Skip to main content

Sweetnya DIA


Hari ni saya tetiba nak cerita tentang dia.

Dia yang selalu ada bersama saya, ketika susah atau senang, ketika suka atau duka.

Dia yang banyak membantu saya, menguatkan saya dan menghiburkan hati saya.

Walaupun banyak perkara yang saya lakukan melukakan dia, namun dia tidak pernah tinggalkan saya walaupun seketika.

Dia sangat sweet..saya yakin saya tak akan dapat pengganti macam dia. Sebab itu, saya tekadkan hati, usahakan diri, untuk tetap setia dengan dia. Walau apapun, saya mahu tetap setia!

Dia..selalu bagi saya macam-macam. Selalu buat kejutan kepada saya dan kadang-kadang saya sendiri pun tak sangka. Sungguh, saya berasa sangat bertuah kerana ada dia di samping saya.

Sweetnya dia..selalu sudi mendengar luahan hati saya. Walaupun kadang-kadang saya rasa malu untuk bercerita, tapi dia kata tak apa, cerita dan luahkan saja sebab dia sanggup mendengar segala-galanya.

Bila saya ada masalah, dia akan segera membantu saya. Bila saya menangis dia segera tenangkan saya. Bila saya sedih, dia akan membantu hiburkan saya. Bila-bila sahaja, dia tetap ada untuk saya.

Tapi..saya sebenarnya rasa malu dengan dia. Sebab, kadang-kadang saya rasa bila ada masalah je saya cari dia, sedangkan dia tak pernah jauh dengan saya. Bila saya senang, bila saya gembira, saya selalu lupa dia..Ya, saya sangat malu tentang itu.

Tapi..dia tak marah..Dia sanggup maafkan apa sahaja kesalahan saya..Sungguh..dia sangat baik. Sangat-sangat baik.

Dulu..masa saya mula-mula nak berubah, dia yang banyak membantu saya. Surat cinta dia sentiasa memberi motivasi kepada saya. Nyanyian dan alunan nota cinta dia juga sentiasa menenangkan saya. Kesakitan berubah itu terubat bila saya ingat pada dia. Saya ingat lagi, awal perubahan diselangi dengan perlian dan kata-kata pedas orang yang dekat dengan saya..tapi, dia kata tak apa..sabar..berulang kali saya baca surat cinta dia..dan saya temui ketenangan di situ.

Sweet kan dia? Sampai sekarang, dia sentiasa ada bersama saya. Saya harap, dia tak akan pernah tinggalkan saya. Hati saya hanya ada satu, dan saya mahu serahkan semuanya kepada dia.

Wahai ALLAH..

Terima kasih untuk segala-galanya.

Jangan pernah tinggalkan hamba-MU ini sendiri kerana diri ini yakin aku akan lemah andai ENGKAU tiada di sisi.

Wahai ALLAH,

Peganglah hati ini seeratnya.

Dakaplah jiwa ini serapatnya.

Jangan biarkan aku jauh daripada-MU.

Kerana ENGKAU satu-satunya CINTA sejati yang ingin aku miliki.

Siapalah diri ini tanpa-MU ALLAH.

Subhanallh

Alhamdulillah

Allahu akbar.


Moga Allah Redha. Wallahua'lam

Comments

Popular posts from this blog

~Kerana Kita SAHABAT~

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua student 3 rd year foodtech, dan juga buat mereka yang bergelar sahabat.. Sahabat kepada insan bernama Nurul Farhana. Hari ini, Selasa, tanggal 27/12/11, jam 6.51pm, cebisan ini dinukilkan khas buat kamu, sahabat saya. Nukilan ini bukannya apa-apa..sekadar suka-suka. Yelah, tadi masa tengah study (konon2nya rajin study), tiba-tiba teringat pada korang semua. Mesti tengah study juga kan? Bagus2..teruskan kerajinan nak study tu ^_^ Emm..pejam celik pejam celik, dah dekat dua tahun setengah kita bersama-sama kan? Susah senang, suka duka, pahit manis, tawa mahupun tangis, telah berjaya kita redahi. Alhamdulillah.. sekarang, tinggal final exam untuk sem ni yang bakal menjelma kurang seminggu dari sekarang. Semoga Allah memberi kemudahan dan ketenangan kepada kita semua untuk menghadapi imtihan dunia ni. Dan, semoga Allah mengurniakan kejayaan yang cemerlang kepada kita semua..Amiinn.. Sedar tak sedar juga, banyak pengalaman yang cik cahaya (g...
Assalamualaikum :-) Fuhh~~ Dah bersawang blog ni. Pejam celik pejam celik dah dekat 9 bulan tak update any enty. Kalau preggy ni, mesti tengah tunggu due nak bersalin je..Ahakz..Gurau sikit. Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita hingga ke hari ini. Untuk apa? Mesti ada sebab kan? Umur ni diberi bukan untuk sia-sia. Bukan juga untuk terus bersuka-suka. DIA beri kita lebih masa untuk terus perbaiki diri, menambah amalan, memperteguhkan iman dan memantapkan taqwa sebelum kita kembali ke pangkuan-NYA. Ingin "pergi" dalam keadaan indah dan diredhai? Maka hidup juga perlulah dalam keadaan indah dan diredhai. Bagaimana? Kerjakan suruhan-NYA dan jauhi larangan-NYA. Inshaa Allah :-) Ok, selama 9 bulan ni bermacam-macam kejadian berlaku. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Begitulah perjalanan hidup kita sebagai hamba, ye dak? Terimalah takdir hidup kita dengan hati yang terbuka dan penuh positif. Amboih..dah macam pakar motivasi pulak..kikikiki. Alhamduli...

::Persiapkan Diri::

“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-NYA adalah DIA menciptakan isteri-isteri daripada kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-NYA cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran.” (Surah Ar-Rum, ayat 21) Assalamualaikum.. Alhamdulillah, cuti semester sudah pun bermula. Tapi sayang, Cik Cahaya dan sahabat-sahabat yang tengah berLatihan Industri sekarang ini tidak berpeluang bercuti seperti teman-teman yang lain. Selepas tamatnya semester 2011/2012 ni,  ramai jugalah sahabat Cik Cahaya yang memulakan fasa baru dalam kehidupan mereka.. Ada yang sudah mula melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar, ada yang sedang berkira-kira menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, dan tak kurang, ada juga yang dalam perancangan untuk bertunang dan mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan urusan kita semua..Amiinn. Apabila sebut tentang baitul muslim ni, Cik C...