Skip to main content

DESTINASI HATI (part 2)


Tetapi, aku tahu aku tidak mampu menjadi seperti mereka kerna aku hanya insan biasa yang penuh dosa dan  aku juga tahu aku tidak setabah mereka kerna hatiku sendiri sering goyah dengan nafsu dunia. Ya, Allah..bantulah aku..
Aisyah menutup diari yang sudah menjadi teman hidupnya sekian lama. Setiap apa yang berlaku, setiap detik yang berlalu dan setiap peristiwa yang terjadi dalam hidupnya diabadikan sepenuhnya dalam diari kecil berwarna biru itu. Suatu masa dahulu, Aisyah memang tidak suka menulis diari, apatah lagi membawanya ke sana-sini. Tetapi, segalanya telah berubah kini. Setelah kehilangan kakak tercinta beberapa tahun yang lalu, buku kecil itulah menjadi tempatnya bercerita. Buku kecil itu juga tempat dia meluahkan kegembiraan malah buku itu juga tempatnya menghamburkan kesedihan. ‘Sekarang baru Aisyah tahu mengapa kak Fatin suka menulis diari dulu. Perasaan menjadi sedikit tenteram apabila semuanya sudah diluahkan. Syukur, Alhamdulillah.’
*          *          *          *          *          *          *          *          *          *          *
Jam menunjukkan pukul 2.15 petang. Keadaan di luar blok penginapan Kolej Keenam UPM sunyi sepi. Mungkin ramai pelajar sedang berada di fakulti, menghadiri kuliah mahupun sedang berhempas-pulas menjalankan experiment dalam kelas amali.. Tidak kurang pula ramai yang lebih gemar mengurung diri di dalam bilik masing-masing. Cuaca yang dingin dan sejuk kerana hujan lebat sebentar tadi menambahkan lagi  keseronokkan untuk berehat dan bermalas-malasan di atas katil.
Aisyah memerhati teman sebiliknya, Hidayatul Husna yang sedang sibuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Pelajar jurusan sains bioteknologi itu memang cukup komited dengan setiap tugasannya. Gadis pintar yang sentiasa tersenarai sebagai penerima anugerah dekan setiap semester itu tidak pernah sesekali menangguh setiap pekerjaan yang patut dilakukan. Walaupun aktif di kolej dan fakulti, tetapi resultnya tidak pernah mengecewakan. Aisyah sangat bangga mempunyai teman seperti Husna.
“Aisyah ada kelas lagi ke?” soal Husna memecahkan kesunyian bilik kecil itu. Dia lantas memandang ke arah Aisyah yang sedang membetul-betulkan lipatan tudungnya.
“A’ah. Hari ini Aisyah habis kelas pukul 6.00 petang, insyaAllah,” jawab Aisya ringkas.
“Petang nanti Aisyah tak payah beli makanan ya. Adik Husna nak datang, nanti kita pergi makan sama-sama,” pesan Husna sambil melemparkan sebuah senyuman buat Aisyah.
“Eh, seganlah Aisyah. Adik Husna kan tak kenal Aisyah, nanti apa pula dia kata,” Aisyah cuba menolak. Bukannya dia tidak mahu keluar makan bersama Husna, cuma dia memang segan untuk bertemu dengan adik kembar Husna, Hidayatul Karina.
“Apa yang nak disegankan, adik Husna tu perempuan juga. Boleh ya,” pujuk Husna. Dia memang sudah lama ingin memperkenalkan Karina dengan Aisyah, cuma masa sahaja yang tidak mengizinkan.
“InsyaAllah..” jawapan ringkas Aisyah itu sudah cukup bagi menggembirakan Husna. “Oklah, Aisyah pergi kelas dulu ya, assalamualaikum.”
“Waalaikumusalam..” Husna tersenyum gembira. Wajah Karina mulai menari-nari di matanya. Walaupun menuntut di universiti yang sama, tetapi mereka jarang berjumpa disebabkan kesibukkan masing-masing. Tambahan pula adiknya yang merupakan pelajar sains perubatan itu tinggal nun jauh di kolej 17. Walaupun adiknya memandu kereta sendiri, namun kekangan masa telah membataskan pertemuan mereka. Tidak sabar rasanya untuk bertemu Karina malam nanti untuk melerai rindu yang menjalar di dalam dada.
Hujan masih turun renyai-renyai ketika Aisyah melangkah keluar untuk ke kelas. Tangannya pantas membuka payung berwarna merah jambu yang baru dibelinya semalam untuk melindungi diri daripada terkena manik-manik halus hujan yang masih bersisa. Dia berjalan pantas supaya tidak ditinggalkan bas yang bergerak setiap 20 minit sekali. Dalam masa yang sama otaknya ligat berfikir mengapa Husna beria-ria mahu memperkenalkannya dengan Karina. ‘Mungkin dia hanya mahu aku mengenali adik kembarnya itu. Tidak salah kan? Lagipun, aku dah selalu dengar Husna bercerita tentang Karina sebelum ini, apa salahnya aku berkenalan dengn dia pula,’ dia bermonolog sendiri. Aisyah dapat rasakan Husna sangat menyayangi Karina. Mana tidaknya, Karina kan kembar Husna. Karina umpama jelmaan dirinya sendiri. Sebab itulah mereka tidak dapat dipisahkan langsung. Itulah seronoknya kalau mempunyai saudara kembar. Aisyah tersenyum sendiri.

