Siapakah orang yang soleh? “Soleh” berasal daripada perkataan solah iaitu kebaikan. Lawan kalimah ini ialah fasad iaitu kejahatan. Dimaksudkan dengan soleh ialah lelaki dan wanita yang baik kepada dirinya, pada orang lain, serta baik pula amalannya sehingga dikatakan dia telah diperbaik oleh Allah. Demikianlah menurut Ibn Manzur. –Lisan al-Arab, jil. 5, ms 374- Ciri-ciri Lelaki Soleh dan Wanita Solehah 1. Mengawal hawa nafsu “Adapun golongan yang takut kepada kebesaran TUHAN mereka, maka mereka menahan hawa nafsunya (tidak menurut hawa nafsu mereka) ; sesungguhnya syurgalah tempat tinggal mereka.” (Surah al-Nazi’at ayat 40-41) 2. Di bawah naungan al-Quran dan al-Sunnah “Wahai orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul(-NYA) dan ulul amri di antara kamu ; kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar...