Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Ana dah nak bertunang. Itu mesej yang aku terima daripadamu tanpa diduga. Mungkin kau berharap aku tidak lagi mengganggu kehidupanmu selepas ini. Al-maklumlah kau bakal menjadi milik orang lain. Aku faham dan amat-amat mengerti keadaanmu. Kau tidak perlu bimbang, mana mungkin aku mengganggu kehidupan bakal suami temanku sendiri. Hanya ucapan tahniah dan selamat yang mampu aku balas walaupun hatiku remuk seremuk-remuknya. Aku tidak menyalahkan dirimu apatah lagi menunding jari ke arah bakal isterimu (Zara, bukan nama sebenar), kerna aku sendiri yang tersilap. Tersilap kerana membenarkan hati aku ini dikotori dengan cinta yang tidak halal bagiku. Walaupun aku mengenali dirimu lebih awal berbanding Zara dan Zara mengetahui aku menyukai dirimu sebelum kamu berdua saling mengenali, tapi itu tidak bermakna kau akan menjadi milikku. Perkenalan secara tidak sengaja di matrikulasi telah menyebabkan ha...