Skip to main content

Saya Sudah TUA!!


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji dan puja hanya untuk DIA, Tuhan Semesta Alam kerana masih memberi kesempatan kepada kita semua untuk terus bernafas dan meneruskan kehidupan di dunia ini. Sejuta keSyukuran dipanjatkan kepadaNya kerana masih memberi kita peluang untuk terus mengumpul bekalan, saham, dan memperbanyakkan taubat sebelum kita kembali ke pangkuanNya.

“Allah memegang nyawa (seseorang) pada saat kematiannya dan nyawa (seseorang) yang belum mati ketika dia tidur, maka DIA tahan nyawa (orang) yang telah DIA tetapkan kematiannya dan DIA lepaskan nyawa yang lain sampai waktu yang ditentukan” (Az-Zumar , ayat 42)

Jika hari ini kita tergolong dalam kategori “DIA tahan nyawa (orang) yang telah DIA tetapkan kematiannya” maka apakah reaksi kita? Adakah kita sudah bersedia untuk bertemu PENCIPTA kita? 

Bagaimanakah perasaan kita sebenarnya? Berbahagialah kita jika selama kita hidup, kita telah berusaha semampunya untuk taat kepada DIA. Namun, celakalah kita jika sepanjang hayat kita, kita hanya leka 
 dengan keseronokkan dunia semata.

Jika kita masih tergolong dalam kategori ”DIA lepaskan nyawa yang lain sampai waktu yang ditentukan”, maka segeralah panjatkan kesyukuran kerana kita masih punya waktu untuk memperbaiki diri kita. Ayuh bangun! Sama-sama kita perbaiki diri. Sama-sama kita berusaha menggapai redhaNYA.. supaya kita dapat sama-sama beriringan ke Syurga. Amiinnn…

Justeru, saya suka untuk melontar beberapa soalan ;

Apa khabar diri kita hari ini? Sihat? Pening? Sakit?

Apa khabar hati kita hari ini? Tenang? Gelisah?

Apa khabar pula iman kita hari ini? Oklah? Baik? Bertambah? Berkurang?

Bagaimana dengan umur kita sekarang? Masih satu angka? Belasan? Puluhan? Masih muda? Atau sudah tua?

Saya? Seperti tajuk di atas, saya sudah TUA!!

Ya..saya sudah tua.

Umur saya ketika menulis entry ini sudah mencecah 21 tahun. ^_^

Umur begini sudah TUA untuk terus BERMAIN-MAIN dalam soal kehidupan.

Umur begini sudah TUA untuk MEREMEH-REMEHKAN hal AMAL.

Umur begini sudah TUA untuk MERINGAN-RINGANKAN TUNTUTAN AGAMA.

Umur begini juga rasanya sudah TUA untuk TIDAK ambil peduli soal MATI & kehidupan SELEPASNYA.

Itu pada saya..tidak hairan jika kawan2 semua mempunyai pendapat yang berbeza.

Ada yang berkata “Alah, baru 21 tahun, kira berseronok dulu”.. “Muda lagi, tak payah nak kusutkan kepala”.. “Hidup hanya sekali, jadi kita enjoy dulu”.. “Taubat?? Nanti2lah..aku belum puas enjoy

Ada pula yang berkata “Umur aku dah 20 tahun,jadi aku tak boleh fikir nak enjoy saja”... “aku masih muda, jadi aku kena beramal bersungguh2, nanti kalau dah tua, dah tak larat”… “hidup hanya sekali, sebab itu aku tidak boleh merugikan nyawa aku dengan hanya berseronok semata2”… “aku kena selalu bertaubat, sebab bila2 aje nyawa aku akan ditarik balik. Umur muda bukan greenlight untuk terus lalai..

Agak-agaknya kita dalam kumpulan yang mana??

Hmm..bila saya kata saya sudah tua untuk bermain2 dalam soal kehidupan, tua untuk meremehkan amal dan tua untuk meringankan tuntutan agama, tidak bermakna saya perlu memutuskan semua keseronokkan dunia dan mengejar akhirat sahaja. Bukan itu.

Sebaliknya, saya perlu berusaha menggunakan dunia untuk mencapai kebahagiaan di akhirat kelak.

Bagaimana?? Mari kita sama-sama memahami bicara PENCIPTA kita.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mendahului Allah dan RasulNya, dan bertaqwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.” (Al-Hujurat ayat 1)

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan sesuatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui” (As-Saff ayat 10-11)

“Barangsiapa meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan mengembalikannya berlipat ganda untuknya, dan baginya pahala yang mulia” (Al-Hadid ayat 11)

“Dan perintahkanlah keluargamu melaksanakan solat dan sabar dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik di akhirat) adalah bagi orang yang bertaqwa.” (Taha ayat 132)

Ini hanya sebahagian sahaja, banyak lagi yang kita boleh dapati daripada KALAMNYA.

Perlu diingat, untuk mendapatkan kebahagiaan akhirat, bukanlah bermaksud kita kena bataskan diri kita beramal di masjid sahaja. Bukan pula perlu 24 jam berada di atas sejadah. Bukan juga hanya tertumpu dengan ibadah khusus seperti solat dan puasa semata.

