Skip to main content

BILA RASULULLAH MENJENGUK KITA


Bayangkan apabila Rasulullah s.a.w dengan izin Allah swt tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita. Baginda datang dengan tersenyum dan wajah bersih di depan pintu rumah kita. Apa yang akan kita lakukan?? Pastinya kita sangat berbahagia, memeluk baginda erat-erat dan terus mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu kita. Kemudian kita tentunya akan meminta agar Rasulullah sudi menginap beberapa hari di rumah kita. Baginda tentu tersenyum..!


Tapi, barangkali kita meminta pula Rasulullah saw menunggu sebentar di depan pintu rumah kita kerana kita teringat video CD bollywood dan Hollywood yang ada di ruang tengah dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu video CD tersebut ke dalam ruang dapur. Baginda tentu tetap tersenyum..!


Atau, barangkali kita akan teringat akan lukisan wanita separuh bogel yang kira letakkan di ruang tamu kita, sehingga kita terpaksa jua memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa. Lalu kita menggantungkan di ruang tamu kita kalimah Allah swt dan Muhammad saw yang tersimpan dalam kotak. Baginda tentu tetap tersenyum..!


Bagaimana pula jika Rasulullah saw sedia menginap di rumah kita?? Barangkali kita teringat bahawa anak kita lebih hafal lagu hindi dan barat daripada menghafal selawat kepada Rasulullah saw. Barangkali kita menjadi malu bahawa anak-anak kita tidak tahu sedikit pun sejarah Rasulullah saw kerana kita lupa dan lalai mengajari anak-anak kita. Baginda tentunya masih tersenyum lagi…..


Barangkali kita bertambah malu kerana anak-anak kita tidak tahu satupun nama ahli keluarga dan sahabat Rasulullah berbanding nama-nama anggota “power rangers” atau “ninja turtles”. Mungkin kita terpaksa mengubah satu bilik menjadi ruang solat.


Barangkali kita teringat bahawa wanita-wanita yang ada di dalam rumah kita tidak memiliki koleksi pakaian yang mengikut syariat untuk berhadapan dengan Rasulullah saw.. baginda tentu tetap tersenyum……
Belum lagi koleksi buku-buku, kaset serta karaoke kita dan anak-anak.. Ke mana kita harus singkirkan koleksi-koleksi tersebut demi menghormati Junjungan kita??


Barangkali kita akan berasa malu kerana Junjungan mengetahui bahawa kita tidak pernah ke masjid walaupun azan dilaungkan.. Baginda tentu tetap tersenyum….


Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah solat sunat malah jarang membaca al-Quran. Kita juga tidak mengenali siapa jiran-jiran kita. Barangkali kita menjadi malu apabila Rasulullah bertanya tentang nama dan alamat penjaga masjid di tempat kita. Kemudian baginda bertanya siapa tukang kutip sampah yang setiap hari lalu di hadapan rumah kita. Betapa senyum baginda masih di situ… Bayangkan Rasulullah tiba-tiba muncul di hadapan pintu rumah kita. Apa yang akan kita lakukan??


Masihkah kita akan memeluk Rasulullah dan mempersilakan baginda masuk dan menginap di rumah kita.. Atau kita dengan berat hati akan berkata, “ Maafkan kami ya Rasulullah” itu sahaja yang terucap di bibir… Masihkah baginda tersenyum lagi?? Senyum pilu, senyum getir dan senyum sedih…!!! Betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah…..RENUNGKAN BERSAMA…

Comments

Popular posts from this blog

Assalamualaikum :-) Fuhh~~ Dah bersawang blog ni. Pejam celik pejam celik dah dekat 9 bulan tak update any enty. Kalau preggy ni, mesti tengah tunggu due nak bersalin je..Ahakz..Gurau sikit. Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita hingga ke hari ini. Untuk apa? Mesti ada sebab kan? Umur ni diberi bukan untuk sia-sia. Bukan juga untuk terus bersuka-suka. DIA beri kita lebih masa untuk terus perbaiki diri, menambah amalan, memperteguhkan iman dan memantapkan taqwa sebelum kita kembali ke pangkuan-NYA. Ingin "pergi" dalam keadaan indah dan diredhai? Maka hidup juga perlulah dalam keadaan indah dan diredhai. Bagaimana? Kerjakan suruhan-NYA dan jauhi larangan-NYA. Inshaa Allah :-) Ok, selama 9 bulan ni bermacam-macam kejadian berlaku. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Begitulah perjalanan hidup kita sebagai hamba, ye dak? Terimalah takdir hidup kita dengan hati yang terbuka dan penuh positif. Amboih..dah macam pakar motivasi pulak..kikikiki. Alhamduli...

~Kerana Kita SAHABAT~

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua student 3 rd year foodtech, dan juga buat mereka yang bergelar sahabat.. Sahabat kepada insan bernama Nurul Farhana. Hari ini, Selasa, tanggal 27/12/11, jam 6.51pm, cebisan ini dinukilkan khas buat kamu, sahabat saya. Nukilan ini bukannya apa-apa..sekadar suka-suka. Yelah, tadi masa tengah study (konon2nya rajin study), tiba-tiba teringat pada korang semua. Mesti tengah study juga kan? Bagus2..teruskan kerajinan nak study tu ^_^ Emm..pejam celik pejam celik, dah dekat dua tahun setengah kita bersama-sama kan? Susah senang, suka duka, pahit manis, tawa mahupun tangis, telah berjaya kita redahi. Alhamdulillah.. sekarang, tinggal final exam untuk sem ni yang bakal menjelma kurang seminggu dari sekarang. Semoga Allah memberi kemudahan dan ketenangan kepada kita semua untuk menghadapi imtihan dunia ni. Dan, semoga Allah mengurniakan kejayaan yang cemerlang kepada kita semua..Amiinn.. Sedar tak sedar juga, banyak pengalaman yang cik cahaya (g...

Bahagiakan Diri Dengan Kebahagiaan Orang Lain

Pernah terjadi tak, Ada satu masa, kita nak ceritakan masalah kita pada seseorang. Nak luahkan perasaan sedih kita. Nak menangis dan meminta nasihat dia. Tapi, belum sempat kita buka mulut, orang tersebut terlebih dahulu menceritakan masalah dia. Terlebih dahulu meluahkan perasaan sedih dan meminta kita menasihati dia. Pernah terjadi tak? Apa tindakan kita ketika itu? Terus meminjamkan telinga untuk mendengar masalah dia,walaupun ketika itu hati kita sendiri sedang terluka,  atau terus berkata "aku pun ada masalah!" dan membiarkan orang itu terus bersendirian menanggung kesedihan? #MUHASABAH# Ketika kita rasa kita lah yang paling sedih, paling terluka, paling lemah, paling sakit..saat itu ALLAH hadirkan orang lain kepada kita, agar kita sedar bahawa ada orang lain yang lebih sakit, lebih terluka, lebih lemah dan lebih sakit daripada kita. Ketika kita rasa kita lah yang paling susah, ALLAH temukan kita dengan orang lain yang lebih susah daripada kita. Mengapa? Kera...