Sejak usia menjejak angka 2 di hadapan, banyak sungguh pertanyaan mengenai jodoh yang dilontarkan. Lebih-lebih lagi bila dah bergelar final year student.. Memang begitukah keadaannya?? Sejak dua menjak ini, banyak juga jemputan walimah sahabat-sahabat. Orang yang dulunya bukan main nakal dalam kelas dah jadi suami orang sekarang. Tak kurang pula si pemalu yang sudah bergelar ibu muda. Alhamdulillah. Tahniah kawan-kawan!! Moga bahagia ini kekal menjadi milik kalian Dunia dan akhirat ^^ "Kau bila lagi?" Nak tercabut jantung dengar soalan tu. "Dah tak lama kan?" Satu lagi soalan yang boleh membuatkan jantung terkeluar. Terus geleng-geleng dan senyum. "Lambat lagi. Aku nak belajar dulu.." :) Sudah-sudahlah tanya soalan tu ya. Kalau nak tanya juga, tunggu dua tiga tahun lagi. ~Malas nak bincang soal ni (konon-kononnya)~ p/s : Solehahkan diri terlebih dahulu. Bukan kerana ingin suami yang soleh semata, tapi ...