Skip to main content

Musuh Yang Nyata

“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan mengikut syaitan? Sesungguhnya dia adalah musuh kamu yang nyata.” (Yassin : 60)

Syaitan : Daripada abid kepada penderhaka

Iblis laknatullah asalnya bernama Azazil. Pada mulanya, Azazil ini tergolong dalam kalangan makhluk yang 
sangat kuat ibadahnya kepada Allah. Azazil bukanlah calang-calang makhluk kerana ibadahnya boleh disamakan dengan ibadah para malaikat. Namun, malangnya, selepas penciptaan Nabi Adam, Azazil mula berubah sikap. Dia berubah daripada makhluk yang taat menjadi makhluk yang derhaka apabila Allah memerintahkannya sujud (hormat) kepada Nabi Adam. Kisah ini telah dinukilkan dalam al-Quran ;

“ Dan sungguh, Kami telah menciptakan kamu. Kemudian membentuk (tubuh)mu, kemudian Kami berfirman kepada para malaikat, “Bersujudlah kamu kepada Adam ,” maka mereka pun sujud kecuali iblis. Ia (iblis) tidak termasuk mereka yang bersujud. (Allah)  berfirman, “Apakah yang menghalangmu (sehingga)nkamu tidak bersujud (kepada Adam) ketika Aku menyuruhmu? (Iblis) menjawab, “Aku lebih baik daripada dia. Engkau ciptakan aku daripada api sedangkan dia Engkau ciptakan daripada tanah.” (Al-A’raf : 11-12)

Ternyata Azazil telah mengukur tahap kemuliaan itu berdasarkan sifat kejadian. Dia merasakan dirinya lebih mulia daripada Nabi Adam kerana dia dicipta daripada api. Dirinya dipenuhi dengan sifat sombong dan hasad dengki. Justeru, dia telah dilaknat oleh Allah SWT kerana sifat angkuhnya itu. Selepas dilaknat oleh Allah, iblis meminta penangguhan waktu daripada Allah supaya dia dapat menyesatkan kaum manusia dan akan turun bersamanya ke neraka Jahannam!

“Dia (iblis) berkata : “Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, nescaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya kecuali sebahagian kecil.” (Al-Isra’ : 62)

Cara-cara Syaitan merosakkan manusia
-Menjadikan manusia syirik dan kufur kepada Allah.
-Rosakkan iman agar cacat atau tidak sah.
-Lalaikan dan cuaikan manusia untuk beribadah
-Rosakkan keikhlasan dalam beribadah

Antara Kerja-kerja Syaitan

-Menghasut manusia untuk buat jahat
“Awas, jangan kamu ikut langkah syaitan. Sesungguhnya dia musuh yang nyata bagi kamu. Sesungguhnya syaitan itu menyuruh kamu berbuat buruk dan keji, dan supaya kamu mengatakan kepada Allah sesuatu yang kamu sendiri tidak tahu.” (Al-Baqarah : 168-169)

-Menakut-nakutkan manusia
“Syaitan itu sentiasa menjanjikan kamu kemiskinan dan menyuruh kamu melakukan kekejian.” (Al-Baqarah : 268)

-Menyesatkan manusia
“Syaitan itu mahu menyesatkan manusia sejauh-jauh kesesatan.” (An-Nisa : 60)

Al-Kisah
Iblis pernah menjelma di depan Nabi Yahya. Di lehernya ada beberapa kalungan. Lagaknya sangat angkuh memperlihatkan kalungan-kalungan itu. lalu Nabi Yahya bertanya ;

“Kalungan apakah yang kamu pakai itu?”

Jawab iblis, “Kalung-kalung ini ialah nafsu syahwat yang aku dapat dari anak Adam.”

“Adakah kamu berjaya mendapatkannya dari aku? “ soal Nabi Yahya.

“Kalau kamu makan sekenyang-kenyangnya, barulah aku dapat goda kamu supaya malas solat dan berzikir.”

