Skip to main content

~Hanya Insan Biasa~

Manusia biasa..tidak pernah lari daripada membuat kesilapan. Takkan pernah lari daripada melakukan kesalahan. Dan, tidak terkecuali tergelincir ke lembah kegelapan. Namun, kesilapan, kesalahan, mahupun kegelapan itu berbeza mengikut individu itu sendiri. Bagaimana kesilapan, kesalahan dan kegelapan itu ditafsirkan. Dan bagaimana pula kesilapan, kesalahan dan kegelapan itu diatasi.

Biarpun lidah petah berbicara

Biarpun bibir indah menutur kata

Meskipun ayat sentiasa dihiasi kata pujangga

Namun disebaliknya bukan semua suka

Kadang kala terselit duka

Yang dikaburi senyuman sempurna

Sedang hati terhiris luka

Bukan tidak mahu meluah rasa

Namun mulut seakan dikunci masa

Sedar atau tidak, kita banyak melakukan kesalahan dalan kehidupan. Kesalahan kepada DIA Yang Maha Berkuasa, kesalahan kepada ibu bapa, kepada adik-beradik, sahabat, kawan, jiran..mahupun orang yang tidak pernah kita kenali. Adakah kita sedar? Kita tidak akan sedar jika tidak ada yang menegur bukan? Jadi, berusahalah menerima teguran dengan sebaiknya. Lapangkan dada. Tenangkan jiwa. Teguran itu bukan untuk membinasa. Sebaliknya, mahu membina diri kita supaya menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Biarpun pahit, telanlah. Biarpun perit, terimalah. Kerana kita hanya insan biasa~

Tidak kiralah siapa kita, setinggi mana ilmu kita, setinggi mana darjat kita, sebanyak mana harta kita, semewah mana kehidupan kita..KITA HANYA MANUSIA BIASA..YANG BERGANTUNG SEPENUHNYA KEPADA PENCIPTA. TANPA DIA, KITA BUKANLAH SESIAPA!

Janganlah sombong wahai diri. Janganlah keras duhai hati.

Jagalah bicaramu. Peliharalah lidahmu. Batasi tingkah laku mu!

Jangan biarkan nikmat yang dipinjamkan itu digunakan untuk menyakiti hati insan lain.

Bangunlah dari tidur yang lena. Sisa hidupmu tidak lama. Terlalu singkat untuk kau bazirkan dengan menyakiti hati orang lain. Baiki dirimu dan serulah yang lain~

“Alah, kau pun bukan baik sangat nak nasihat orang!”

“Tak payah nak tunjuk baik sangat!”

Itu bukan kata hinaan. Bahkan itulah suntikan semangat!

“Saya ni panas baran..cepat marah..emosi..macam mana? Puas saya cuba baiki..tapi, makin saya cuba, makin saya cepat marah. Makin saya tahan, makin cepat beremosi..kadang-kadang, saya tak tahu kenapa saya marahkan orang tu. Kadang-kadang, saya tak sedar kata-kata saya mengguris hati mereka..Asyik nak marah je..macam mana?”

Ustazah Fatimah Syarha memberi jawapan.. “Cuba senyum bila rasa nak marah..”

Just simple like that..SENYUMLAH..DAN DUNIA AKAN SENYUM BERSAMAMU..

Senang untuk diucap, tapi payah untuk dilaksana.

Mudah untuk ditutur, tapi susah untuk dilakukan.

Memang susah, memang payah.

Tapi manfaatnya, SUBHANALLAH!

Justeru, cubalah. Usahalah. Mujahadahlah. Biar pahit. Biar perit. Namun kau akan rasa kemanisannya. Pohonlah kekuatan. Mohonlah pertolongan. Daripada DIA yang satu, kerna DIA lebih memahami dirimu. Usah diadu kepada manusia. Tak perlu diluah sesama insan biasa. Kerana kita semuanya sama.
Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada sesiapa. Jangan terlalu bergantung harap kepada sesiapa. Tak usahlah terlalu memuji apa yang kita suka. Jangan sesekali mengeji apa yang kita tidak suka. Kerna manusia ini berbeza. Apa yang kau suka, belum tentu dia suka. Dan apa yang dia buat, belum tentu kau dapat menerimanya. Terimalah sesiapapun seadanya dia. Kurang lebihnya. Pahit manisnya. Caci pujinya. Jatuh dan bangunnya. Kerna kau, aku dan dia, sama-sama tidak sempurna.

