Skip to main content

[Lirik : Warkah Cinta Berbau Syurga]


Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa
Setiap untai kata yang termaktub
Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga

Simpanan batinku hampir terbelah
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa
Antara iman dan nafsu aku berjuang
Meraih mahkota cinta dari syurga

Chorus:
Biar beribu parut luka menghiris kalbu
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar
Sekalipun diriku terbuang di mata insan
Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini

Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu
Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ

[Selama-lamanya kelembutan 
takkan pernah tewas dengan kekerasan]

[Ulang Chorus]

Cintaku ini...

Lagu: Bazli Unic
Lirik: Ustaz A.Ubaidillah Alias
Studio Rakaman : Unic
Terbitan: Al-Kahfi Pictures Sdn.Bhd.


Entah kenapa Cik Cahaya suka sangat dengan lirik lagu ini..First time dengar terus jatuh cinta gituu..Lagu ni, pada Cik Cahaya mempunyai makna yang sangat mendalam..Setiap baik kata terselit nasihat dan hikmah. Kalau dengar lagu ni masa rasa down, boleh mengalir airmata.

Cik Cahaya paling suka dua part ni 

Simpanan batinku hampir terbelah
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa
Antara iman dan nafsu aku berjuang
Meraih mahkota cinta dari syurga
 
&

Izinkan aku meniti di atas hamparan syurgamu
Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ

Tak tahulah orang lain macam mana, tapi Cik Cahaya sangat tersentuh dengan dua part di atas. Rasa macam diri ni sangat jauh daripada DIA..Terasa  selama ni macam tak bersungguh-sungguh pun nak kejar CINTA ALLAH, dan sanggup menyibukkan diri dengan dunia tapi tidak akhirat.

Allah..Allah

Dan, sebenarnya, Cik Cahaya juga sangat suka menonton drama Warkah Cinta lakonan IM Nazrul dan Heliza Helmi. Tak pernah ter'miss walau satu episod. Dan setiap episod meninggalkan kesan yang mendalam buat Cik Cahaya. 
Dua dalam satu.
Berhibur sambil mengambil iktibar.

Seperti kata-kata ini yang selalu dituturkan oleh Amir (IM Nazrul) "Selama-lamanya kelembutan 
takkan pernah tewas dengan kekerasan" sebenarnya mempunyai maksud yang sangat mendalam dan sangat baik untuk diamalkan.

Contoh terbaik kita, RASULULLAH S.A.W, adalah seorang yang sangat tinggi budi pekerti, mulia akhlaknya dan sangat dihormati. Baginda tidak pernah berkeras dengan orang lain hatta orang itu bukan Islam sekalipun. Baginda sentiasa bersikap lembut biarpun dikecam hebat. Dan ALLAH izinkan, dengan sifap baginda yang mulia itulah telah berjaya menarik hati ramai manusia untuk mendekati dan memeluk agama suci ini.

Kita pula bagaimana?

Cik Cahaya sendiri..sangat jauh daripada sifat itu.
Moga-moga Allah bagi kemudahan dan sentiasa menetapkan hati ini untuk terus berada di jalan yang DIA redhai.

Aku tahu aku bukan seorang yang baik
Apatah lagi bergelar solehah
Tapi Allah Maha Tahu
Bahawa aku sedang berusaha ke arah itu

Lelaki baik adalah untuk perempuan yang baik.
Tengok cermin..layakkah aku?
#muhasabah#


 


Comments

  1. Boleh saya tahu maksud sebenar "izinkan aku meniti di ate hmparan syurgaMu, bila saat ku pergi, biarlah cintaku tetap di situ" ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang saya faham, ia satu ucapan munajat seorang hamba buat Tuhannya. Memohon Allah izinkan sentiasa berada di dalam keredhaan-Nya dan juga hati tetap utuh mencintai Allah melebihi segala(izinkan aku meniti di atas hamparan syurga-Mu). Dan seandainya sampai masa ajalnya, dia berharap cintanya buat Allah tetap utuh (bila saat ku pergi, biarlah cintaku tetap di situ). Bagi orang-orang yang beriman cinta Allah itu adalah yang terindah dan penawar kepada segala kedukaan. Sekian. semoga terjawab :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

~Kerana Kita SAHABAT~

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua student 3 rd year foodtech, dan juga buat mereka yang bergelar sahabat.. Sahabat kepada insan bernama Nurul Farhana. Hari ini, Selasa, tanggal 27/12/11, jam 6.51pm, cebisan ini dinukilkan khas buat kamu, sahabat saya. Nukilan ini bukannya apa-apa..sekadar suka-suka. Yelah, tadi masa tengah study (konon2nya rajin study), tiba-tiba teringat pada korang semua. Mesti tengah study juga kan? Bagus2..teruskan kerajinan nak study tu ^_^ Emm..pejam celik pejam celik, dah dekat dua tahun setengah kita bersama-sama kan? Susah senang, suka duka, pahit manis, tawa mahupun tangis, telah berjaya kita redahi. Alhamdulillah.. sekarang, tinggal final exam untuk sem ni yang bakal menjelma kurang seminggu dari sekarang. Semoga Allah memberi kemudahan dan ketenangan kepada kita semua untuk menghadapi imtihan dunia ni. Dan, semoga Allah mengurniakan kejayaan yang cemerlang kepada kita semua..Amiinn.. Sedar tak sedar juga, banyak pengalaman yang cik cahaya (g...
Assalamualaikum :-) Fuhh~~ Dah bersawang blog ni. Pejam celik pejam celik dah dekat 9 bulan tak update any enty. Kalau preggy ni, mesti tengah tunggu due nak bersalin je..Ahakz..Gurau sikit. Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita hingga ke hari ini. Untuk apa? Mesti ada sebab kan? Umur ni diberi bukan untuk sia-sia. Bukan juga untuk terus bersuka-suka. DIA beri kita lebih masa untuk terus perbaiki diri, menambah amalan, memperteguhkan iman dan memantapkan taqwa sebelum kita kembali ke pangkuan-NYA. Ingin "pergi" dalam keadaan indah dan diredhai? Maka hidup juga perlulah dalam keadaan indah dan diredhai. Bagaimana? Kerjakan suruhan-NYA dan jauhi larangan-NYA. Inshaa Allah :-) Ok, selama 9 bulan ni bermacam-macam kejadian berlaku. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Begitulah perjalanan hidup kita sebagai hamba, ye dak? Terimalah takdir hidup kita dengan hati yang terbuka dan penuh positif. Amboih..dah macam pakar motivasi pulak..kikikiki. Alhamduli...

::Persiapkan Diri::

“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-NYA adalah DIA menciptakan isteri-isteri daripada kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-NYA cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran.” (Surah Ar-Rum, ayat 21) Assalamualaikum.. Alhamdulillah, cuti semester sudah pun bermula. Tapi sayang, Cik Cahaya dan sahabat-sahabat yang tengah berLatihan Industri sekarang ini tidak berpeluang bercuti seperti teman-teman yang lain. Selepas tamatnya semester 2011/2012 ni,  ramai jugalah sahabat Cik Cahaya yang memulakan fasa baru dalam kehidupan mereka.. Ada yang sudah mula melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar, ada yang sedang berkira-kira menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, dan tak kurang, ada juga yang dalam perancangan untuk bertunang dan mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan urusan kita semua..Amiinn. Apabila sebut tentang baitul muslim ni, Cik C...