Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2012

Mengenali Si Soleh dan Solehah

Siapakah orang yang soleh? “Soleh” berasal daripada perkataan solah iaitu kebaikan. Lawan kalimah ini ialah fasad iaitu kejahatan. Dimaksudkan dengan soleh ialah lelaki dan wanita yang baik kepada dirinya, pada orang lain, serta baik pula amalannya sehingga dikatakan dia telah diperbaik oleh Allah. Demikianlah menurut Ibn Manzur. –Lisan al-Arab, jil. 5, ms 374- Ciri-ciri Lelaki Soleh dan Wanita Solehah 1.        Mengawal hawa nafsu “Adapun golongan yang takut kepada kebesaran TUHAN mereka, maka mereka menahan hawa nafsunya (tidak menurut hawa nafsu mereka) ; sesungguhnya syurgalah tempat tinggal mereka.” (Surah al-Nazi’at ayat 40-41) 2.        Di bawah naungan al-Quran dan al-Sunnah “Wahai orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul(-NYA) dan ulul amri di antara kamu ; kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian ; yang demikian itu

::Samar Yang Kian Jernih::

Alhamdulillah.. Baru saja habis membaca dua buah buku yang dinukilkan oleh penulis yang sangat dihormati ; Sebarkan Cinta-Mu oleh Ustazah Fatimah Syarha , dan Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu hasil gabungan mantopp Ustazah Fatimah Syarha dan Dr.Farhan Hadi. Alhamdulillah, syukur kerana Allah mengizinkan Cik Cahaya mengutip cebisan-cebisan ilmu dari kedua-dua buku ini. Bila bercakap soal poligami, kebanyakan kaum lelaki pasti tersenyum lebar. Tidak kurang yang mendabik dada. Ada juga yang menjadikannya senda gurau tanpa memikirkan perasaan si isteri. Bila berbincang mengenai poligami, ramailah kaum wanita yang akan berkerut dahi. Ada pula yang lantang menentang penuh berani. Dan, tidak sikit yang mengeji tanpa usul periksa mengapa tindakan tersebut diambil oleh sang suami. Hukum berpoligami adalah HARUS. Bukannya sunnah. Jadi, wahai encik suami, fikirlah sebaik-baiknya sebelum anda mengambil keputusan berpoligami. Timbanglah seadil-adilnya keadaan diri sebelum gah bers

::Persiapkan Diri::

“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-NYA adalah DIA menciptakan isteri-isteri daripada kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-NYA cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran.” (Surah Ar-Rum, ayat 21) Assalamualaikum.. Alhamdulillah, cuti semester sudah pun bermula. Tapi sayang, Cik Cahaya dan sahabat-sahabat yang tengah berLatihan Industri sekarang ini tidak berpeluang bercuti seperti teman-teman yang lain. Selepas tamatnya semester 2011/2012 ni,  ramai jugalah sahabat Cik Cahaya yang memulakan fasa baru dalam kehidupan mereka.. Ada yang sudah mula melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar, ada yang sedang berkira-kira menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, dan tak kurang, ada juga yang dalam perancangan untuk bertunang dan mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan urusan kita semua..Amiinn. Apabila sebut tentang baitul muslim ni, Cik Cahay

Apakah Kunci Syurga?

Assalamualaikum.. Seperti beberapa entry  perkongsian sebelum ini, entry kali ini saya nak berkongsi sedikit kisah yang diambil daripada buku yang pernah dibaca. Walaupun sebelum ini pernah terbaca tentang kisah di bawah, tetapi, kali ini barulah saya tahu tentang kisah keseluruhannya. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana menggerakkan hati ini untuk membeli buku tersebut..Serta, syabas saya ucapkan kepada penulis yang tidak jemu mencurahkan ilmu kepada kami, para pembaca. Semoga memberi manfaat ^_^ Ringkasan daripada buku SYURGA MERINDUIMU, tulisan Ustaz Amaluddin Mohd Napiah, bab 20 : Kunci Jenis Apakah Kita. Seorang pemuda telah pergi ke gereja Samaan setelah tiga kali bermimpi supaya pergi ke sana. Lalu, dia pun membuat segala persiapan dan terus menuju ke gereja tersebut. Setelah tiba di tempat yang dituju, pemuda itu pun masuk ke dalam gereja itu tanpa disedari oleh paderi-paderi yang hadir. Tetapi, ketua paderi di gereja tersebut mengetahui bahawa ada orang Islam di d

Bukan Dia Yang Beruntung [2]

"Beruntunglah dia.." Azeera tersenyum manis. "Untung? Apa yang untung?" Naura mengerutkan dahi. "Untung sebab dapat hadir dalam hati awak." Naura tersenyum kelat. "Bukan dia yang beruntung, tapi saya yang bertuah." Giliran Azeera mengerutkan dahi. 1001 persoalan bermain di fikiran. Ini kali kedua isu ini dibincangkan. Dan, seperti dulu, Naura tetap memberikan jawapan yang sama. Aku ini hanya insan biasa duhai sahabat. Masih penuh dengan kekurangan dan kejahilan. Luarannya kau melihat aku seakan sempurna. Namun hakikatnya, hanya Yang Esa yang lebih mengetahuinya. Luarannya kau lihat aku kuat. Namun, Tuhan juga yang benar-benar tahu segala gundah-gulana. Luarannya kau lihat aku ceria. Namun Allah jua yang lebih tahu luka dan dukanya. "Kenapa senyap?" Azeera memancing jawapan. Naura menggeleng kepala. "Tak ada apa-apa. Sudahlah, lupakan saja apa yang pernah saya cakap tadi ya." Segaris senyuman dihadiahkan buat teman bai