Skip to main content

CINTA FIRST CLASS!!


Assalamualaikum..

Ok, kali ni tetiba rasa nak tulis pasal Cinta..

Haha..Cinta??

Iyalah,sekarang ni kan ramai orang suka berbicara tentang cinta..

Itu cinta..ini cinta..cinta sana..cinta sini..

Tengok cerita kat tv ke..dengar lagu kat radio ke..hatta iklan sekalipun, semuanya tak lari dengan cintan cintun ni..

So, saya pun tak nak terkecuali..

Salah ke nak cakap pasal cinta??

Tentulah tak salah..siapa yang kata salah??

Tetapi..kena fikir balik..mungkin ‘cara’ tu yang tak berapa kena.

Cara kita bercakap tentang cinta itu bagaimana? Cara kita mempamerkan cinta bagaimana? Cara kita promosi cinta itu pula bagaimana?

Dan..jangan lupa, kita kena fikir juga..cinta jenis apa yang kita cakapkan tu??

Jadi sekarang, apa kata kita bicarakan tentang CINTA FIRST CLASS..??

Ya, CINTA FIRST CLASS!!

Jangan ingat hotel je ada class2 ni, cinta pun ada tau..

Bila dah kata first class ni, mestilah cinta yang ada ummph kan? cinta yang memang tak ada kekurangan langsung.. cinta yang memang tidak akan mengecewakan kita..bak kata org, cinta yang sebenar-benar cinta..atau cinta sejati gitu..

Cinta first class atau cinta sejati yang saya maksudkan di sini adalah cinta kepada PENCIPTA cinta.

Mengapa?

Cinta siapa lagi yang ada ummph? Yang tak akan pernah mengecewakan? Yang tidak ada kekurangan? 
Malah cinta itu hadir sebelum kita lahir ke dunia ini?

Tentulah CINTA kepada DIA satu-satunya..

Sangat setuju? Setuju? Kurang setuju? Atau langsung tak setuju?

Terpulang kepada anda..tepuk dada tanya Iman…^_^

Apakata sekarang kita duduk sejenak, berfikir dan bermuhasabah diri..

Cinta..kasih sayang..perasaan terindah yang Allah anugerahkan kepada makhluknya.

Dengan perasaan itu manusia hidup secara harmoni.. Dengan perasaan itu manusia hidup penuh bahagia..

Tetapi kadang2, mengapa ada yang menderita kerana cinta?

Semuanya berbalik semula kepada kita…

Ke mana cinta itu kita tunjangkan? Kepada siapa cinta itu kita hulurkan? Melalui apa cinta itu kita salurkan?

Kalau cinta itu atas dasar keimanan kepada Allah semata-mata…insyaAllah perkara sebegitu dapat kita 
hindarkan..

Seorang Ahli Sufi pernah berkata ; Cintailah yang memberi nikmat dan janganlah engkau cintai nikmat yang diberikan-Nya.

Siapakah yang memberi nikmat kalau bukan DIA Yang Maha Perkasa? Jadi DIAlah yang selayaknya dicintai dengan sepenuh hati. Cintailah DIA ..Cintailah DIA..

Sungguh, DIA tidak rugi apa2 jika kita tidak mencintaiNYA..sebaliknya..kita juga yang akan rugi..rugi di dunia..sengsara di akhirat..Bukankah kita akan kembali kepadaNYA suatu hari nanti? Jadi, kalau kita tidak mencintaiNYA, bagaimanakah agaknya nasib kita di sana? Di negeri abadi?

Allahu akbar!!

Melalui apa yang ditulis di dalam buku Ustaz Pahrol Mohd Juoi (Tentang Cinta), ada 2 tanda kita mencintai Allah.
1)      Kalau cinta, rindu untuk bertemu.
-Berusaha untuk sentiasa solat di awal waktu dan sering tertunggu2 masuknya waktu solat.

2)      Kalau cinta, suka apabila disuruh.
-Sentiasa menyegerakan suruhan Allah tanpa ragu2 dan melaksanakannya dengan penuh ikhlas dan gembira.

