Skip to main content

S.A.H.A.B.A.T


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w..
Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah kerana masih membenarkan diri ini bernafas, masih mengizinkan nadi ini berdenyut dan masih memberi kesempatan untuk jari-jemari ini menari-nari di atas keyboard untuk berkongsi cerita, kisah dan pengalaman diri yang serba kekurangan.
Setelah sekian lama menyepi (*ayt mcm org glamer je) kerana terlalu sibuk dengan test 1, akhirnya hari ni dapat juga kesempatan nak menulis entry baru. Alhamdulillah. Hari ni tiba2 rasa nak bercakap tentang sahabat..eh, bukan cakap tapi tulis lah..( adoii, mana leh cakap kat sini)..ok kembali kepada topik, sahabat dan persahabatan..
Kenapa nak cakap tentang sahabat?? Sebab sahabat adalah org yang penting dalam hidup kita selepas keluarga, lebih-lebih lagi student macam kita ni. Dahlah jauh daripada family, kalau kita tak ada sahabat ke, kawan ke, jiran ke, mesti hidup kita susah kan? So, sebagai manusia biasa dan normal, kita memang perlukan sahabat dalam hidup kita. Jangan sesekali  cakap kita tak perlukan sahabat. Jangan jadi kera sumbang(kesian kera, dia jugak yg kena). Jangan kata aku boleh hidup sendiri..Jangan..jangan..dan jangan.. kita masih perlukan org di sekeliling kita. Kita dilahirkan dengan penuh kekurangan, jadi kekurangan itu sedikit sebanyak dapat diperbaiki dengan adanya sahabat yang baik di sekeliling kita. insyaAllah.. Tetapi perlu diingat, kita perlu memilih sahabat yang betul. Pilihlah sahabat yang boleh membawa kita ke jalan kebaikkan, jalan ketaqwaan, jalan yang penuh hikmah dan jalan yang dipenuhi keikhlasan ukhwah lillahita’ala..

SAHABAT YANG BERIMAN IBARAT MENTARI YANG MENYINAR. SAHABAT YANG SETIA BAGAI PEWANGI YANG MENGHARUMKAN. SAHABAT SEJATI MENJADI PENDORONG IMPIAN. SAHABAT BERHATI MULIA MEMBAWA KITA KE JALAN ALLAH”

SAHABAT YANG BAIK ADALAH YANG ORANG YANG BERCAKAP BENAR,
DAN BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA

Kata2 hikmah di atas telah menonjolkan beberapa ciri dan keperibadian seorang sahabat yang baik dan solehah.. sahabat yang baik dan mengasihi kita kerana Allah sudah tentu akan sentiasa mengingatkan kita tentang keAgunganNya bukan? Tidak betah melihat kita terleka walau sesaat cuma. Indahnya hidup ini andai dikelilingi oleh sahabat yang solehah. Tapi, jika kita inginkan sahabat yang baik, kita dulu kena melatih diri kita menjadi sahabat yang baik. Bukankah bayangan diri kita dapat dilihat dalam kelakuan sahabat kita kepada kita.. Jadi, wahai diri, jadilah sahabat yg baik buat sahabat2mu..:-)

"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari  sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"
( Saidina Ali)

" Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"
(Saidina Ali)


Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan kepadaku sahabat2 yang baik. Sahabat2 yang sentiasa ada di kala susah dan senang, di saat suka dan duka, malah tetap setia ketika ketawa mahupun ketika berendam airmata. Buat teman2 rapat di era persekolahan terutama raihanah, izanie, aznieza, hanis, syafiqah..thnx 4 everything..Buat sahabat2 seangkatan di medan matrikulasi terutama nurlina, dewi, saf, k.yani, romah, iera, are2, ija, amal..moga ukhwah ini kekal selamanya.. Dan buat srikandi2 seperjuangan di UPM terutama ainni, sharul, k.kristina, raja farhana, putri, dayah, mai, ila, k.nad, k.anis, nabilah, ain, dan liza..teguhkan ukhwah ini dengan keikhlasan berkasih sayang kerana Allah, moga dapat bertemu kalian semua di Jannah milikNya.. insyaAllah.. dan buat kawan2 lain yang tidak ada namanya di sini usah risau, diri ini tidak pernah melupakan kalian… ( Nape tetiba rasa macam touching ni )