“Aisyah, inilah Karina, adik Husna,” Husna memperkenalkan Karina kepada Aisyah.
Aisyah tersenyum mesra ke arah gadis manis di hadapannya. “Aisyah, roommate Husna,” Aisyah memperkenalkan diri sambil menghulur tangan bagi mengeratkan ukhwah. Tangannya di sambut dan digenggam erat oleh Karina, tanda ikatan ukhwah mulai dibaja di hati masing-masing. Mata Aisyah terpegun melihat Karina. Sungguh, wajah Karina saling tidak tumpah seperti Husna. Susah untuk membezakan saudara kembar ini. Kedua-duanya berkaca mata dan berlesung pipit. Kalau tidak diperhati betul-betul, mungkin akan tertukar. 
“Husna selalu cerita tentang Aisyah pada saya,” Karina memulakan perbualan. Aisyah tersenyum. “Husna kata awak seorang gadis yang baik, lemah-lembut, bijak dan petah berkata-kata,” puji Karina. Dia bukan bermanis mulut semata-mata, tapi itu hakikat yang sering diceritakan oleh Husna yang menyebabkan dia teringin sekali bertemu dengan gadis itu.
“Husna terlalu memuji saya. Hakikatnya, saya hanya insan biasa yang penuh dengan kekurangan,” balas Aisyah. Karina senyum. Dia bertambah kagum dengan sikap Aisyah yang merendah diri. Benar kata Husna, Aisyah lebih gemar mengebut kekurangan dirinya berbanding kelebihan yang dimiliki. “Pada saya, Husna yang memiliki sifat begitu. Begitu juga dengan Karina. Melalui cerita tentang Karina yang pernah saya dengar daripada Husna, saya dapat agak yang Karina juga memiliki sifat seperti Husna. Baik, lemah-lembut dan bijak,” Aisyah membalikkan pujian kepada pasangan kembar di hadapannya sambil bibirnya tidak lekang dengan senyuman.
“Alhamdulillah.. setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Semuanya anugerah daripada Allah kan?” kata-kata Husna disambut dengan anggukkan daripada Aisyah dan Karina. Pertemuan mereka malam ini dipenuhi dengan perkongsian ilmu dan pelbagai cerita mengenai diri masing-masing. ‘Semoga ukhwah yang terjalin diberkati olehNya,’ Aisyah berdoa di dalam hati.
            *          *          *          *          *          *          *          *          *          *          *
Iman mengosok-gosok matanya yang semakin berat. Matanya mengantuk. Sudah hampir tiga jam dia menelaah pelajaran tanpa henti. Ini semua adalah sebagai persediaan menghadapi kuiz yang bakal diadakan pada bila-bila masa. Sikap pensyarahnya yang sukar diduga itu menyebabkan Iman sentiasa bersiap-sedia menghadapi sebarang kemungkinan.
“Assalamualaikum,” terdengar suara memberi salam disertai dengan ketukan di pintu biliknya. Nazia yang kebetulan sedang berdiri pantas menjawab salam dan membuka pintu. “Maaf mengganggu malam-malam ni, kak Iman ada?” Iman dapat menangkap pertanyaan pemilik suara tersebut. Dia lantas ke muka pintu untuk melihat siapa yang sedang mencarinya.
“Oh Anis rupanya. Masuklah,” Iman mempelawa tetamunya itu masuk. “Kenapa Anis datang lewat malam macam ni, bahaya. Anis ada hal penting nak beritahu akak ya?” soal Iman mesra. Dia tidak mahu Anis tersinggung dengan pertanyaannya. Sejujurnya dia risau adik halaqohnya itu berjalan seorang diri di waktu tengah malam begini. Walaupun mereka tinggal di kolej kediaman, tetapi sebagai perempuan, mereka masih perlu berhati-hati.