“Selain itu?”

“Tidak ada.”

“Demi Allah, jika begitulah keadaannya, aku tidak akan makan sehingga kenyang lagi,” tegas Nabi Yahya.

Sedarlah iblis, rupa-rupanya dia telah mendedahkan rahsia mudah menggoda manusia supaya lalai dalam membuat amal ibadah.

Jadi, kalau tak nak ‘sedekah’ kalung kepada iblis, makanlah mengikut sunnah Nabi SAW. Makan sebelum lapar, dan berhenti sebelum kenyang.

Sesungguhnya aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam.

Wallahua’lam.

Comments

Popular posts from this blog

~Kerana Kita SAHABAT~

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua student 3 rd year foodtech, dan juga buat mereka yang bergelar sahabat.. Sahabat kepada insan bernama Nurul Farhana. Hari ini, Selasa, tanggal 27/12/11, jam 6.51pm, cebisan ini dinukilkan khas buat kamu, sahabat saya. Nukilan ini bukannya apa-apa..sekadar suka-suka. Yelah, tadi masa tengah study (konon2nya rajin study), tiba-tiba teringat pada korang semua. Mesti tengah study juga kan? Bagus2..teruskan kerajinan nak study tu ^_^ Emm..pejam celik pejam celik, dah dekat dua tahun setengah kita bersama-sama kan? Susah senang, suka duka, pahit manis, tawa mahupun tangis, telah berjaya kita redahi. Alhamdulillah.. sekarang, tinggal final exam untuk sem ni yang bakal menjelma kurang seminggu dari sekarang. Semoga Allah memberi kemudahan dan ketenangan kepada kita semua untuk menghadapi imtihan dunia ni. Dan, semoga Allah mengurniakan kejayaan yang cemerlang kepada kita semua..Amiinn.. Sedar tak sedar juga, banyak pengalaman yang cik cahaya (g...
Assalamualaikum :-) Fuhh~~ Dah bersawang blog ni. Pejam celik pejam celik dah dekat 9 bulan tak update any enty. Kalau preggy ni, mesti tengah tunggu due nak bersalin je..Ahakz..Gurau sikit. Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita hingga ke hari ini. Untuk apa? Mesti ada sebab kan? Umur ni diberi bukan untuk sia-sia. Bukan juga untuk terus bersuka-suka. DIA beri kita lebih masa untuk terus perbaiki diri, menambah amalan, memperteguhkan iman dan memantapkan taqwa sebelum kita kembali ke pangkuan-NYA. Ingin "pergi" dalam keadaan indah dan diredhai? Maka hidup juga perlulah dalam keadaan indah dan diredhai. Bagaimana? Kerjakan suruhan-NYA dan jauhi larangan-NYA. Inshaa Allah :-) Ok, selama 9 bulan ni bermacam-macam kejadian berlaku. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Begitulah perjalanan hidup kita sebagai hamba, ye dak? Terimalah takdir hidup kita dengan hati yang terbuka dan penuh positif. Amboih..dah macam pakar motivasi pulak..kikikiki. Alhamduli...

::Persiapkan Diri::

“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-NYA adalah DIA menciptakan isteri-isteri daripada kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-NYA cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran.” (Surah Ar-Rum, ayat 21) Assalamualaikum.. Alhamdulillah, cuti semester sudah pun bermula. Tapi sayang, Cik Cahaya dan sahabat-sahabat yang tengah berLatihan Industri sekarang ini tidak berpeluang bercuti seperti teman-teman yang lain. Selepas tamatnya semester 2011/2012 ni,  ramai jugalah sahabat Cik Cahaya yang memulakan fasa baru dalam kehidupan mereka.. Ada yang sudah mula melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar, ada yang sedang berkira-kira menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, dan tak kurang, ada juga yang dalam perancangan untuk bertunang dan mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan urusan kita semua..Amiinn. Apabila sebut tentang baitul muslim ni, Cik C...