Skip to main content

~Cerita Tentang Hati~

Assalamualaikum..salam sejahtera..salam ukhwah..salam persaudaraan ^_^

Apa khabar hati dan iman hari ini?

Semoga semuanya bukan sekadar baik, tapi bertambah baik dari sehari ke sehari..Amiinn..


Cerita tentang hati..

Mengapa mahu bercerita tentang hati?

Kerana hati itu tempat letaknya ilham..

Hati itu juga tempat yang menjadi rebutan malaikat dan syaitan..

Hati juga mempunyai banyak kesibukan-nafsu dan akal saling berperang.

Malah, hati juga adalah tempat yang paling sukar diubati jika sudah dilukai.

Jadi..kita perlulah sentiasa menjaga hati. (nasihat buat diri sendiri terutamanya)

Jangan biar hati kita dicemari.

Jangan sampai hati kita mati.

Kerana hati yang mati itu akan turut membinasakan jasad, biarpun secara fizikalnya sangat sihat dan kuat..

Hati yang mati..tak akan sedih meninggalkan amal.

Hati yang mati..tak akan rasa bersalah melakukan dosa.

Hati yang mati..tak akan terasa lazatnya beribadah kepadaNYA.

Mahukah kita menjadi seperti itu?

Nau’zubillah..mohon dijauhkan.

Oleh sebab itu, mari kita bersama-sama menjaga hati.

Kerana..hati itu yang akan dinilai Allah

Jika baik hati kita, maka, baiklah seluruhnya..insyaAllah.

Bagaimana untuk menjaga hati?

Banyak caranya bukan?

Dan saya yakin sahabat-sahabat juga mengetahuinya.

Tapi..saya suka untuk menyebut salah satu daripada cara2nya..

Iaitu..dengan mengingati Allah dalam setiap perbuatan.

Mahu menjaga hati..maka, perlulah menjaga tingkah-laku..

Mahu menjaga hati..jadi, haruslah memerhati setiap perbuatan yang kita lakukan.

Nak jaga hati..tapi tengok perkara bukan-bukan..

Nak jaga hati..tapi halal haram diambil ringan..

Boleh ke macam tu?

Secara logiknya, tak boleh kan?

Jadi..nak jaga hati..kenalah jaga kelakuan..

Sebab itu saya kata, kena ingat Allah dalam setiap perbuatan..

Yela..kalau kita ingat Allah, adakah kita akan terfikir nak buat jahat?

Kalau kita ingat Allah, adakah kita teruskan kemungkaran?

Ya atau tidak?

Sama2lah kita tanya hati masing-masing ^_^

Konklusi :

Saya gembira untuk berkata ;

JOM SAMA-SAMA MENJAGA HATI.

SAYA DAN KAMU..BERSAMA-SAMA..MENJAGA HATI..

Agar dengan hati ini kita akan semakin dekat dengan Ilahi.

Dan..semoga dengan hati ini…kita akan sama2 mengecap bahagia..

Di sini..dan di sana tentunya :)

~perbaiki dirimu dan serulah yang lain~

Wallahua’lam

Comments

Popular posts from this blog

~Kerana Kita SAHABAT~

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua student 3 rd year foodtech, dan juga buat mereka yang bergelar sahabat.. Sahabat kepada insan bernama Nurul Farhana. Hari ini, Selasa, tanggal 27/12/11, jam 6.51pm, cebisan ini dinukilkan khas buat kamu, sahabat saya. Nukilan ini bukannya apa-apa..sekadar suka-suka. Yelah, tadi masa tengah study (konon2nya rajin study), tiba-tiba teringat pada korang semua. Mesti tengah study juga kan? Bagus2..teruskan kerajinan nak study tu ^_^ Emm..pejam celik pejam celik, dah dekat dua tahun setengah kita bersama-sama kan? Susah senang, suka duka, pahit manis, tawa mahupun tangis, telah berjaya kita redahi. Alhamdulillah.. sekarang, tinggal final exam untuk sem ni yang bakal menjelma kurang seminggu dari sekarang. Semoga Allah memberi kemudahan dan ketenangan kepada kita semua untuk menghadapi imtihan dunia ni. Dan, semoga Allah mengurniakan kejayaan yang cemerlang kepada kita semua..Amiinn.. Sedar tak sedar juga, banyak pengalaman yang cik cahaya (g...
Assalamualaikum :-) Fuhh~~ Dah bersawang blog ni. Pejam celik pejam celik dah dekat 9 bulan tak update any enty. Kalau preggy ni, mesti tengah tunggu due nak bersalin je..Ahakz..Gurau sikit. Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita hingga ke hari ini. Untuk apa? Mesti ada sebab kan? Umur ni diberi bukan untuk sia-sia. Bukan juga untuk terus bersuka-suka. DIA beri kita lebih masa untuk terus perbaiki diri, menambah amalan, memperteguhkan iman dan memantapkan taqwa sebelum kita kembali ke pangkuan-NYA. Ingin "pergi" dalam keadaan indah dan diredhai? Maka hidup juga perlulah dalam keadaan indah dan diredhai. Bagaimana? Kerjakan suruhan-NYA dan jauhi larangan-NYA. Inshaa Allah :-) Ok, selama 9 bulan ni bermacam-macam kejadian berlaku. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Begitulah perjalanan hidup kita sebagai hamba, ye dak? Terimalah takdir hidup kita dengan hati yang terbuka dan penuh positif. Amboih..dah macam pakar motivasi pulak..kikikiki. Alhamduli...

::Persiapkan Diri::

“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-NYA adalah DIA menciptakan isteri-isteri daripada kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-NYA cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran.” (Surah Ar-Rum, ayat 21) Assalamualaikum.. Alhamdulillah, cuti semester sudah pun bermula. Tapi sayang, Cik Cahaya dan sahabat-sahabat yang tengah berLatihan Industri sekarang ini tidak berpeluang bercuti seperti teman-teman yang lain. Selepas tamatnya semester 2011/2012 ni,  ramai jugalah sahabat Cik Cahaya yang memulakan fasa baru dalam kehidupan mereka.. Ada yang sudah mula melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar, ada yang sedang berkira-kira menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, dan tak kurang, ada juga yang dalam perancangan untuk bertunang dan mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan urusan kita semua..Amiinn. Apabila sebut tentang baitul muslim ni, Cik C...