni, Cik C...