Skip to main content

DEBU SEMALAM

Semalam, merupakan perkara paling jauh yang ditinggalkan. Tidak akan kembali biarpun dibayar dengan emas permata. Tidak akan berulang meskipun mutiara dan berlian ditawar di depan mata. Semalam yang kelam dan suram, biarkan terus pergi jauh ke belakang. Semalam yang penuh debu dosa dan noda, relakan ia berlalu jangan kembali.

Izinkanlah untuk aku duduk bersinggah. Dan menghirup sisa malam tanpa cahaya. Barangkali ini bukan tempat terakhir. Aku harus terbang pergi dalam derita..

Seorang insan sedang merenung jauh ke depan. Ruang gelap di sekeliling tidak langsung dihiraukan. Keluhan demi keluhan dilepaskan. Bukan menyesali nasib yang ditakdirkan Tuhan. Jauh sekali mempersoalkan kenapa dan mengapa diri diciptakan. Ya, dalam Al-Quran jelas sang PENCIPTA menyatakan ; “Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-KU.” Justeru, apa yang ingin dipersoalkan? Apa yang ingin diperkatakan? Hidup adalah untuk beribadah kepada Tuhan yang Maha Satu. Tuhan yang menciptakan sesuatu daripada tiada kepada ada. Dia yang menciptakan siang untuk manusia berkerja, dan menjadikan malam supaya manusia dapat beristirehat. Dia juga yang menciptakan manusia dari air yang hina. Ditinggikan darjat menjadi khalifah di dunia. Biarpun pernah diragukan oleh para malaikat yang penuh setia, namun, Dia lebih mengetahui tentang makhluk ciptaan-NYA.

Resah dan gelisah ku rasa, hidup penuh pancaroba. Roda masa pantas berputar, menduga iman di dada. Dan aku yang lena dan terleka tenggelam di lautan dunia. Kabur pandangan mataku, pada nikmat yang menggunung. Mendustakan kurniaan-MU, dibaurkan kalung menghukum. Keangkuhanku kian hancur, lantas ku jatuh dan tersungkur.

Kaki diatur lemah ke bilik air. Paip air dipulas perlahan. Aliran air yang jernih mengalir laju  dan menimpa lantai. Satu-persatu anggota wudhuk dibasahi oleh air. Sejuk. Dingin. Damai.
Allahuakbar.. Takbir diangkat. Dalam tenang, bacaan dalam solat dibaca penuh kesungguhan. Terputuslah sebentar segala urusan dunia. Tiada wang. Tiada harta. Tiada pangkat mahupun keluarga. Yang ada kini hanya diri yang hina. Sedang menghadap DIA yang Maha Esa. Penuh kekhusyukan berdua dengan-Nya. Terasa tenang dan damainya jiwa.

Tundukku malu di depan-Mu. Kernaku insan berdosa. Ku adukan sesalanku. Apakah kau terima?

Titisan air jernih mula mengalir dari kelopak mata. Sungguh, diri terasa sangat hina dan kerdil di depan-Mu Tuhan. Tidak dapat lagi ditahan sebak di dada, dan tidak tertanggung lagi kesedihan yang menggunung di jiwa. Lalu, pada-Mu layaknya insan ini bersujud. Pada-Mu sahaja satu-satunya tempat untuk mengadu. Kerana semuanya adalah milik-MU.

Pada-MU saja aku mengadu. Resah gelora yang menghempas kalbu. Terasa berat namun apa dayaku luahkan walau sarat. Terasa malu pada-MU. Akulah insan, sejuta dosa. Tiada mengenal erti kesalahan. Berkali-kali terus masih terulang segala kesilapan. Meski ku tahu pedihnya….

Sungguh Ya Allah.. kesunyian ini menyedarkan diri yang telah lama lena. Lena dibuai mimpi indah dunia yang sementara.

Dalam sunyi..terdengar sayup-sayup suara memuji-MU.

Telah terdengar suara. Memanggil memuji Yang Esa. Menyeru muslimin dan juga muslimat untuk segera bersolat. Suara azan di langit tinggi mengAgungkan-MU, puji serta memuja, Allahuakbar! Oh azan, mendayu, ingatan lima waktu panggilan menyembah-MU Tuhan Yang Satu.

Dalam kelam..tiba-tiba terpancar cahaya indah-MU.

Suluhkan cahaya menerangi mataku. Suluhkan cahaya biasan benar cinta-MU. Kau tenangkan hatiku yang rawan. Bimbang Kau singkirkan taubatku. Ku rayu kali ini keampunan-MU padaku. Telahku zalimi diriku.

SUBHANALLAH. ALHAMDULILLAH. ALLAHUAKBAR!
Segala puji dan puja hanya untuk-MU. Tuhan yang berhak membolak-balikkan hati manusia. Hanya DIA sahaja yang berhak memberi cahaya hidayah-NYA kepada hamba yang dikehendaki.