Kau, aku dan dia

HANYA INSAN BIASA

Comments

  1. Betul tue..letakkan semua pergantungan kepada-Nya..
    itu yg terbaik.
    jzkk ats perkongsian yg baik ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jzkk juga kerana sudi singgah di blog ini :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Assalamualaikum :-) Fuhh~~ Dah bersawang blog ni. Pejam celik pejam celik dah dekat 9 bulan tak update any enty. Kalau preggy ni, mesti tengah tunggu due nak bersalin je..Ahakz..Gurau sikit. Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia kita hingga ke hari ini. Untuk apa? Mesti ada sebab kan? Umur ni diberi bukan untuk sia-sia. Bukan juga untuk terus bersuka-suka. DIA beri kita lebih masa untuk terus perbaiki diri, menambah amalan, memperteguhkan iman dan memantapkan taqwa sebelum kita kembali ke pangkuan-NYA. Ingin "pergi" dalam keadaan indah dan diredhai? Maka hidup juga perlulah dalam keadaan indah dan diredhai. Bagaimana? Kerjakan suruhan-NYA dan jauhi larangan-NYA. Inshaa Allah :-) Ok, selama 9 bulan ni bermacam-macam kejadian berlaku. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Begitulah perjalanan hidup kita sebagai hamba, ye dak? Terimalah takdir hidup kita dengan hati yang terbuka dan penuh positif. Amboih..dah macam pakar motivasi pulak..kikikiki. Alhamduli...

Bahagiakan Diri Dengan Kebahagiaan Orang Lain

Pernah terjadi tak, Ada satu masa, kita nak ceritakan masalah kita pada seseorang. Nak luahkan perasaan sedih kita. Nak menangis dan meminta nasihat dia. Tapi, belum sempat kita buka mulut, orang tersebut terlebih dahulu menceritakan masalah dia. Terlebih dahulu meluahkan perasaan sedih dan meminta kita menasihati dia. Pernah terjadi tak? Apa tindakan kita ketika itu? Terus meminjamkan telinga untuk mendengar masalah dia,walaupun ketika itu hati kita sendiri sedang terluka,  atau terus berkata "aku pun ada masalah!" dan membiarkan orang itu terus bersendirian menanggung kesedihan? #MUHASABAH# Ketika kita rasa kita lah yang paling sedih, paling terluka, paling lemah, paling sakit..saat itu ALLAH hadirkan orang lain kepada kita, agar kita sedar bahawa ada orang lain yang lebih sakit, lebih terluka, lebih lemah dan lebih sakit daripada kita. Ketika kita rasa kita lah yang paling susah, ALLAH temukan kita dengan orang lain yang lebih susah daripada kita. Mengapa? Kera...

UJIAN YANG BERBEZA

Tidak percaya dengan kewujudan Tuhan. Tidak percaya dengan takdir. Hanya percaya kepada kemampuan sendiri. Persekitarannya yang dulu menjadikannya begitu. Dia tidak beragama. Dia free thinker. Dia hanya yakin dengan sains. Dia sering mengaju soalan yang menghimpit. Yang sering buat aku tersepit. Dia mengaju soalan logik akal. Tapi aku belum bijaksana menjawab dengan logik akal. Ahh, itu silap sendiri tidak mahu menuntut ilmu. Terkadang aku terfikir, mengapa aku yang diletak di situ. Mengapa aku yang didesak begini. Mengapa aku? Lalu hati berbisik..Tidakkah engkau yakin dengan takdir Tuhanmu? Adakah kau mahu mempersoalkan ketentuan-NYA? Adakah engkau lebih tahu lebih daripada apa yang DIA tahu? Apa hakmu terhadap dirimu? JAWAB! Kolam mata pecah. Aku tidak mempu menahannya lagi. Aku lemah. Aku tidak sekuat yang mereka nampak. Aku tidak sehebat yang mereka lihat. Aku adalah aku. Aku yang penuh kelemahan. Aku yang penuh kekurangan. Aku yang masih bertatih mengejar hi...