Skip to main content

KASIH HAMBA



Di tengah malam yang gelap-gelita,
Sunyi sepi keadaan dunia,
Bangkit seorang insan daripada lena,
Sedang ramai yang masih enak dibuai mimpi dunia..

Malam yang gelita,
Menambah ketakutan insan mulia,
Bukan takut kepada kegelapan sementara,
Tetapi gerun kegelapan kuburnya,
Lalu bangkitlah dia untuk menyembah Yang Esa,
Tanpa memperdulikan insan lain di sekelilingnya...

Tatkala dahi mencecah sejadah,
Dada menjadi sebak mengenang segala dosa,
Bagaimanakah nasib diri nanti di sana,
Syurga atau neraka destinasi terakhirnya??

Tangan diangkat,jari disusun,
Penuh ikhlas doa dipohon,
Serak suara memohon ampun,
Daripada yang Rahman Pencipta Agong..
Ya Allah,
Ampunkanlah dosa hambaMu ini,
Yang sering leka dengan keseronokkan dunia.
Hingga melalaikan aku dari mengingatiMu,
Kurniakanlah kasihMu,cintaMu dan rahmatMu kepadaku,
Agar aku bisa melawan segala permainan dunia,
Dan meningkatkan kecintaanku hanya padaMu,
Janganlah Kau biarkan aku menggunakan kelembutan yang Kau berikan,
Untuk menjadi penyebab dosa kepada Adam..

Lindungilah aku dari segala dosa dan noda..
Bantulah aku membantuk peribadi seindah Fatimah,
Memiliki cinta dan kasih seikhlas Khadijah,
Kaya dengan ilmu seperti Aisyah,
Menjadi seberani Zinnirah dan Sumayyah..
Agar aku juga bisa berjuang
Untuk mempertahankan agamaku yang tercinta
demiMu Ya Allah,
akanku lakukan apa sahaja
kerana cintaku hanya untukMU....

Comments

Popular posts from this blog

~Kerana Kita SAHABAT~

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua student 3 rd year foodtech, dan juga buat mereka yang bergelar sahabat.. Sahabat kepada insan bernama Nurul Farhana. Hari ini, Selasa, tanggal 27/12/11, jam 6.51pm, cebisan ini dinukilkan khas buat kamu, sahabat saya. Nukilan ini bukannya apa-apa..sekadar suka-suka. Yelah, tadi masa tengah study (konon2nya rajin study), tiba-tiba teringat pada korang semua. Mesti tengah study juga kan? Bagus2..teruskan kerajinan nak study tu ^_^ Emm..pejam celik pejam celik, dah dekat dua tahun setengah kita bersama-sama kan? Susah senang, suka duka, pahit manis, tawa mahupun tangis, telah berjaya kita redahi. Alhamdulillah.. sekarang, tinggal final exam untuk sem ni yang bakal menjelma kurang seminggu dari sekarang. Semoga Allah memberi kemudahan dan ketenangan kepada kita semua untuk menghadapi imtihan dunia ni. Dan, semoga Allah mengurniakan kejayaan yang cemerlang kepada kita semua..Amiinn.. Sedar tak sedar juga, banyak pengalaman yang cik cahaya (g...
Assalamualaikum :-) Fuhh~~ Dah bersawang blog ni. Pejam celik pejam celik dah dekat 9 bulan tak update any enty. Kalau preggy ni, mesti tengah tunggu due nak bersalin je..Ahakz..Gurau sikit. Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita hingga ke hari ini. Untuk apa? Mesti ada sebab kan? Umur ni diberi bukan untuk sia-sia. Bukan juga untuk terus bersuka-suka. DIA beri kita lebih masa untuk terus perbaiki diri, menambah amalan, memperteguhkan iman dan memantapkan taqwa sebelum kita kembali ke pangkuan-NYA. Ingin "pergi" dalam keadaan indah dan diredhai? Maka hidup juga perlulah dalam keadaan indah dan diredhai. Bagaimana? Kerjakan suruhan-NYA dan jauhi larangan-NYA. Inshaa Allah :-) Ok, selama 9 bulan ni bermacam-macam kejadian berlaku. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Begitulah perjalanan hidup kita sebagai hamba, ye dak? Terimalah takdir hidup kita dengan hati yang terbuka dan penuh positif. Amboih..dah macam pakar motivasi pulak..kikikiki. Alhamduli...

::Persiapkan Diri::

“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-NYA adalah DIA menciptakan isteri-isteri daripada kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-NYA cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran.” (Surah Ar-Rum, ayat 21) Assalamualaikum.. Alhamdulillah, cuti semester sudah pun bermula. Tapi sayang, Cik Cahaya dan sahabat-sahabat yang tengah berLatihan Industri sekarang ini tidak berpeluang bercuti seperti teman-teman yang lain. Selepas tamatnya semester 2011/2012 ni,  ramai jugalah sahabat Cik Cahaya yang memulakan fasa baru dalam kehidupan mereka.. Ada yang sudah mula melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar, ada yang sedang berkira-kira menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, dan tak kurang, ada juga yang dalam perancangan untuk bertunang dan mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan urusan kita semua..Amiinn. Apabila sebut tentang baitul muslim ni, Cik C...