Skip to main content
KURANGKAN AGENDA MENCARI YANG SOLEH..TAPI BERUSAHALAH MENJADI YANG SOLEHAH..BAIKI DIRIMU DAN AJAKLAH YANG LAIN..SIAPA DIA SEBELUM MENIKAHIMU TIDAKLAH SEPENTING SIAPA DIA SELEPAS MENIKAHIMU..SESIAPAPUN YANG TELAH DITAKDIRKAN, MAKA TERIMALAH DENGAN REDHA..KERANA, SI DIA, ADALAH INSAN YANG ALLAH PILIHKAN UNTUK KAMU.

YA ALLAH..ANDAI BENAR DIA YANG TELAH KAU TAKDIRKAN UNTUK MENJADI IMAMKU, MAKA KAU SATUKANLAH HATI KAMI. JAUHKAN KAMI DARI CINTA YANG MELALAIKAN. BIARLAH CINTA YANG BAKAL DIBINA ADALAH SEMATA-MATA ATAS DASAR KEIMANAN KEPADA-MU.

YA RAHMAN..ANDAI TELAH TERTULIS DI LUH MAHFUZ DIA YANG AKAN MENJADI PEMIMPINKU, MAKA, KAU IKHLASKANLAH HATI AKU UNTUK MENERIMA DIA SEADANYA. DAN, LEMBUTKANLAH HATINYA UNTUK MENERIMA AKU YANG TIDAK SEMPURNA.YA RAHIM, JANGAN KAU BIARKAN CINTAKU PADANYA, MELEBIHI CINTAKU PADA-MU. SERTA, JANGANLAH KAU IZINKAN DIA MENYINTAIKU MELEBIHI CINTANYA PADA-MU. JANGAN..JANGAN YA ALLAH..JANGAN BIARKAN KAMI HANYUT DENGAN CINTA SEMENTARA. JANGAN BIARKAN KAMI TERSUNGKUR DI LEMBAH CINTA MANUSIA.

YA MALIK..ANDAI TAKDIR-MU TELAH MENETAPKAN DIA YANG KAU PILIH MENJADI PAHLAWANKU, MAKA IZINKAN PULA UNTUK AKU MENJADI BIDADARI HATINYA DI DUNIA, DAN MENJADI KETUA BIDADARINYA DI SANA. JUSTERU..BANTULAH AKU DALAM PENGHIJRAHANKU. SERTA BANTULAH DIA DALAM MUJAHADAHNYA.

BUAT DIRI..JAGALAH HATIMU..DAN BANTULAH DIA MENJAGA IMANNYA..JANGAN BIARKAN DIRIMU MENJADI PENYEBAB DIA DITENGGELAMKAN DI DASAR NERAKA..SEBALIKNYA, KUATKANLAH DIA, AGAR DAPAT MEMIMPINMU KE SYURGA.

BUAT DIRIMU BAKAL IMAMKU (walau aku masih tidak tahu siapa kamu, aku berdoa semoga kamu sentiasa di bawah lembayung rahmat Yang Esa)..KUATKAN HATIMU..AKU AKAN MENCINTAIMU SELAGI MANA KAMU MENCINTAI ALLAH DAN RASUL-NYA MELEBIHI KAMU MENYINTAI DIRIKU..NAMUN, JIKA SEBALIKNYA BERLAKU, MAKA, CINTAKU JUGA AKAN HILANG DIPUKUL ANGIN BAYU. AKU INGIN BERSAMA BERGANDINGAN DENGANMU..BERPIMPIN TANGAN..KE SYURGA IDAMAN..BERTEMU TUHAN..DENGAN PENUH KEGEMBIRAAN..

Comments

Popular posts from this blog

~Kerana Kita SAHABAT~

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua student 3 rd year foodtech, dan juga buat mereka yang bergelar sahabat.. Sahabat kepada insan bernama Nurul Farhana. Hari ini, Selasa, tanggal 27/12/11, jam 6.51pm, cebisan ini dinukilkan khas buat kamu, sahabat saya. Nukilan ini bukannya apa-apa..sekadar suka-suka. Yelah, tadi masa tengah study (konon2nya rajin study), tiba-tiba teringat pada korang semua. Mesti tengah study juga kan? Bagus2..teruskan kerajinan nak study tu ^_^ Emm..pejam celik pejam celik, dah dekat dua tahun setengah kita bersama-sama kan? Susah senang, suka duka, pahit manis, tawa mahupun tangis, telah berjaya kita redahi. Alhamdulillah.. sekarang, tinggal final exam untuk sem ni yang bakal menjelma kurang seminggu dari sekarang. Semoga Allah memberi kemudahan dan ketenangan kepada kita semua untuk menghadapi imtihan dunia ni. Dan, semoga Allah mengurniakan kejayaan yang cemerlang kepada kita semua..Amiinn.. Sedar tak sedar juga, banyak pengalaman yang cik cahaya (g...
Assalamualaikum :-) Fuhh~~ Dah bersawang blog ni. Pejam celik pejam celik dah dekat 9 bulan tak update any enty. Kalau preggy ni, mesti tengah tunggu due nak bersalin je..Ahakz..Gurau sikit. Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita hingga ke hari ini. Untuk apa? Mesti ada sebab kan? Umur ni diberi bukan untuk sia-sia. Bukan juga untuk terus bersuka-suka. DIA beri kita lebih masa untuk terus perbaiki diri, menambah amalan, memperteguhkan iman dan memantapkan taqwa sebelum kita kembali ke pangkuan-NYA. Ingin "pergi" dalam keadaan indah dan diredhai? Maka hidup juga perlulah dalam keadaan indah dan diredhai. Bagaimana? Kerjakan suruhan-NYA dan jauhi larangan-NYA. Inshaa Allah :-) Ok, selama 9 bulan ni bermacam-macam kejadian berlaku. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Begitulah perjalanan hidup kita sebagai hamba, ye dak? Terimalah takdir hidup kita dengan hati yang terbuka dan penuh positif. Amboih..dah macam pakar motivasi pulak..kikikiki. Alhamduli...

::Persiapkan Diri::

“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-NYA adalah DIA menciptakan isteri-isteri daripada kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-NYA cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran.” (Surah Ar-Rum, ayat 21) Assalamualaikum.. Alhamdulillah, cuti semester sudah pun bermula. Tapi sayang, Cik Cahaya dan sahabat-sahabat yang tengah berLatihan Industri sekarang ini tidak berpeluang bercuti seperti teman-teman yang lain. Selepas tamatnya semester 2011/2012 ni,  ramai jugalah sahabat Cik Cahaya yang memulakan fasa baru dalam kehidupan mereka.. Ada yang sudah mula melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar, ada yang sedang berkira-kira menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, dan tak kurang, ada juga yang dalam perancangan untuk bertunang dan mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan urusan kita semua..Amiinn. Apabila sebut tentang baitul muslim ni, Cik C...