Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji dan puja hanya untuk DIA, Tuhan Semesta Alam kerana masih memberi kesempatan kepada kita semua untuk terus bernafas dan meneruskan kehidupan di dunia ini. Sejuta keSyukuran dipanjatkan kepadaNya kerana masih memberi kita peluang untuk terus mengumpul bekalan, saham, dan memperbanyakkan taubat sebelum kita kembali ke pangkuanNya. “Allah memegang nyawa (seseorang) pada saat kematiannya dan nyawa (seseorang) yang belum mati ketika dia tidur, maka DIA tahan nyawa (orang) yang telah DIA tetapkan kematiannya dan DIA lepaskan nyawa yang lain sampai waktu yang ditentukan” (Az-Zumar , ayat 42) Jika hari ini kita tergolong dalam kategori “ DIA tahan nyawa (orang) yang telah DIA tetapkan kematiannya” maka apakah reaksi kita? Adakah kita sudah bersedia untuk bertemu PENCIPTA kita? Bagaimanakah perasaan kita sebenarnya? Berbahagialah kita jika selama kita hidup, kita telah berusaha sem...