“Anis dah tak ada apa-apa dengan Imran,” ada getaran pada nada suara Anis. Iman menanti ayat seterusnya keluar dari mulut Anis Khadijah. “Anis sudah tekad putuskan hubungan kami kak. Sekarang Anis betul-betul dah sedar kesilapan yang Anis buat. Anis tak mahu terus melakukan kesilapan lagi,” luah Anis Khadijah. Butir-butir mutiara yang jernih mulai menitis ke pipinya. Wajahnya ditundukkan ke lantai. Tangannya digenggam kemas. Anis Khadijah sedang mengumpul kekuatan untuk meneruskan bicara. Iman mengusap-usap lembut bahu Anis Khadijah. Nazia yang sedang duduk di atas katil sambil membaca nota mula mencari wajah gadis itu. Cerita Anis Khadijah membantutkan niatnya untuk terus membaca. Dia lantas mengambil tempat di sebelah Iman dan cuba melontar sedikit kekuatan ke dalam hati Anis. Walaupun dahulu mereka tidaklah serapat mana, tetapi disebabkan Anis sering berkunjung ke bilik mereka untuk bertemu Iman, secara tidak langsung mereka berdua turut berkawan baik.
“Adikku sayang, akak bangga dengan keputusan Anis. Akak faham kesedihan yang Anis alami sekarang, tapi ingatlah dik, kesedihan itu pasti akan diganti dengan kegembiraan. Allah itu Maha Adil. Anis memilih untuk mencari cinta Allah daripada cinta Imran, nescaya Allah akan memberi kekuatan kepada Anis, insyaAllah,” Iman bersuara bagi memberi sedikit kekuatan kepada Anis. Nazia disebelahnya mengangguk-anggukan kepala tanda setuju. Anis memandang wajah tenang milik Iman lantas melemparkan senyuman. Luka dihatinya sedikit terubat dengan perhatian Iman dan Nazia. ‘Indahnya hidup ini bila dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang baik seperti mereka,’ desis hati kecil Anis.
“Kak Iman ada something nak beri pada Anis,” kata Iman sambil langkah kakinya diatur menuju ke meja belajar. Bebola matanya ligat mencari nama buku yang dibelikan khas buat Anis. Sahabat-sahabat usrahnya yang lain seperti Aisyah, Ainni dan Nazia juga mendapat hadiah buku daripadanya beberapa hari yang lalu. Iman memang gemar membaca. Setiap minggu pasti akan ada buku baru yang akan dibelinya. Hatinya yang sentiasa dahagakan ilmu  menyebabkan dia tidak pernah menyesal menghabiskan berpuluh-puluh ringgit semata-mata untuk membeli buku. Jadi apa salahnya kali ini dia menghadiahkan buku buat teman-temannya pula. Tidak akan rugi sama sekali. InsyaAllah.
Setelah puas meneliti, akhirnya dia menjumpai buku yang dicari. Tangannya lantas mencapai sebuah buku yang terselit kemas bersama puluhan buku koleksi peribadinya itu. Dia kembali mengambil tempat di sisi Anis sambil menghulurkan buku tersebut. Buku bertajuk Tentang Cinta : Jika tepat masa, ketika, keadaan dan siapa, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya, hasil tulisan Pahrol Mohd Juoi dan terbitan Telaga Biru itu bertukar tangan. Anis tersenyum setelah membaca tajuk buku tersebut. Memang tepat pada masanya. Dia memang sangat memerlukan buku-buku seperti itu sekarang.
“Terima kasih kak Iman. Tak sangka kak Iman lebih cepat mencari penawarnya daripada saya sendiri,” kata Anis sambil diiringi tawa kecil.
“Sama-sama. Allah jua yang menggerakkan hati akak untuk membeli buku itu buat Anis. Apa yang boleh akak nasihatkan, Anis kena sentiasa ingat Allah dalam apa jua keadaan dan ketika. Kalau boleh, perbanyakkan membaca Al-Quran dan sentiasa basahkan lidah dengan zikrullah. Itulah penawar yang paling mujarab. Allah berfirman dalam surah ar-Ra'd ayat 28 yang bermaksud ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Jadi jangan sesekali biarkan hati kita sunyi daripada mengingati Allah,” nasihat Iman lembut.
“Betul kata kak Iman. Buat masa sekarang, Anis jangan ingat perkara-perkara yang lepas. Itu semua sudah berlalu. Anis perlu pandang ke depan. Perjalanan kita sebagai khalifah insyaAllah masih panjang. Jangan sia-siakan masa yang Allah bagi untuk hal yang remeh-temeh macam ini lagi. Serahkan semuanya kepada Allah kerana Dia lebih Mengetahui apa yang terbaik buat kita,” sambung Nazia pula.

