Berubah! Dan berubahlah! Hijrah! Dan berhijrahlah! Mudah Senang Untuk ditutur Untuk diucap Payah Perit Untuk dilaksana Untuk dibuat Tapi Tidak mustahil Tidak mustahil Tidak mustahil Jika seseorang itu sedang berubah, jangan diungkit kisah silamnya, kerana kita tidak pernah tahu betapa peritnya dia cuba melupakan kisah itu. Jika seseorang itu sedang berhijrah, jangan terlalu mengharap dia menjadi sempurna, kerana kita tidak pernah tahu betapa sakitnya duri hijrah itu. Jika seseorang itu berkata aku mahu menjadi lebih baik, bantulah, bimbinglah, bukan membanding-bandingkan dia dengan orang lain, kerana kita tidak pernah tahu betapa banyak airmatanya mengalir kerana dirinya yang lalu, Tidak semua yang kita nampah indah itu, indah sebenarnya. Tidak semua yang kita nampak kuat itu, kuat sebenarnya. Tidak semua harus diceritakan Tidak semua perlu dikongsikan Tidak semua mesti ditunjukkan. Pelihara lidahmu. Jaga tingkah laku m...