KONKLUSINYA:

 “Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara” (Surah Al-Hujurat : Ayat 10)

Comments

  1. a friend in need is a friend indeed...
    syukran jazilan waillaliqa'....
    xie xie ni...
    zhaijian...
    assalamuaalaikum...^^

    ReplyDelete
  2. liza.bape byk bahasa yg ko guna nih..hihi
    waalaikumusalam..:-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

~Kerana Kita SAHABAT~

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua student 3 rd year foodtech, dan juga buat mereka yang bergelar sahabat.. Sahabat kepada insan bernama Nurul Farhana. Hari ini, Selasa, tanggal 27/12/11, jam 6.51pm, cebisan ini dinukilkan khas buat kamu, sahabat saya. Nukilan ini bukannya apa-apa..sekadar suka-suka. Yelah, tadi masa tengah study (konon2nya rajin study), tiba-tiba teringat pada korang semua. Mesti tengah study juga kan? Bagus2..teruskan kerajinan nak study tu ^_^ Emm..pejam celik pejam celik, dah dekat dua tahun setengah kita bersama-sama kan? Susah senang, suka duka, pahit manis, tawa mahupun tangis, telah berjaya kita redahi. Alhamdulillah.. sekarang, tinggal final exam untuk sem ni yang bakal menjelma kurang seminggu dari sekarang. Semoga Allah memberi kemudahan dan ketenangan kepada kita semua untuk menghadapi imtihan dunia ni. Dan, semoga Allah mengurniakan kejayaan yang cemerlang kepada kita semua..Amiinn.. Sedar tak sedar juga, banyak pengalaman yang cik cahaya (g...
Assalamualaikum :-) Fuhh~~ Dah bersawang blog ni. Pejam celik pejam celik dah dekat 9 bulan tak update any enty. Kalau preggy ni, mesti tengah tunggu due nak bersalin je..Ahakz..Gurau sikit. Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita hingga ke hari ini. Untuk apa? Mesti ada sebab kan? Umur ni diberi bukan untuk sia-sia. Bukan juga untuk terus bersuka-suka. DIA beri kita lebih masa untuk terus perbaiki diri, menambah amalan, memperteguhkan iman dan memantapkan taqwa sebelum kita kembali ke pangkuan-NYA. Ingin "pergi" dalam keadaan indah dan diredhai? Maka hidup juga perlulah dalam keadaan indah dan diredhai. Bagaimana? Kerjakan suruhan-NYA dan jauhi larangan-NYA. Inshaa Allah :-) Ok, selama 9 bulan ni bermacam-macam kejadian berlaku. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Begitulah perjalanan hidup kita sebagai hamba, ye dak? Terimalah takdir hidup kita dengan hati yang terbuka dan penuh positif. Amboih..dah macam pakar motivasi pulak..kikikiki. Alhamduli...

::Persiapkan Diri::

“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-NYA adalah DIA menciptakan isteri-isteri daripada kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-NYA cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran.” (Surah Ar-Rum, ayat 21) Assalamualaikum.. Alhamdulillah, cuti semester sudah pun bermula. Tapi sayang, Cik Cahaya dan sahabat-sahabat yang tengah berLatihan Industri sekarang ini tidak berpeluang bercuti seperti teman-teman yang lain. Selepas tamatnya semester 2011/2012 ni,  ramai jugalah sahabat Cik Cahaya yang memulakan fasa baru dalam kehidupan mereka.. Ada yang sudah mula melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar, ada yang sedang berkira-kira menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, dan tak kurang, ada juga yang dalam perancangan untuk bertunang dan mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan urusan kita semua..Amiinn. Apabila sebut tentang baitul muslim ni, Cik C...