Bersambung...(^_^)

Comments

  1. x sba nk tggu sambungannyer... besh^^

    ReplyDelete
  2. thnx una..dah ada sambungannya..citer ni agak pnjang..meleret2 sket..hihi..pinjam nama HUSNA..:-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

[Lirik : Warkah Cinta Berbau Syurga]

Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa Setiap untai kata yang termaktub Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga Simpanan batinku hampir terbelah Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa Antara iman dan nafsu aku berjuang Meraih mahkota cinta dari syurga Chorus: Biar beribu parut luka menghiris kalbu Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar Sekalipun diriku terbuang di mata insan Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ [Selama-lamanya kelembutan   takkan pernah tewas dengan kekerasan] [Ulang Chorus] Cintaku ini... Lagu: Bazli Unic Lirik: Ustaz A.Ubaidillah Alias Studio Rakaman : Unic Terbitan: Al-Kahfi Pictures Sdn.Bhd. Entah kenapa Cik Cahaya suka sangat dengan lirik lagu ini..First time dengar terus jatuh cinta gituu..Lagu ni, pada Cik Cahaya mempunyai makna yang sanga

Bahagiakan Diri Dengan Kebahagiaan Orang Lain

Pernah terjadi tak, Ada satu masa, kita nak ceritakan masalah kita pada seseorang. Nak luahkan perasaan sedih kita. Nak menangis dan meminta nasihat dia. Tapi, belum sempat kita buka mulut, orang tersebut terlebih dahulu menceritakan masalah dia. Terlebih dahulu meluahkan perasaan sedih dan meminta kita menasihati dia. Pernah terjadi tak? Apa tindakan kita ketika itu? Terus meminjamkan telinga untuk mendengar masalah dia,walaupun ketika itu hati kita sendiri sedang terluka,  atau terus berkata "aku pun ada masalah!" dan membiarkan orang itu terus bersendirian menanggung kesedihan? #MUHASABAH# Ketika kita rasa kita lah yang paling sedih, paling terluka, paling lemah, paling sakit..saat itu ALLAH hadirkan orang lain kepada kita, agar kita sedar bahawa ada orang lain yang lebih sakit, lebih terluka, lebih lemah dan lebih sakit daripada kita. Ketika kita rasa kita lah yang paling susah, ALLAH temukan kita dengan orang lain yang lebih susah daripada kita. Mengapa? Kera

~Berakhirnya Semester 5~

Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. Final exam dah habis..yahuu!! Bila final exam dah habis, maka dengan ini dengan rasminya telah berakhirlah semester 5 saya.. suke2!!  Dan..semester akan datang, saya dan sahabat-sahabat seperjuangan akan mula melangkah ke alam pekerjaan..Cewahh..Bukan dah start kerja, tapi latihan industri je..Kira berkerja lah juga kan? kan? Disebabkan tempoh latihan industri kami ni terlampau lama, dalam 6 bulan gitu, jadi saya rasa...saya pasti akan merindui kalian-kalian semua..Terutamanya rumate saya yang comel, Cik Shafin, yang baru belajar berblog tuh.. ^_^... Cik Shafin @ Intan..Nana seronok dapat jadi rumate Intan.. and, next sem kita bakal jadi housemate pula..InsyaAllah..Maaf, kalau sepanjang kita duduk sebilik ni, Nana ada sakitkan hati Intan..Minta maaf "grandmother" (kihkihkih). Sepanjang sem 5 ni memang macam-macam kejadian yang berlaku..Daripada yang paling gembira sampailah yang paling menyedihkan..Daripada yang paling mudah