Selain itu, saudara kita, Ustaz Hilal Asraf ada berkongsi 9 bukti cinta kepada Allah di dalam bukunya yang bertajuk ; Langit Ilahi 2 (Kembara Hamba Mencari Cahaya). Jadi, saya gembira untuk kongsikannya di sini..
1)      Cinta kepada kematian
Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa lebih suka berjumpa Allah maka Allah suka menjumpainya.” (Riwayat Muttafakun Alaih)

2)      Berjihad di jalan Allah

3)      Menundukkan hawa nafsu

4)      Sentiasa berzikir kepada Allah

5)      Bermunajat kepada Allah

6)      Tidak berduka dengan kehilangan sesuatu

7)      Nikmat melaksanakan ketaatan

8)      Menjalin kasih sayang sesama makhluk

9)      Takut berpaling daripada Allah

Jadi, bagaimana?

Jom sama2 kita kejar CINTA ALLAH.

CINTA FIRST CLASS!!



Comments

Popular posts from this blog

~Kerana Kita SAHABAT~

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua student 3 rd year foodtech, dan juga buat mereka yang bergelar sahabat.. Sahabat kepada insan bernama Nurul Farhana. Hari ini, Selasa, tanggal 27/12/11, jam 6.51pm, cebisan ini dinukilkan khas buat kamu, sahabat saya. Nukilan ini bukannya apa-apa..sekadar suka-suka. Yelah, tadi masa tengah study (konon2nya rajin study), tiba-tiba teringat pada korang semua. Mesti tengah study juga kan? Bagus2..teruskan kerajinan nak study tu ^_^ Emm..pejam celik pejam celik, dah dekat dua tahun setengah kita bersama-sama kan? Susah senang, suka duka, pahit manis, tawa mahupun tangis, telah berjaya kita redahi. Alhamdulillah.. sekarang, tinggal final exam untuk sem ni yang bakal menjelma kurang seminggu dari sekarang. Semoga Allah memberi kemudahan dan ketenangan kepada kita semua untuk menghadapi imtihan dunia ni. Dan, semoga Allah mengurniakan kejayaan yang cemerlang kepada kita semua..Amiinn.. Sedar tak sedar juga, banyak pengalaman yang cik cahaya (g...
Assalamualaikum :-) Fuhh~~ Dah bersawang blog ni. Pejam celik pejam celik dah dekat 9 bulan tak update any enty. Kalau preggy ni, mesti tengah tunggu due nak bersalin je..Ahakz..Gurau sikit. Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita hingga ke hari ini. Untuk apa? Mesti ada sebab kan? Umur ni diberi bukan untuk sia-sia. Bukan juga untuk terus bersuka-suka. DIA beri kita lebih masa untuk terus perbaiki diri, menambah amalan, memperteguhkan iman dan memantapkan taqwa sebelum kita kembali ke pangkuan-NYA. Ingin "pergi" dalam keadaan indah dan diredhai? Maka hidup juga perlulah dalam keadaan indah dan diredhai. Bagaimana? Kerjakan suruhan-NYA dan jauhi larangan-NYA. Inshaa Allah :-) Ok, selama 9 bulan ni bermacam-macam kejadian berlaku. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Begitulah perjalanan hidup kita sebagai hamba, ye dak? Terimalah takdir hidup kita dengan hati yang terbuka dan penuh positif. Amboih..dah macam pakar motivasi pulak..kikikiki. Alhamduli...

::Persiapkan Diri::

“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-NYA adalah DIA menciptakan isteri-isteri daripada kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-NYA cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran.” (Surah Ar-Rum, ayat 21) Assalamualaikum.. Alhamdulillah, cuti semester sudah pun bermula. Tapi sayang, Cik Cahaya dan sahabat-sahabat yang tengah berLatihan Industri sekarang ini tidak berpeluang bercuti seperti teman-teman yang lain. Selepas tamatnya semester 2011/2012 ni,  ramai jugalah sahabat Cik Cahaya yang memulakan fasa baru dalam kehidupan mereka.. Ada yang sudah mula melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar, ada yang sedang berkira-kira menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, dan tak kurang, ada juga yang dalam perancangan untuk bertunang dan mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan urusan kita semua..Amiinn. Apabila sebut tentang baitul muslim ni, Cik C...