Skip to main content

DESTINASI HATI (part 1)


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Ana dah nak bertunang. Itu mesej yang aku terima daripadamu tanpa diduga. Mungkin kau berharap aku tidak lagi mengganggu kehidupanmu selepas ini. Al-maklumlah kau bakal menjadi milik orang lain. Aku faham dan amat-amat mengerti keadaanmu. Kau tidak perlu bimbang, mana mungkin aku mengganggu kehidupan bakal suami temanku sendiri. Hanya ucapan tahniah dan selamat yang mampu aku balas walaupun hatiku remuk seremuk-remuknya. Aku tidak menyalahkan dirimu apatah lagi menunding jari ke arah bakal isterimu (Zara, bukan nama sebenar), kerna aku sendiri yang tersilap. Tersilap kerana membenarkan hati aku ini dikotori dengan cinta yang tidak halal bagiku.
Walaupun aku mengenali dirimu lebih awal berbanding Zara dan Zara mengetahui aku menyukai dirimu sebelum kamu berdua saling mengenali, tapi itu tidak bermakna kau akan menjadi milikku. Perkenalan secara tidak sengaja di matrikulasi telah menyebabkan hatiku terpaut padamu. Aku sendiri tidak pasti sebabnya. Yang pasti bukan kerana paras rupa kerana aku mula meminatimu sebelum aku kenal wajahmu. Pelik bukan? Pada mulanya aku sangkakan aku hanya sekadar meminatimu, sekadar ADMIRE, tidak lebih daripada itu. Tetapi aku silap barangkali. Entah mengapa satu perasaan cemburu mula bercambah apabila kawan-kawan aku sering bercerita tentangmu. Ahh.. cemburu?
Perasaan itu semakin kuat dari hari ke hari. Semakin aku cuba menyangkal perasaan itu, semakin kuat pula ia mengikat hati ini. Kawan aku (Nur bukan nama sebenar) kata mungkin aku bukan sekadar suka pada kau. Bukan sekadar suka? Apa maksudnya? Kata Nur, mungkin kau dah berjaya menyelinap di dasar hati aku yang disediakan untuk seorang insan bergelar suami. Aku hanya ketawa mendengarnya. Jiwang juga Nur ni. Macam manalah perasaan lain nak bercambah sedangkan kau pun aku tak kenal. Sekadar berbalas mesej. Mesej pula bukannya mesej yang menggambarkan perasaan apatah lagi membicarakan hal peribadi masing-masing, kebanyakkannya hanya perbincangan agama. Aku menyoal dan kau menjawab apa yang patut. Aku bertanya dua tiga patah dan kau menjawab sepatah..begitulah seterusnya….
Tetapi lama kelamaan aku perlu akui perasaan sebenar aku padamu walaupun aku tidak berani menamakannya cinta. Aku dapat rasakan aku menjadi lebih baik selepas berkenalan denganmu. Kata-kata nasihat kau begitu mencengkam kuat. Hatiku mula terdetik untuk berubah, berubah menjadi lebih baik.
Alhamdulillah.. semuanya menjadi lebih baik setelah melangkah ke alam universiti. Aku mulai sedar aku tidak patut kerap mengganggu kau. Aku tidak boleh mengganggu seorang muslimin yang hatinya ingin berjuang di jalan Allah. Aku sedar selama ini aku selalu mengganggu hati dan rutin dakwahmu. Maafkan aku.  
Sejak Allah menyuntik semangat Islamiah dalam hati yang hampir gersang ini, aku cuba menjadi muslimah yang lebih baik buat agamaku. Aku berusaha menambah ilmu agamaku yang sangat cetek ini. Syukur sekali lagi aku panjatkan untuk Illahi kerana mengurniakan sahabat-sahabat seperjuangan yang turut sama dahagakan ilmu ukhrawi. Aku suka di tarbiah. Aku suka dinasihatkan. Aku suka berbicara dari hati ke hati. Aku sibukkan kehidupanku dengan pelbagai aktiviti supaya aku tidak punya waktu untuk mengganggumu.
Tapi aku akui bahawa kadang-kadang hatiku akan tersasar jua..Ahh..aku marah kepada diri sendiri kerana aku menjadi selemah ini..Aku marah kerana aku tidak tahan dengan godaan syaitan laknatullah. Aku marah kerana tidak istiqamah dalam bermujahadah. Aku marah kerana aku tidak kuat berjihad di medan nafsu. Tapi hatiku sejuk bila teringat akan firman Allah, pemilik nama yang Maha Indah.. Wahai manusia, telah datang kepadamu pelajaran (Al-Quran) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman (Yunus : 57).
Aku ingin menjadi seperti Rabiatul Adawiyah yang hati dan cinta diserahkan sepenuhnya kepada Yang Kuasa..Sepertiga malamnya sentiasa berlinangan air mata. Air mata keinsafan. Air mata penyesalan. Air mata yang bisa memadamkan maraknya api neraka. Air mata yang dapat mengurangkan bahang panasnya haba Jahannam. Air mata yang bernilai daripada intan permata. Airmata yang lebih diinginkan daripada kilauan butir mutiara.
Aku mahu menjadi sehebat Sumaiyyah. Yang rela bekorban demi Islam tercinta. Lebih rela mati untuk mempertahankan agama. Dengan yakin memilih mempertahankan akidah tauhid di tengah kelompok jahiliah. Sabar dan tabah diuji hempasan badai penyeksaan. Tidak gentar menyerahkan nyawa sementara, kerna dirinya begitu yakin akan setiap janji sang Pencipta.
Aku juga mahu menjadi secerdik dan secergas Aisyah. Bisa menjadi tempat rujukan pemasalahan agama. Suri hidup Kekasih Illahi yang sentiasa kuat membantu perjuangan suami tercinta. Biarpun berkahwin di usia muda, namun tidak pernah melatah dalam setiap langkah dan perbuatan. Bahkan dirinya menjadi contoh teladan muslimah di setiap pelusuk dunia.
Indahnya jika aku mampu menjadi seperti Siti Fatimah, puteri kesayangan insan Mulia. Sentiasa menyaksikan keperitan Rasullulah menyebarkan dakwah di kalangan umat yang seperti singa. Air matanya sering mengalir setiap kali si ayahanda tercinta dikecam hebat masyarakat sekeliling. Tetapi, dia cekal dan tabah, kerna hatinya sudah kuat dengan ikatan tali cinta Yang Maha Kuasa. Fatimah juga tidak pernah merungut dinikahkan dengan Ali yang tidak punya harta apatah lagi mengeluh dengan ledakan kesusahan hidup di dunia.
Tetapi, aku tahu aku tidak mampu menjadi seperti mereka kerna aku hanya insan biasa yang penuh dosa dan  aku juga tahu aku tidak setabah mereka kerna hatiku sendiri sering goyah dengan nafsu dunia. Ya, Allah..bantulah aku..

