Skip to main content

~Sejuta Cinta Untuk Ibunda~

Assalamualaikum..


Sejuta cinta untuk ibunda~
Sebenarnya tajuk entry ni diambil sempena buku ni >>



Buku ni baru je dibeli semalam. Walaupun sudah beberapa kali membaca tajuknya, tetapi hati tak tergerak pun nak beli..Hinggalah semalam..apabila terbaca ayat ni "Buku ini akan membuatkan anda menangis dan menginsafi diri. Tanyalah ibu anda, "Ibu, adakah ibu meredai saya?".. Walaupun ayat ni agak simple..tapi..Subhanallah, sangat menyentuh hati..


Sebenarnya tak sempat pun lagi nak baca buku ni, cuma belek-belek je. Macam biasa, cari part-part yang menarik dulu. Belek punya belek, dari mukasurat depan hingga belakang..rupa-rupanya tak ada pun yang menarik...kerana semuanya SANGAT MENARIK...SANGAT MENYENTUH HATI..dan yang penting SANGAT MENGINSAFKAN..subhanallah..


Jadi..di sini saya nak berkongsi beberapa ringkasan bahagian yang sempat saya baca.. Semoga bermanfaat..InsyaAllah


Bagaimana Mencintai Ibu
1. Memberinya hadiah
 Cuba kira, sepanjang hidup ini; 
 Berapa kali kita memberi hadiah kepada ibu kita?
 Bila kali terakhir kita memberinya hadiah yang dia sangat suka?


Mungkin terlalu lama sekali kita tidak memberikan hadiah kepada ibu kita. Pernahkah kita bertanya pada ibu, apakah yang sangat diinginkannya? Mungkin dia hanya mahukan barang-barang kecil, tetapi membawa makna besar baginya. Carilah jawapannya dan berilah yang terbaik padanya.


2. Mengajaknya berjalan-jalan
 Masih adakah anak yang mengisi masa lapang dengan bersiar-siar di taman bersama ibunya?


3. Mengajaknya berbual
 Selami dan cuba terokai apa yang tersimpan jauh di sudut hatinya.


4. Membuat kejutan kecil


Kenapa mesti berbuat baik kepada ibu bapa?
1. Kerana Allah memerintahkan


"Dan kami memerintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusuinya dalam dua tahun, dan bersyukurlah kepada-KU dan kepada dua ibu bapamu, hanya kepada-KUlah kembalimu.
 (Surah Luqman, ayat 14)


2. Kerana Nabi juga memerintahkan


 Abu Hurairah berkata,"Seseorang datang berjumpa Rasulullah dan bertanya, 'Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layani dengan baik?' Rasulullah menjawab, 'Ibumu.' Dia bertanya lagi, 'Kemudian siapa?' Rasulullah menjawab, 'Kemudian ibumu.' Dia bertanya lagi, 'Kemudian siapa?' Rasulullah menjawab, 'Kemudian ibumu.' Dia bertanya lagi, 'Kemudian siapa?' Rasulullah menjawab lagi, 'Kemudian ayahmu.' "
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


3. Kerana para ulama juga sepakat


4. Kerana mereka ibu bapa kita



~Aku Ingin Mendoakannya~


Ya Allah, rendahkanlah suaraku bagi mereka.
Perindahkan ucapanku di depan mereka.
Lunakkanlah watakku terhadap mereka, dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.


Ya Allah, berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya atas didikan mereka padaku,
dan pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku.
Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.


Ya Allah, apa sahaja gangguan yang telah mereka rasakan,
atau kesusahan yang mereka derita kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab gugurnya dosa-dosa mereka,
meningginya kedudukan mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-MU, Ya Allah.
Sebab hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.


Ya Allah, bila magfirah-MU telah mencapai mereka sebelumku,
izinkanlah mereka memberi syafaat untukku.
Tetapi jika magfirah-MU lebih dahulu mencapai diriku, maka
izinkanlah aku memberi syafaat untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-MU di tempat kediaman yang dinaungi kemuliaan-MU, ampunan-MU serta rahmat-MU.


Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurniaan Maha Agung, serta
anugerah yang tak berakhir, 
dan Engkaulah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih...


Amiinn..




Buat masa sekarang, hanya ini yang sempat dikongsikan..


Pejam mata..
Terbayang wajah mak dan ayah..
Rindu pada mereka..
Ya Allah..sekali lagi hamba yang hina ini meminta..moga aku dapat menjadi anak yang taat dan solehah buat ibuku Pn. Bidah binti Ibrahim..serta ayahku..En. Zakaria bin Hassan.. Amiinn.....



Comments

Popular posts from this blog

~Kerana Kita SAHABAT~

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua student 3 rd year foodtech, dan juga buat mereka yang bergelar sahabat.. Sahabat kepada insan bernama Nurul Farhana. Hari ini, Selasa, tanggal 27/12/11, jam 6.51pm, cebisan ini dinukilkan khas buat kamu, sahabat saya. Nukilan ini bukannya apa-apa..sekadar suka-suka. Yelah, tadi masa tengah study (konon2nya rajin study), tiba-tiba teringat pada korang semua. Mesti tengah study juga kan? Bagus2..teruskan kerajinan nak study tu ^_^ Emm..pejam celik pejam celik, dah dekat dua tahun setengah kita bersama-sama kan? Susah senang, suka duka, pahit manis, tawa mahupun tangis, telah berjaya kita redahi. Alhamdulillah.. sekarang, tinggal final exam untuk sem ni yang bakal menjelma kurang seminggu dari sekarang. Semoga Allah memberi kemudahan dan ketenangan kepada kita semua untuk menghadapi imtihan dunia ni. Dan, semoga Allah mengurniakan kejayaan yang cemerlang kepada kita semua..Amiinn.. Sedar tak sedar juga, banyak pengalaman yang cik cahaya (g...
Assalamualaikum :-) Fuhh~~ Dah bersawang blog ni. Pejam celik pejam celik dah dekat 9 bulan tak update any enty. Kalau preggy ni, mesti tengah tunggu due nak bersalin je..Ahakz..Gurau sikit. Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita hingga ke hari ini. Untuk apa? Mesti ada sebab kan? Umur ni diberi bukan untuk sia-sia. Bukan juga untuk terus bersuka-suka. DIA beri kita lebih masa untuk terus perbaiki diri, menambah amalan, memperteguhkan iman dan memantapkan taqwa sebelum kita kembali ke pangkuan-NYA. Ingin "pergi" dalam keadaan indah dan diredhai? Maka hidup juga perlulah dalam keadaan indah dan diredhai. Bagaimana? Kerjakan suruhan-NYA dan jauhi larangan-NYA. Inshaa Allah :-) Ok, selama 9 bulan ni bermacam-macam kejadian berlaku. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Begitulah perjalanan hidup kita sebagai hamba, ye dak? Terimalah takdir hidup kita dengan hati yang terbuka dan penuh positif. Amboih..dah macam pakar motivasi pulak..kikikiki. Alhamduli...

::Persiapkan Diri::

“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-NYA adalah DIA menciptakan isteri-isteri daripada kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-NYA cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran.” (Surah Ar-Rum, ayat 21) Assalamualaikum.. Alhamdulillah, cuti semester sudah pun bermula. Tapi sayang, Cik Cahaya dan sahabat-sahabat yang tengah berLatihan Industri sekarang ini tidak berpeluang bercuti seperti teman-teman yang lain. Selepas tamatnya semester 2011/2012 ni,  ramai jugalah sahabat Cik Cahaya yang memulakan fasa baru dalam kehidupan mereka.. Ada yang sudah mula melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar, ada yang sedang berkira-kira menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, dan tak kurang, ada juga yang dalam perancangan untuk bertunang dan mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan urusan kita semua..Amiinn. Apabila sebut tentang baitul muslim ni, Cik C...