Salam Jumaat penuh barakah ^_^ Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk terus menghirup udara dan merasa bahangnya mentari hari ini. Bila dapat menghirup udara, maknanya masih bernafas. Bila dah boleh bernafas, maknanya masih hidup la kan. So, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana masih mengizinkan kita meneruskan kehidupan di dunia ini. Dan dalam masa yang sama, masih sempat untuk mengumpul bekalan bagi menemui-NYA. InsyaAllah. Moga-moga kesempatan hidup yang masih diberi ini dapat digunakan dengan sebaiknya. Moga-moga nikmat nyawa yang dipinjamkan ini dapat dimanfaatkan untuk mendekatkan diri dengan-NYA. Amiinnn. Semalam, berakhirlah tempoh empat hari berkampung di USIM, Nilai. Dan, selama empat hari itulah macam-macam perkara dapat dipelajari ; secara langsung dan tidak langsung, secara tersurat mahupun tersirat. First time sampai USIM, subhanallah, memang seronok sangat. Entah kenapa pun tak tahu. Tapi dalam-dalam seronok tu, terselit jug...