BerSambung.....  ^-^

Comments

Popular posts from this blog

[Lirik : Warkah Cinta Berbau Syurga]

Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa Setiap untai kata yang termaktub Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga Simpanan batinku hampir terbelah Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa Antara iman dan nafsu aku berjuang Meraih mahkota cinta dari syurga Chorus: Biar beribu parut luka menghiris kalbu Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar Sekalipun diriku terbuang di mata insan Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ [Selama-lamanya kelembutan   takkan pernah tewas dengan kekerasan] [Ulang Chorus] Cintaku ini... Lagu: Bazli Unic Lirik: Ustaz A.Ubaidillah Alias Studio Rakaman : Unic Terbitan: Al-Kahfi Pictures Sdn.Bhd. Entah kenapa Cik Cahaya suka sangat dengan lirik lagu ini..First time dengar terus jatuh cinta gituu..Lagu ni, pada Cik Cahaya mempunyai makna yang sanga

Bahagiakan Diri Dengan Kebahagiaan Orang Lain

Pernah terjadi tak, Ada satu masa, kita nak ceritakan masalah kita pada seseorang. Nak luahkan perasaan sedih kita. Nak menangis dan meminta nasihat dia. Tapi, belum sempat kita buka mulut, orang tersebut terlebih dahulu menceritakan masalah dia. Terlebih dahulu meluahkan perasaan sedih dan meminta kita menasihati dia. Pernah terjadi tak? Apa tindakan kita ketika itu? Terus meminjamkan telinga untuk mendengar masalah dia,walaupun ketika itu hati kita sendiri sedang terluka,  atau terus berkata "aku pun ada masalah!" dan membiarkan orang itu terus bersendirian menanggung kesedihan? #MUHASABAH# Ketika kita rasa kita lah yang paling sedih, paling terluka, paling lemah, paling sakit..saat itu ALLAH hadirkan orang lain kepada kita, agar kita sedar bahawa ada orang lain yang lebih sakit, lebih terluka, lebih lemah dan lebih sakit daripada kita. Ketika kita rasa kita lah yang paling susah, ALLAH temukan kita dengan orang lain yang lebih susah daripada kita. Mengapa? Kera

Duhai diri..

Bila engkau letih dan hilang semangat, ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka,ALLAH telah mengira titis air matamu. Bila engkaurasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,ALLAH tetap bersamamu. Bila engkau kebuntuan akal,maka ALLAH adalah penunjuk jalan… Apabila engkau telah berazam, maka  bertawakallah kepada ALLAH…..