Skip to main content

Pengalaman Itu Indah..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jauh perjalanan luas pemandangan..
Pengalaman itu mendewasakan..

Itulah antara peribahasa dan kata2  yang saya suka sangat guna masa tulis karangan zaman sekolah dulu. Memang betul, perjalanan yang jauh dapat meluaskan pemandangan, pandangan, pengalaman dan kenangan kita ye tak?? Pengalaman melakukan sesuatu pula sudah pasti dapat mendewasakan, menambah ilmu dan memahirkan kita tentang perkara tersebut. Tidak kisahlah dari sudut apapun, pengalaman itu tetap penting. Pengalaman jatuh dan kecundang dapat menguatkan kita supaya tetap gigih berusaha supaya tidak jatuh dan kecundang buat kali ke-2..Pengalaman menikmati kejayaan memotivasikan diri kita supaya sentiasa berusaha mengekalkan kejayaan yang ada..Begitulah sifir kehidupan...

Di sebalik nikmat akan ada bala,
Di sebalik bala terselitnya nikmat..

Begitulah lumrahnya kehidupan kita sebagai manusia. Hidup umpama roda.. Hari ini kita berada di atas, mungkin esok lusa kita akan berada di bawah..Begitulah seterusnya sehingga roh dan jasad kita dipisahkan. Jadi, jangan melatah apabila di uji bala, dan jangan terlalu gembira apabila diberi nikmat. Bukankah Allah suka menguji hamba yang dikasihiNya. Bila kita ditimpa musibah, itu tandanya Allah ingat kat kita. Allah sayang kita. Allah nak kita sentiasa ingat Dia. Allah suka mendengar kita meminta daripadaNya. Allah nak hapuskan dosa kita. Allah nak bersihkan kita. Allah nak kuatkan Iman kita. Allah bagi musibah bukan sebab Allah tak sayang. Bukan sebab Allah benci kita. Tapi sebab DIA SANGAT2 SAYANG  pada kita. Cuma kita je yang kadang2 tersalah sangka. Nau'zubillah.. jgn sesekali berfikir macam tu. Sama juga bila kita diberi nikmat. Ingat, nikmat itu bukan semata2 anugerah ya. Kadang2 Allah uji kita dengan memberi kita nikmat, kejayaan dan kecemerlangan. Allah nak uji samada kita ni ingat tak pada DIA semasa kita tengah senang. Allah nak uji samada kita panjatkan kesyukuran pada DIA ataupun tak masa kita dapat nikmat tu. Ujian dalam bentuk nikmat ini sebenarnya lagi bahaya daripada ujian musibah kerana majoriti manusia ni akan lupa  diri bila berjaya. Ibarat dunia ini dia yang punya. Semoga kita semua tak ada sikap2 mazmumah macam tu..InsyaAllah.. INGATLAH ALLAH KETIKA KITA SENANG, NESCAYA ALLAH AKAN MENGINGATI KITA KETIKA KITA SUSAH...insyaAllah..:-)

Oklah, nak share satu cerita yang berkaitan dengan hikmah setiap kejadian. Pengalaman sendiri nih, insyaAllah. Ceritanya macam in, masa zaman sekolah dulu, sy ni memang suka sangat pergi program2 kat tempat lain. Tak kisahlah program tu buat kat mana, mesti sy nak join. hmm.. tapi masa form 5, sy x dapat pergi mana2 kem atau program yg jauh2. Salah satunya perkhemahan puteri islam peringkat negeri yg dibuat di bentong kalau tak silap. Punyalah berangan nak pergi, yelah, bajet cikgu akan pilih coz sy pengerusinya, tup2 nama tak ada dalam senarai..Uish agak pelik di situ..Siap pergi jumpa ustazah ( punyalah x puas hati kan).. Tapi ustazah kata " maaf farhana, nama awak dah kena blacklist. Jadi saya terpaksa pilih org lain." Blacklist?? terkejut sesangat time tu. Kenapa pula kena blacklist? Aku ada buat salah ke? Ke dah terlebih aktif (dalam kata lain gila pangkat)? -Monolog dalaman.. Tapi nak buat camne, suratan takdir camtu, terima jelah..(padahal sehari suntuk xda mood kat sek).

Kejadian ke 2, lebih kurang cam yang pertama tadi. Ada satu kem kecemerlangan peringkat negeri kat Kuantan. Saya x dapat pergi gak sedangkan kawan2 rapat yang lain semua pergi..Aiseh, cikgu pilih camne ni?? Nape kem ni pun x dapat pergi? Nama kena blacklist lagi? ish....(pikiran budak form 5 yang sgt2 kecewa)..Masa sekolah kan kalau dapat pergi program2 camni bukan main seronok..Dapat keluar dari sekolah lah katakan. Mau tak kecewa bila tak terpilih..Tapi macam peristiwa yang pertama, reda je lah...

Tetapi hikmahnya tetap ada.. Suatu pagi yang hening, masa tengah tekun dengar cikgu berucap kat perhimpunan, tiba2 ada seorg cikgu ppuan panggil saya. Saya pun dengan sopannya berjalanlah menuju ke arah cikgu yang tengah berdiri kat belakang barisan kelas kami. Tiba2 cikgu tu tanya "Farhana, awak pandai cakap Inggeris tak?". Sy terdiam sambil mengangkat kening (tanda tak paham kenapa cikgu tnya. Takkan cikgu nak suh masuk public speaking sebab dia cikgu bm).."Boleh berinteraksi dalam bahasa Inggeris?" soalan kedua ni buat sy makin tak faham, jadi sy jawablah " insyaAllah..boleh kot sikit2.." cikgu tu senyum dan tnya lagi "kalau diberi peluang ke luar negara awak nak pergi tak?"..bila cikgu tnya macam tu sy terus senyum meleret2 sampai ke telinga..uish mahu tak nak. Then, cikgu tu  pun terus bercerita macam2.. LONDON?? Senyuman saya pula makin besar, besar dan besar...