Ku langkahkan kaki ini. Dihangatkan mentari pagi. Ku syukuri hari ini. Aku masih berdiri. Dan, aku tinggalkan masa kelabu. Dan, aku mulakan jalannya kerna-MU…Aku tak akan berhenti berlari wujudkan mimpi. Terus berlari, agar hidup ini bererti… Jatuh bangkit aku kembali. Susah payah aku tak peduli. Kerna hidupku hanya sekali.

Wahai insan, jika telah hadir cahaya hidayah itu dalam hidupmu, maka gapai dan dakaplah ia segera. Jangan ditangguh. Jangan dilengah. Kerana dirimu mungkin tidak akan ada peluang buat kali kedua untuk memperolehinya.

Bersyukur hanya pada-MU Tuhan. Kau berikan langit yang indah. Dan cinta-MU bagai air di tandus Sahara. Tempatku melepas dahaga.

Jangan biarkan semalam yang kelam mempengaruhi hidup kita hari ini.

Jangan biarkan kesilapan hari ini mempengaruhi masa depan.

Sebaliknya, jadikan kelam semalam sebagai sumbu mencerahkan masa depan.

Dan, jadikan kesilapan hari ini sebagai bentengan supaya tidak mengulanginya buat kali kedua. Kerana seorang Muslim itu tidak akan membiarkan dirinya jatuh ke lubang yang sama dua kali!

Janjiku pada-MU, abdikan seluruh jiwa sehingga masanya KAU seru hujung nyawaku. Tak ku ketemu di manakah hentinya rayuan taubatku pada-MU.

Comments

Popular posts from this blog

~Kerana Kita SAHABAT~

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua student 3 rd year foodtech, dan juga buat mereka yang bergelar sahabat.. Sahabat kepada insan bernama Nurul Farhana. Hari ini, Selasa, tanggal 27/12/11, jam 6.51pm, cebisan ini dinukilkan khas buat kamu, sahabat saya. Nukilan ini bukannya apa-apa..sekadar suka-suka. Yelah, tadi masa tengah study (konon2nya rajin study), tiba-tiba teringat pada korang semua. Mesti tengah study juga kan? Bagus2..teruskan kerajinan nak study tu ^_^ Emm..pejam celik pejam celik, dah dekat dua tahun setengah kita bersama-sama kan? Susah senang, suka duka, pahit manis, tawa mahupun tangis, telah berjaya kita redahi. Alhamdulillah.. sekarang, tinggal final exam untuk sem ni yang bakal menjelma kurang seminggu dari sekarang. Semoga Allah memberi kemudahan dan ketenangan kepada kita semua untuk menghadapi imtihan dunia ni. Dan, semoga Allah mengurniakan kejayaan yang cemerlang kepada kita semua..Amiinn.. Sedar tak sedar juga, banyak pengalaman yang cik cahaya (g...
Assalamualaikum :-) Fuhh~~ Dah bersawang blog ni. Pejam celik pejam celik dah dekat 9 bulan tak update any enty. Kalau preggy ni, mesti tengah tunggu due nak bersalin je..Ahakz..Gurau sikit. Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita hingga ke hari ini. Untuk apa? Mesti ada sebab kan? Umur ni diberi bukan untuk sia-sia. Bukan juga untuk terus bersuka-suka. DIA beri kita lebih masa untuk terus perbaiki diri, menambah amalan, memperteguhkan iman dan memantapkan taqwa sebelum kita kembali ke pangkuan-NYA. Ingin "pergi" dalam keadaan indah dan diredhai? Maka hidup juga perlulah dalam keadaan indah dan diredhai. Bagaimana? Kerjakan suruhan-NYA dan jauhi larangan-NYA. Inshaa Allah :-) Ok, selama 9 bulan ni bermacam-macam kejadian berlaku. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Begitulah perjalanan hidup kita sebagai hamba, ye dak? Terimalah takdir hidup kita dengan hati yang terbuka dan penuh positif. Amboih..dah macam pakar motivasi pulak..kikikiki. Alhamduli...

::Persiapkan Diri::

“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-NYA adalah DIA menciptakan isteri-isteri daripada kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-NYA cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran.” (Surah Ar-Rum, ayat 21) Assalamualaikum.. Alhamdulillah, cuti semester sudah pun bermula. Tapi sayang, Cik Cahaya dan sahabat-sahabat yang tengah berLatihan Industri sekarang ini tidak berpeluang bercuti seperti teman-teman yang lain. Selepas tamatnya semester 2011/2012 ni,  ramai jugalah sahabat Cik Cahaya yang memulakan fasa baru dalam kehidupan mereka.. Ada yang sudah mula melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar, ada yang sedang berkira-kira menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, dan tak kurang, ada juga yang dalam perancangan untuk bertunang dan mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan urusan kita semua..Amiinn. Apabila sebut tentang baitul muslim ni, Cik C...