Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012
KURANGKAN AGENDA MENCARI YANG SOLEH..TAPI BERUSAHALAH MENJADI YANG SOLEHAH..BAIKI DIRIMU DAN AJAKLAH YANG LAIN..SIAPA DIA SEBELUM MENIKAHIMU TIDAKLAH SEPENTING SIAPA DIA SELEPAS MENIKAHIMU..SESIAPAPUN YANG TELAH DITAKDIRKAN, MAKA TERIMALAH DENGAN REDHA..KERANA, SI DIA, ADALAH INSAN YANG ALLAH PILIHKAN UNTUK KAMU. YA ALLAH..ANDAI BENAR DIA YANG TELAH KAU TAKDIRKAN UNTUK MENJADI IMAMKU, MAKA KAU SATUKANLAH HATI KAMI. JAUHKAN KAMI DARI CINTA YANG MELALAIKAN. BIARLAH CINTA YANG BAKAL DIBINA ADALAH SEMATA-MATA ATAS DASAR KEIMANAN KEPADA-MU. YA RAHMAN..ANDAI TELAH TERTULIS DI LUH MAHFUZ DIA YANG AKAN MENJADI PEMIMPINKU, MAKA, KAU IKHLASKANLAH HATI AKU UNTUK MENERIMA DIA SEADANYA. DAN, LEMBUTKANLAH HATINYA UNTUK MENERIMA AKU YANG TIDAK SEMPURNA.YA RAHIM, JANGAN KAU BIARKAN CINTAKU PADANYA, MELEBIHI CINTAKU PADA-MU. SERTA, JANGANLAH KAU IZINKAN DIA MENYINTAIKU MELEBIHI CINTANYA PADA-MU. JANGAN..JANGAN YA ALLAH..JANGAN BIARKAN KAMI HANYUT DENGAN CINTA SEMENTARA. JANGAN BIARKAN KAMI TERSUNGKUR

DEBU SEMALAM

Semalam, merupakan perkara paling jauh yang ditinggalkan. Tidak akan kembali biarpun dibayar dengan emas permata. Tidak akan berulang meskipun mutiara dan berlian ditawar di depan mata. Semalam yang kelam dan suram, biarkan terus pergi jauh ke belakang. Semalam yang penuh debu dosa dan noda, relakan ia berlalu jangan kembali. Izinkanlah untuk aku duduk bersinggah. Dan menghirup sisa malam tanpa cahaya. Barangkali ini bukan tempat terakhir. Aku harus terbang pergi dalam derita.. Seorang insan sedang merenung jauh ke depan. Ruang gelap di sekeliling tidak langsung dihiraukan. Keluhan demi keluhan dilepaskan. Bukan menyesali nasib yang ditakdirkan Tuhan. Jauh sekali mempersoalkan kenapa dan mengapa diri diciptakan. Ya, dalam Al-Quran jelas sang PENCIPTA menyatakan ; “Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-KU.” Justeru, apa yang ingin dipersoalkan? Apa yang ingin diperkatakan? Hidup adalah untuk beribadah kepada Tuhan yang Maha Satu. Tuhan yang menciptakan se

Musuh Yang Nyata

“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan mengikut syaitan? Sesungguhnya dia adalah musuh kamu yang nyata.” (Yassin : 60) Syaitan : Daripada abid kepada penderhaka Iblis laknatullah asalnya bernama Azazil. Pada mulanya, Azazil ini tergolong dalam kalangan makhluk yang  sangat kuat ibadahnya kepada Allah. Azazil bukanlah calang-calang makhluk kerana ibadahnya boleh disamakan dengan ibadah para malaikat. Namun, malangnya, selepas penciptaan Nabi Adam, Azazil mula berubah sikap. Dia berubah daripada makhluk yang taat menjadi makhluk yang derhaka apabila Allah memerintahkannya sujud (hormat) kepada Nabi Adam. Kisah ini telah dinukilkan dalam al-Quran ; “ Dan sungguh, Kami telah menciptakan kamu. Kemudian membentuk (tubuh)mu, kemudian Kami berfirman kepada para malaikat, “Bersujudlah kamu kepada Adam ,” maka mereka pun sujud kecuali iblis. Ia (iblis) tidak termasuk mereka yang bersujud. (Allah)  berfirman, “Apakah yang menghalangmu (sehingga)nkamu tida