Jika kita pelajar, belajarlah kerana Allah. Kita belajar supaya dapat membangunkan diri, keluarga , masyarakat, negara malah untuk kemajuan ummat, itu juga dikira ibadah.

Jika kita bekerja, bekerjalah kerana Allah. Laksanakan segala amanah dengan sempurna. Tonjolkan identiti pekerja MUSLIM. Itu juga dikira ibadah.

Banyak lagi yang boleh kita lakukan. Hanya tinggal mahu atau tidak sahaja.

Justeru, kita perlu bersama2 menggunakan dunia ini supaya kita mendapat kebahagiaan yang berkekalan di akhirat. Seorang sahabat saya pernah berpesan “letakkan dunia di tangan, dan akhirat di hati.”

“Sesungguhnya makhluk  yang bergerak yang bernyawa yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tuli dan bisu (tidak mendengar dan memahami kebenaran) iaitu orang-orang yang tidak mengerti.” (Al-Anfal ayat 22)

Jadi, bagaimana kita?

Masih terasa diri masih muda untuk meningkatkan amal?

Masih terasa awal untuk bertaubat?

Tepuk dada dan tanyalah iman..^_^

“Jika dia (orang yang mati itu) termasuk yang didekatkan (kepada Allah), maka dia memperoleh ketenteraman dan rezeki serta syurga (yang penuh) kenikmatan. Dan adapun jika dia termasuk golongan kanan, maka, “Salam bagimu (wahai) dari golongan kanan!” (sambut malaikat). Dan adapun jika dia termasuk golongan orang yang mendustakan dan sesat, maka dia disambut siraman air yang mendidih. Dan dibakar di dalam neraka.” (Al-Waqi’ah ayat 88-94)

Comments

Popular posts from this blog

~Kerana Kita SAHABAT~

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua student 3 rd year foodtech, dan juga buat mereka yang bergelar sahabat.. Sahabat kepada insan bernama Nurul Farhana. Hari ini, Selasa, tanggal 27/12/11, jam 6.51pm, cebisan ini dinukilkan khas buat kamu, sahabat saya. Nukilan ini bukannya apa-apa..sekadar suka-suka. Yelah, tadi masa tengah study (konon2nya rajin study), tiba-tiba teringat pada korang semua. Mesti tengah study juga kan? Bagus2..teruskan kerajinan nak study tu ^_^ Emm..pejam celik pejam celik, dah dekat dua tahun setengah kita bersama-sama kan? Susah senang, suka duka, pahit manis, tawa mahupun tangis, telah berjaya kita redahi. Alhamdulillah.. sekarang, tinggal final exam untuk sem ni yang bakal menjelma kurang seminggu dari sekarang. Semoga Allah memberi kemudahan dan ketenangan kepada kita semua untuk menghadapi imtihan dunia ni. Dan, semoga Allah mengurniakan kejayaan yang cemerlang kepada kita semua..Amiinn.. Sedar tak sedar juga, banyak pengalaman yang cik cahaya (g...
Assalamualaikum :-) Fuhh~~ Dah bersawang blog ni. Pejam celik pejam celik dah dekat 9 bulan tak update any enty. Kalau preggy ni, mesti tengah tunggu due nak bersalin je..Ahakz..Gurau sikit. Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita hingga ke hari ini. Untuk apa? Mesti ada sebab kan? Umur ni diberi bukan untuk sia-sia. Bukan juga untuk terus bersuka-suka. DIA beri kita lebih masa untuk terus perbaiki diri, menambah amalan, memperteguhkan iman dan memantapkan taqwa sebelum kita kembali ke pangkuan-NYA. Ingin "pergi" dalam keadaan indah dan diredhai? Maka hidup juga perlulah dalam keadaan indah dan diredhai. Bagaimana? Kerjakan suruhan-NYA dan jauhi larangan-NYA. Inshaa Allah :-) Ok, selama 9 bulan ni bermacam-macam kejadian berlaku. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Begitulah perjalanan hidup kita sebagai hamba, ye dak? Terimalah takdir hidup kita dengan hati yang terbuka dan penuh positif. Amboih..dah macam pakar motivasi pulak..kikikiki. Alhamduli...

::Persiapkan Diri::

“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-NYA adalah DIA menciptakan isteri-isteri daripada kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-NYA cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran.” (Surah Ar-Rum, ayat 21) Assalamualaikum.. Alhamdulillah, cuti semester sudah pun bermula. Tapi sayang, Cik Cahaya dan sahabat-sahabat yang tengah berLatihan Industri sekarang ini tidak berpeluang bercuti seperti teman-teman yang lain. Selepas tamatnya semester 2011/2012 ni,  ramai jugalah sahabat Cik Cahaya yang memulakan fasa baru dalam kehidupan mereka.. Ada yang sudah mula melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar, ada yang sedang berkira-kira menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, dan tak kurang, ada juga yang dalam perancangan untuk bertunang dan mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan urusan kita semua..Amiinn. Apabila sebut tentang baitul muslim ni, Cik C...