Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2014

UJIAN YANG BERBEZA

Tidak percaya dengan kewujudan Tuhan. Tidak percaya dengan takdir. Hanya percaya kepada kemampuan sendiri. Persekitarannya yang dulu menjadikannya begitu. Dia tidak beragama. Dia free thinker. Dia hanya yakin dengan sains. Dia sering mengaju soalan yang menghimpit. Yang sering buat aku tersepit. Dia mengaju soalan logik akal. Tapi aku belum bijaksana menjawab dengan logik akal. Ahh, itu silap sendiri tidak mahu menuntut ilmu. Terkadang aku terfikir, mengapa aku yang diletak di situ. Mengapa aku yang didesak begini. Mengapa aku? Lalu hati berbisik..Tidakkah engkau yakin dengan takdir Tuhanmu? Adakah kau mahu mempersoalkan ketentuan-NYA? Adakah engkau lebih tahu lebih daripada apa yang DIA tahu? Apa hakmu terhadap dirimu? JAWAB! Kolam mata pecah. Aku tidak mempu menahannya lagi. Aku lemah. Aku tidak sekuat yang mereka nampak. Aku tidak sehebat yang mereka lihat. Aku adalah aku. Aku yang penuh kelemahan. Aku yang penuh kekurangan. Aku yang masih bertatih mengejar hi