Skip to main content

Tempayan yang retak


Pada zaman dahulu, tinggal seorang lelaki yang menyara kehidupannya dengan berkhidmat dengan seorang keluarga bangsawan.
Dia melakukan segala kerja di rumah itu daripada membersihkan halaman, memandu kereta kuda, menjaga keselamatan keluarga tersebut, termasuk juga mengangkut air daripada sungai berdekatan. Isterinya pula mengemas rumah dan melakukan kerja-kerja di dapur.
Setiap hari, lelaki tersebut akan berulang-alik ke sungai, mengambil air bagi mengisi kolah di dalam rumah dengan mengandar dua tempayan. Malangnya, salah satu daripada tempayan itu sudah retak. Kesannya, air yang diangkut akan berkurang kepada hampir separuh tempayan. Oleh yang demikian, lelaki itu hanya mampu mengangkut air sebanyak satu setengah tempayan sahaja.
Demikianlah berterusan selama setahun lebih.
Suatu hari, tempayan yang retak itu berasa sangat sedih. Diadukan rasa hatinya kepada lelaki itu.
“Maafkan saya kerana selama setahun lebih ini saya tidak mampu menjalankan peranan dengan baik. Saya rasa sedih sangat,” kata tempayan penuh kesal.
“Kenapa kamu cakap begitu?” tanya lelaki itu.
“Saya sedih sebab hanya mampu mengangkut air separuh sahaja disebabkan fizikal saya yang tidak sempurna ini.”
“Kamu jangan sedih, wahai tempayan. Dalam perjalanan balik ke rumah nanti, cuba kamu perhatikan di sebelah kanan jalan.”
Lelaki itu mengangkut air seperti biasa dari sungai menuju ke rumah tuannya. Namun tempayan itu tetap sedih atas kekurangan dirinya dan ketidakmampuannya memberikan khidmat terbaik kepada tuannya.
“Kamu sudah lihat di sebelah kanan jalan, bunga-bunga segar dan mekar si sepanjang jalan?” soal lelaki tersebut.
“Ya, aku nampak. Tapi keindahan bunga-bunga itu tidak mampu mengurangkan rasa sedih di hatiku,” jawab tempayan retak itu.
“Kamu tahu wahai tempayan, sejak aku tahu kamu telah retak sedikit, aku mula menanam pokok-pokok bunga ini. Kamu tahu siapa yang menyiramnya setiap hari?”
“Tentulah kamu.”
“Tidak, kamulah yang menyiramnya. Air yang meleleh keluar itulah yang menyiram bunga-bunga itu selama ini. Kemudian aku akan petik bunga-bunga ini dan berikan kepada isteriku untuk dihias di rumah tuan kita. Walaupun kamu sebuah tempayan yang retak, tetapi kamu tetap ada sumbangan.”
Barulah tempayan yang retak itu berasa ceria kembali dan tidak gundah lagi walaupun hanya sebuah tempayan yang retak.

Pengajaran : Setiap manusia tidak sempurna dan ada kelemahan masing-masing. Namun Allah tidak menciptakan kekurangan atau kecacatan itu dengan sia-sia. Pasti ada kelebihan dari sudut yang lain dan pasti masih mampu member manfaat kepada ummah dengan caranya yang tersendiri.
(Petikan daripada buku Angguk Geleng oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi & Husna Hassan)


Jangan sesekali mempersoalkan apa yang telah ALLAH tetapkan untuk kita. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya. Boleh jadi sesuatu yang kita pandang sebagai musibah hari ini merupakan sesuatu yang boleh membawa keuntungan di kemudian hari.
Paku yang terlekat di hati ; Sungguhpun pakunya sudah tiada, tapi parutnya tetap ada.
Tidak rugi mengikut jalan kebenaran. Tidak akan untung dengan melakukan kemungkaran. Pengorbanan untuk melalui jalan Allah, walaupun susah pada awalnya akan mendapat ganjaran yang besar tidak lama selepas itu.



Moga Allah Redha. Wallahua'lam

Comments

Popular posts from this blog

~Kerana Kita SAHABAT~

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua student 3 rd year foodtech, dan juga buat mereka yang bergelar sahabat.. Sahabat kepada insan bernama Nurul Farhana. Hari ini, Selasa, tanggal 27/12/11, jam 6.51pm, cebisan ini dinukilkan khas buat kamu, sahabat saya. Nukilan ini bukannya apa-apa..sekadar suka-suka. Yelah, tadi masa tengah study (konon2nya rajin study), tiba-tiba teringat pada korang semua. Mesti tengah study juga kan? Bagus2..teruskan kerajinan nak study tu ^_^ Emm..pejam celik pejam celik, dah dekat dua tahun setengah kita bersama-sama kan? Susah senang, suka duka, pahit manis, tawa mahupun tangis, telah berjaya kita redahi. Alhamdulillah.. sekarang, tinggal final exam untuk sem ni yang bakal menjelma kurang seminggu dari sekarang. Semoga Allah memberi kemudahan dan ketenangan kepada kita semua untuk menghadapi imtihan dunia ni. Dan, semoga Allah mengurniakan kejayaan yang cemerlang kepada kita semua..Amiinn.. Sedar tak sedar juga, banyak pengalaman yang cik cahaya (g...
Assalamualaikum :-) Fuhh~~ Dah bersawang blog ni. Pejam celik pejam celik dah dekat 9 bulan tak update any enty. Kalau preggy ni, mesti tengah tunggu due nak bersalin je..Ahakz..Gurau sikit. Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita hingga ke hari ini. Untuk apa? Mesti ada sebab kan? Umur ni diberi bukan untuk sia-sia. Bukan juga untuk terus bersuka-suka. DIA beri kita lebih masa untuk terus perbaiki diri, menambah amalan, memperteguhkan iman dan memantapkan taqwa sebelum kita kembali ke pangkuan-NYA. Ingin "pergi" dalam keadaan indah dan diredhai? Maka hidup juga perlulah dalam keadaan indah dan diredhai. Bagaimana? Kerjakan suruhan-NYA dan jauhi larangan-NYA. Inshaa Allah :-) Ok, selama 9 bulan ni bermacam-macam kejadian berlaku. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Begitulah perjalanan hidup kita sebagai hamba, ye dak? Terimalah takdir hidup kita dengan hati yang terbuka dan penuh positif. Amboih..dah macam pakar motivasi pulak..kikikiki. Alhamduli...

::Persiapkan Diri::

“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-NYA adalah DIA menciptakan isteri-isteri daripada kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-NYA cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran.” (Surah Ar-Rum, ayat 21) Assalamualaikum.. Alhamdulillah, cuti semester sudah pun bermula. Tapi sayang, Cik Cahaya dan sahabat-sahabat yang tengah berLatihan Industri sekarang ini tidak berpeluang bercuti seperti teman-teman yang lain. Selepas tamatnya semester 2011/2012 ni,  ramai jugalah sahabat Cik Cahaya yang memulakan fasa baru dalam kehidupan mereka.. Ada yang sudah mula melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar, ada yang sedang berkira-kira menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, dan tak kurang, ada juga yang dalam perancangan untuk bertunang dan mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan urusan kita semua..Amiinn. Apabila sebut tentang baitul muslim ni, Cik C...