Di hadapan hotel penginapan
Tapi berita tentang program ke London tu makin menyepi dari sehari ke sehari..Mungkin tak ada rezeki (pujuk diri sendiri). Suatu hari masa dalam kelas kimia, cikgu yang tengah mengajar tu pesan kat saya " Farhana, nanti kalau pergi China bawa balik panda untuk sy ya," satu kelas pelik bin hairan termasuklah saya sendiri.. Bila pula nak pergi China?? Last2 baru dapat tahu yang program ke London tu telah di ubah destinasinya ke China. Start daripada hari tu, maka jaranglah saya berada dalam kelas sbb ikut cikgu uruskan hal2 yang berkaitan sebelum berangkat ke negara panda tersebut. Alhamdulillah.. Maka berpeluanglah sy melangkahkan kaki ke negara org tanpa mengeluarkan duit sendiri (thnx to penaja yg bg duit poket n duit passport).. Memang besar hikmahnya.. Saya tak dapat pergi program kat dalam negara sebab Allah nak hantar saya ke luar negara.. Subhanallah.. Alhamdulillah..Allahuakhbar!!

Tianmen Square (depan Forbidden city)


                                                                            
Tembok Besar China : baru je naik sikit dah pening kpale(gayat)...
psst : thnx sgt2 kepada cikgu lin yang memilih sy..x lupa kepada cikgu2 lain yang byk mbantu, siap ada yang bagi duit lagi..:-) kepada kwn kelas, thnx sbb w/p masih sek, tapi korg still bg cederahati kat aku sebelum berangkat (xsure korg ingat atau x).

pintu masuk ke Summer Palace

Konklusinya:


Terimalah setiap takdir Allah dengan hati yang lapang. Jangan mengeluh kerana Dia tidak suka hamba2Nya mengeluh kerana dihimpit ujian dunia. Kita adalah milik Dia, jadi Dia berhak tentukan kehidupan kita..Daripada Allah kita datang dan kepada Dia juga kita akan kembali. Semoga kita dapat kembali kepada Allah dalam keadaan yang bersih daripada dosa sebagaimana bersihnya diri kita semasa dilahirkan ke dunia..Wallahua'lam...

Comments

  1. rezeki nana ALLAH bagi dlm bentuk yg laen pulak w/pun de yg kita nk tp x dpt....alhamdulillah...sukanyer kalu dpt pi china gak...insyaALLAH ...suatu hari nanti, rezeki saya plak...hehe

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..Dia lebih Mengetahui apa yang terbaik buat kita..kadang2 Dia tak bagi apa yang kita nak tapi Dia bagi yang lebih baik daripada itu..:-)

    insyaAllah, satu hari nanti ada peluang melihat keindahan ciptaan Allah di negara lain..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bahagiakan Diri Dengan Kebahagiaan Orang Lain

Pernah terjadi tak, Ada satu masa, kita nak ceritakan masalah kita pada seseorang. Nak luahkan perasaan sedih kita. Nak menangis dan meminta nasihat dia. Tapi, belum sempat kita buka mulut, orang tersebut terlebih dahulu menceritakan masalah dia. Terlebih dahulu meluahkan perasaan sedih dan meminta kita menasihati dia. Pernah terjadi tak? Apa tindakan kita ketika itu? Terus meminjamkan telinga untuk mendengar masalah dia,walaupun ketika itu hati kita sendiri sedang terluka,  atau terus berkata "aku pun ada masalah!" dan membiarkan orang itu terus bersendirian menanggung kesedihan? #MUHASABAH# Ketika kita rasa kita lah yang paling sedih, paling terluka, paling lemah, paling sakit..saat itu ALLAH hadirkan orang lain kepada kita, agar kita sedar bahawa ada orang lain yang lebih sakit, lebih terluka, lebih lemah dan lebih sakit daripada kita. Ketika kita rasa kita lah yang paling susah, ALLAH temukan kita dengan orang lain yang lebih susah daripada kita. Mengapa? Kera

[Lirik : Warkah Cinta Berbau Syurga]

Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa Setiap untai kata yang termaktub Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga Simpanan batinku hampir terbelah Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa Antara iman dan nafsu aku berjuang Meraih mahkota cinta dari syurga Chorus: Biar beribu parut luka menghiris kalbu Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar Sekalipun diriku terbuang di mata insan Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ [Selama-lamanya kelembutan   takkan pernah tewas dengan kekerasan] [Ulang Chorus] Cintaku ini... Lagu: Bazli Unic Lirik: Ustaz A.Ubaidillah Alias Studio Rakaman : Unic Terbitan: Al-Kahfi Pictures Sdn.Bhd. Entah kenapa Cik Cahaya suka sangat dengan lirik lagu ini..First time dengar terus jatuh cinta gituu..Lagu ni, pada Cik Cahaya mempunyai makna yang sanga

Duhai diri..

Bila engkau letih dan hilang semangat, ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka,ALLAH telah mengira titis air matamu. Bila engkaurasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,ALLAH tetap bersamamu. Bila engkau kebuntuan akal,maka ALLAH adalah penunjuk jalan… Apabila engkau telah berazam, maka  bertawakallah kepada ALLAH…..